KelabMama

Awas! Kes HFMD Kembali Aktif Menyerang Hingga Bilangan Pesakit Melepasi Paras Amaran Kebangsaan

hfmd

Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin naik, telah direkodkan bagi minggu Epidemiologi (ME) 19, sebanyak 9,822 kes yang dilaporkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Selangor merupakan penyumbang utama sebanyak 2,443 kes atau 24.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Diikuti dengan Sabah sebanyak 1,05 kes.

Seterusnya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaporkan 977 kes, Johor 915 kes, sarawak 750 kes manakala di negeri yang lain dilaporkan kurang daripada 700 kes.

Beliau juga berkata kes HFMD ini banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 8,587 kes atau 8.4 peratus.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa sejumlah 273 kluster yang dilaporkan pada 2023 sehingga 13 Mei lepas sebanyak 170 kluster dengan 675 kes yang dilaporkan berlaku di taska, tabika, tadika, prasekolah dan pusat jagaan harian.

Manakala selebihnya iaitu 101 kluster pula berlaku di rumah dan dua kluster lagi berlaku di sekolah.

Berikutan peningkatan kes HFMD, Dr Muhammad Radzi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengawal dan menangani peningkatan kes itu.

Cara Mencegah Penyakit HFMD

1. Kebersihan di Rumah

Mama Papa perlu memastikan keadaan rumah dalam keadaan bersih dengan sentiasa mencuci dan sanitasi peralatan dan permainan anak-anak dengan mengunakan bahan pencuci yang berasaskan klorin dan air.

Penyakit ini mudah merebak melalui sentuhan, jadi Mama Papa perlu amalkan mencuci tangan dengan sempurna dan gunakan sabun serta air yang bersih.

2. Kuarantin Anak Sekiranya Bergejala

Penyakit ini adalah penyakit yang senang berjangkit. Jadi, Mama Papa perlu kuarantin anak anda sekiranya mereka menunjukkan gelaja penyakit ini.

Pencegahan ini adalah untuk mengelakkan anak-anak yang lain juga turut berjangkit melalui sentuhan, tuala, atau alat permainan.

3. Mencuci Tangan Dengan Bersih

Penyakit ini juga dapat dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air bersih dan sabun atau boleh juga gunakan hand sanitizer.

Mama Papa perlu ajarkan cara mencuci tangan dengan betul seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

4. Cegah Kes HFMD di Pusat Penjagaan

Selain peranan Mama Papa, pihak pengusaha pusat jagaan kanak-kanak juga perlu mencegah dan mengawal penyaki ini.

Sekiranya anak jagaan ada menunjukkan gejala penyakit tersebut, guru atau penjaga perlu segera menghubungi Mama Papa mereka untuk membawanya pulang atau melakukan pemeriksaan di klinik.

Pihak pengusaha juga perlu bertegas untuk tidak membenarkan anak jagaan dihantar ke pusat tersebut sekiranya mereka bergejala. Sekiranya anak jagaan dibenarkan masuk, kemungkinan anak-anak yang lain akan turut dijangkiti juga.

Selain tu, elakkan berkongsi peralatan makan dan minum serta barangan peribadi antara mereka. Pihak penjaga perlu sentiasa membersihkan barang mainan dan ruang yang sering diduduki oleh mereka juga.

Bagaimana Cara Uruskan Anak Yang Dijangkiti HFMD di Rumah?

  1. Anak Mama Papa hendaklah mendapatkan rehat yang cukup.
  2. Diberikan rawatan perubatan sebagai mana yang dinasihatkan untuk kurangkan demam dan sakit mulut.
  3. Menggalakkan anak-anak minum air putih dan makan makanan yang sesuai untuk mereka.

Memandangkan penyakit ini mudah dan pantas dijangkiti, Mama Papa perlu menjaga kebersihan anak-anak dengan mengikuti langkah-langkah di atas, banyakkan berehat di rumah dan pastikan pengambilan air mencukupi kerana tiada vaksin khusus untuk mencegah HFMD buat masa ini.


Ikuti pelbagai isu terkini di SINI.