KelabMama

Berisiko Membutakan Mata! Ini Antara Kesan Penggunaan Ubat Steroid Yang Berpanjangan Pada Pesakit Ekzema DLL

kesan ubat steroid

Steroid ni ubat anti radang yang digunakan untuk merawat ekzema, psoriasis atau penyakit kulit yang lain. Pengambilan ubat steroid sama ada pil atau krim sapu.

Seorang pemuda yang ada ekzema telah berkongsi bahawa dirinya buta disebabkan penggunaan ubat sapu steroid. Tetapi lama-kelamaan dia telah diagnosis glaukoma.

Walaupun ubat steroid ni hanya sapu pada kulit je tapi kesannya jugak boleh sampai mata. Ubat yang disapu akan masuk ke salur darah jadi salur darah itu yang akan merebak keseluruh badan seperti yang dijelaskan oleh drwanshare.

@drwanshare

Ubat sapu steroid untuk eczema BAHAYA kalau korang pakai untuk jangka masa yang panjang dan TANPA consultation daripada doktor… Jumpa doktor, bincang dgn doktor rawatan alternatif… insha allah semua akan baik2 saja… Eczema BOLEH hilang, TAPI dia tak BOLEH sembuh. Dia akan datang lagi kalau LANGGAR pantang larang… #dr1share #tiktokguru #shouldbeme #eczema

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Ubat yang digunakan secara berpanjangan ini akan menaikkan tekanan pada mata kita sehingga merosakkan saraf mata.

Saraf mata yang rosakkan ni lah boleh menyebabkan buta atau glaukoma. Bukan dekat mata je, dekat muka bulat macam bulan, kesan lebam dan ada stretch mark pun boleh salah satu kesan ubat steroid.

Kesan Sampingan Steroid pada Kulit

1. Perubahan Atrofi Kulit

Atrofi kulit ialah keadaan di mana kulit kita mengalami perubahan sruktur kulit dan berbeza daripada keadaan kulit yang normal.

Penggunaan steroid toikal yang berpanjangan boleh menyebabkan perubahan atrofi kulit seperti:

2. Jangkitan Kuman pada Kulit

Oleh sebab u ubat ni berpotensi untuk melemahkan imunbadan kita, jangkitan kuman lebih mudah untuk berlakupada kulit kita.

Penggunaan yang berpanjangan jugak boleh memudaratkan ata menyebarkan jangkitan kult yang kita alami.

Contoh jangkitan kuman yang boleh berlaku ialah:

3. Perubahan Optik

Steroid jugak boleh digunakan sebagai ubat titisan mata. Namun, penggunaan yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko mendapat glaukoma, katarak dan hipertensi okular.

4. Kesan Sampingan pada Kulit yang Lain

Kesan Sampingan Steroid pada Sistem Badan

1. Sistem Endokrin

Sistem endokkrin dalam tubuh badan kita bertanggungjawab untuk menghasilkan beberapa hormon untuk fungsi dalam badan kita seperti kortisol.

Krim steroid ni berkonsentrasi tinggi dan kalau digunakan dalam tempoh yang lebih lama berupaya untuk menganggu sistem badan kita.

Jadi, Baby dan kanak-kanak lebih berisiko untuk mendapat kesan terhadap sistem badan kerana mereka mempunyai nisbah luas permukaan dan isi padu badan yang lebih tinggi.

Jika ia menganggu sistem endoktrin, beberapa penyakit yang boleh membawa mautkan seperti:

2. Sistem Metabolik

Sebenarnya penggunaan topikal steroid yang berdos tinggi dalam masa panjang boleh menyebabkan kita mendapat penyakit diabetes.

Hal ni sebab, boleh mengakibatkan lonjakan kadar gula dalam darah dengan membuat organ hati rintang terhadap insulin.

Selain tu, boleh jugak mengundang masalah tulang seperti mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan struktur tulang.

Oh ye, boleh jugakterjadi masalah tulang seperti mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan struktur tulang kita.

3. Sistem Ginjal dan Elektrolit

Sistem ginjal ini pun boleh terlibat dan mengakibatkan tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam darah dan bengkak air yang boleh dilihat pada kaki dan tangan kita.

Nasihat Mama Siti kalau nak gunakan ubat steroid ni dapatkan nasihat doktor dulu, jangan terus beli di kaunter. Kesannya nanti cukup membahayakan kesihatan kita.


Jenis-jenis ruam baby yang Mama Papa perlu take note, klik di SINI.