Dapur adalah kawasan rumah yang menghasilkan makan minum kita, penyimpanan stok makanan dan macam-macam lagi. Oleh itu keselamatan sewaktu berada di dapur harus dititikberatkan.
Makanan yang disediakan untuk ahli keluarga haruslah dari sumber yang bersih dan halal. Bagi mak dengan anak kecil, menerangkan keselamatan di dalam dapur adalah wajib demi keselamatan anak-anak kita!
Ini antara perkara yang Mama boleh terangkan pada anak-anak Mama. Psst, ingat, tips ini hanya untuk anak yang sudah besar ya. Untuk yang masih bayi, jauhkan mereka dari kawasan dapur!
6 Perkara Yang Harus Diingatkan Anak-anak Demi Keselamatan di Dapur
1. Sentiasa Minta Izin Pada Orang Yang Lebih Tua
Sentiasa ingatkan si manja untuk dengar cakap mak. Macam-macam kemalangan mudah berlaku terutamanya apabila kita berada di dapur ni.
Jika kita tidak berwaspada, ada risiko rumah terbakar, kecederaan akibat penggunaan pisau atau benda tajam, dan macam-macam lagi.
Oleh itu, ingatkan mereka untuk sentiasa minta izin pada ibu bapa sebelum masuk ke dapur. Jangan ambil remeh tau Mama! Kadang perkara yang simple pun boleh jadi kemalangan seperti mengambil air di dapur.
2. Tanya Jika Boleh Rasa
Kadang-kadang anak kita ni suka je rasa ikut suka hati dia. Oleh itu, ajarkan mereka untuk bertanya sebelum berbuat demikian.
Terangkan pada mereka kenapa ia tidak boleh dan mungkin akan memudaratkan kesihatan. Makanan yang belum dimasak mungkin nampak sedap, sebab itulah ajarkan mereka dan terangkan kenapa mereka tidak boleh rasa begitu sahaja.
3. Basuh Tangan!
Ini merupakan hal yang paling basic. Sebelum mula masak, pastikan tangan sentiasa bersih.
Sebagai ibu bapa, didik anak-anak untuk sentiasa cuci tangan dengan menggunakan sabun setiap kali sebelum dan selepas menggunakan sesuatu atau makan. Tangan yang kecil mungkin membawa lebih banyak bakteria dan kuman.
4. Gunakan Pemegang Periuk Atau Kain Untuk Pegang Periuk Panas
Waktu memasak, periuk, kuali semua panas. Jika tidak memakai apa-apa pemegang, ia boleh menyebabkan tangan melecur.
Mama harus sediakan tuala kecil atau pemegang periuk yang khusus di dapur, yang juga sesuai untuk anak kita demi keselamatan semua.
5. Sambil Masak, Sambil Mengemas
Sambil memasak tu, kemas-kemas juga ya Mama! Bersihkan tumpahan, bekas percikan minyak, alatan yang digunakan untuk memasak sejurus selepas selesai.
Ini untuk mengelakkan dapur kekal berminyak dan menyebabkan kemalangan lain seperti tergelincir atau jatuh. Lagipun, nanti dapur pun dah bersih dan bebas kotoran. Tinggal nak cuci pinggan lepas makan je.
Anak-anak boleh tolong mana yang sesuai dengan mereka.
6. Amalkan Tips Penggunaan Pisau Yang Selamat
Tips mudah yang Mama boleh ajarkan dari mereka kecil adalah menggunakan pisau plastik pada usia awal.
Semakin mereka besar, didik mereka menggunakan pisau plastik yang lebih mesra kanak-kanak. Seawal umur 8 tahun pun dah boleh guna pisau.
Cuma gunakan cara yang betul untuk mengajar mereka. Dengan mengajar anak-anak anda cara yang betul menggunakan pisau, ianya lebih selamat daripada mengajar mereka untuk mengelakkan semuanya bersama-sama.
Amacam Mama? Sekarang dah tahu tips keselamatan sewaktu berada di dapur. Memang tidak dinafikan, banyak kemalangan seperti melecur, terbakar, cedera dan macam-macam lagi yang boleh berlaku sewaktu berada di dapur.
Ajarkan mereka sikit demi sedikit untuk mengelak kemalangan semasa berada di dapur. Jangan ambil mudah ya Mama dan Papa! Selamat mencuba~
Dapatkan lebih banyak tips keselamatan anak-anak di SINI!