Perlu ke penggunaan buaian dikalangan bayi? Meskipun ia adalah kaedah turun-temurun sejak dahulu lagi, namun bab keselamatan masih belum betul-betul dijamin baik.
Lagipun, si kecil tak elok jika diamalkan tidur dalam buaian.
Persoalan ini pastinya sedikit sebanyak menggusarkan Papa dan Mama lebih-lebih lagi jika anda berdua adalah new parents.
Kalau ditanya pendapat orang, Mama Siti percaya pelbagai jawapan dilontarkan sama ada yang menyokong atau tak kurang juga menentang.
Jika ditanya pada Mama Siti, pendapat peribadi adalah ia terpulang kepada keperluan Mama dan Papa. Ada anak kecil yang sangat sukar tidur malam meskipun dah mengantuk.
Ya, bukan semua bayi bila mengantuk je meragam sebab nak ditidurkan. Ada yang sebaliknya apabila tak suka tidur sebab nak aktif bermain meskipun jam dah pukul 12 malam.
Kalau kes sebegini, Mama Siti berpendapat buai adalah kaedah terbaik bagi memastikan si kecil masuk ‘berehat’ untuk hari itu.
Justeru, bagi golongan parents yang mahu membeli ‘alat bantuan’ ini, bagaimana nak pastikan buaian digunakan adalah selamat? Berikut merupakan panduan dalam meneliti keselamatan buaian untuk si kecil:
Tips Penting Semasa Memeriksa Buaian
1. Rangka yang kukuh
Ini penting ye Mama dan Papa. Dalam konsep memeriksa keselamatan buaian, antara perkara utama perlu diberi perhatian adalah rangka buai digunakan mestilah kukuh dan kuat.
Tak kiralah sama ada buai yang tinggi atau buai moden yang lebih rendah saiznya ketika ini, pastikan besi rangka itu kuat dan sesuai untuk tampung berat bayi.
2. Sebarang alatan berada dalam keadaan baik
Pastikan alatan digunakan sentiasa berada dalam keadaan baik seperti tidak karat, tidak rosak dan sebagainya. Jika ada sedikit kerosakan, pastikan ia diganti secepat mungkin.
Jangan pandnag ringan atau menangguh untuk menukar ganti alatan rosak tadi yerr Mama kerana dibimbangi boleh merisikokan bayi anda sendiri.
3. Jarak hayunan buai dengan lantai
Sebelum menggunakan buai, sentiasa periksa jarak antara tempat baring si manja dengan lantai. Sekiranya berada dalam keadaan ok, periksa semula keadaan yang sama setelah meletakkan anak anda di dalam buai.
Ini penting lantaran berat badan si manja semakin bertambah daripada hari ke hari. Justeru, periksa sama ada jarak hayunan tadi selamat atau terlalu rendah.
Bagaimanapun, terlalu tinggi juga adalah jarak yang tidak selamat. Tetapkan jarak yang sesuai dan tidak menghampiri lantai ketika ia berbuai.
4. Sokongan yang sesuai
Sokongan bersesuaian dimana kain atau jaring yang digunakan menampung tubuh bayi berada dalam keadaan kukuh dan baik.
Pastikan alas kain itu tidak koyak, tidak reput atau jahitan hampir putus. Sentiasa teliti dengan keselamatan buaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
7 Tips Memilih Buaian Baharu
- Gunakan rangka buaian berbentuk 4 segi (yang mempunyai 2 tiang) kerana ia lebih stabil berbanding rangka berbentuk 3 segi.
- Alaskan bahagian bawah buaian menggunakan tilam atau bantal sebagai persediaan jika bayi jatuh dari buaian.
- Laraskan buaian serendah mungkin untuk mengurangkan risiko kecederaan jika bayi jatuh. Namun jangan sampai buaian mencecah ke bawah ketika berhayun.
- Bagi buaian yang menggunakan motor elektrik, Mama dan Papa perlu pantau dan pastikan alat itu kukuh dan stabil keranan ia berisiko jatuh ke atas bayi.
- Pastikan jarak antara buaian dari lantai dan ke dinding mencukupi agar kepala bayi tidak terhentak ketika dibuai.
- Jangan masukkan bantal, selimut dan sebagainya ke dalam buaian bersama bayi; dikhuatiri menutup muka bayi secara tidak sengaja dan menyebabkan bayi lemas.
- Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan terlentang ketika tidur dalam buaian.
Selain daripada tips di atas, adalah penting untuk Mama dan Papa sentiasa memantau si kecil yang berada dalam buaian.
Sebaiknya jika dah mula lena, keluarkan anak anda dan letakkan mereka di atas tilam. Ini bagi mengelakkan kejadian bayi yang bergerak dan berisiko terjatuh atau lebih buruk boleh terjerut leher di buaian.
Seeloknya, jangan biarkan si kecil terus tertido dalam buai tersebut apatah lagi untuk tempoh yang lama.
Justeru, sementara buai masih berhayun, Mama dan Papa perlu kerap jengah keadaan anak sebaiknya setiap 10 minit bagi mengelakkan kejadian buruk ke atas mereka.
Nak tau antara buaian terbaik dan recommended oleh Mama Siti, boleh klik SINI!
Untuk pelbagai tips keibubapaan, Mama dan Papa boleh lihat di SINI!