KelabMama

Kes Strok Haba Semakin Meningkat! Berjaga-Jaga di Musim Panas

Kes strok haba kembali lagi! Seluruh rakyat Malaysia terpalit dengan cuaca panas yang melanda negara. Pelbagai usaha dari organisasi yang berbeza dilakukan untuk membantu rakyat Malaysia yang pelbagai dengan isu ini. Suhu tertinggi buat masa sekarang adalah pada 37 darjah celsius dan berterusan selama 3 hari!

Dengan cuaca macam ni tak hairan sekiranya kes strok haba terjadi lagi. Menurut Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencatatkan 15 kes berkenaan cuaca panas hingga melibatkan kematian!

“Sebanyak 15 kes itu membabitkan empat kes strok haba, lima kes kelesuan haba dan enam kes kekejangan haba. Selain daripada satu kematian yang melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan tempoh hari, mereka semua telah diberi rawatan di hospital dan pulih sepenuhnya”.

Kredit gambar: The Star

Namun menurut beliau juga, keadaan ini terkawal dan tidak perlu kepada penjagaan drastik. Ini dapat dikaitkan juga dengan hasrat kerajaan untuk belum mengisytiharkan darurat berikutan fenomena El-Nino selagi negara masih berada dalam suhu yang terkawal.

Usaha daripada Mama Papa juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan Mama Papa dan anak-anak dalam keadaan stabil supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini.

Berikut adalah beberapa inisiatif Mama Papa boleh lakukan:

Langkah Berjaga-Jaga Yang Mama Papa Boleh Lakukan

Lebih info tentang kesihatan keluarga anda di SINI