KelabMama

Kesan Muzik Kepada Baby! Baik ke Buruk?

Papa tau tak? Mempelajari bahasa dan mempelajari asas muzik beri tindak balas yang sama kepada otak kita. Sejak lahir, si manja akan cepat belajar menyesuaikan diri dengan suara Papa Mama, malah sebelum mereka faham apa-apa perkataan pun.

Pada peringkat ini, perbualan adalah lebih kepada corak irama dan bunyi yang menyampaikan makna emosi.

Sekitar usia tiga hingga enam bulan, bayi Mama Papa biasanya mula bereksperimen dengan suara mereka untuk menghasilkan pelbagai jenis bunyi, termasuk jeritan, bunyi, tangisan, gelak tawa dan penyuaraan lain.

Bunyi rawak ini dengan cepat akan menjadi “celoteh” atau bunyi yang mengikut irama dan corak pertuturan.

Bunyi konsonan tidak lama lagi muncul, dan bayi mula bereksperimen dengan pengulangan, irama dan pertuturan yang lebih rumit.

Namun adakah muzik akan beri kesan kepada intelek seorang bayi? Dan sekiranya iya, apakah kesan yang akan didapati?

Kesan Muzik Terhadap Si Manja Mama & Papa

Tindak Balas Terhadap Muzik

Kredit gambar: ATD

Kajian daripada pakar saraf yang mengkaji otak bayi mengatakan lagu mempunyai manfaat berpanjangan untuk baby dan memberi perubahan besar kepada perkembangan otak.

Satu kajian lain dari Institut Pembelajaran dan Sains Otak mengesan bahawa selepas bayi mendengar lagu, korteks pendengaran dan prefrontal mereka kelihatan berbeza. Ini adalah kawasan otak yang bertanggungjawab memproses kedua-dua muzik dan pertuturan.

Bukan itu sahaja! Apabila baby berinteraksi dengan orang lain, kesan positif mendengar lagu juga telah dilihat memberi kesan kepada ciri keperibadian, seperti suka membantu dan bekerjasama.

Sumber: Unicef.org

Kemahiran Bertutur

Kredit gambar: Motherhood.com

Secara umumnya menurut kajian, muzik akan memberikan impak positif kepada baby terutamanya dalam perkembangan kemahiran kognitif seperti bercakap dan memahami bahasa.

Kajian oleh Institut Pembelajaran & Sains Otak (I-LABS) Universiti Washington mendapati bahawa memainkan muzik kepada bayi berusia 9 bulan membawa kepada pemahaman yang lebih baik tentang rentak dalam pertuturan.

Kajian itu mengikuti 20 bayi ketika mereka memainkan lagu kanak-kanak semasa melakukan beberapa latihan irama dengan ibu bapa mereka.

Satu set lagi 19 bayi diberi mainan untuk dimainkan, tetapi tidak dimainkan muzik. Selepas seminggu, bayi-bayi di scan otak sambil lagu dimainkan, cuma kali ini lagu itu kadang-kadang terganggu untuk memerhatikan kesan pada otak.

Bayi dalam “kumpulan muzik” menunjukkan tindak balas yang lebih besar terhadap gangguan dalam lagu dan pertuturan.

"Kajian kami adalah yang pertama menunjukkan bahawa sejenis pengalaman yang diperkaya dengan bunyi selain bahasa boleh mempengaruhi pemprosesan bunyi pertuturan bayi," kata ketua penyelidik Christina Zhao.

Hal ini membuktikan bahawa muzik akan membuatkan bayi lebih peka kepada elemen pertuturan seperti rentak dan perkataan.

Sumber: Washington.edu

Manfaat Muzik Terhadap Bayi

Kredit gambar: Motherhood.com

Seperti yang telah diberitahu, apabila si manja terdedah kepada lagu, otak mereka berubah dan memberikan impak positif yang pelbagai. Antara faedah lain, muzik boleh:


Lebih info menarik tentang perkembangan baby anda di SINI.