Hati ibu mana yang tak sedih bila anak yang kita kandung selama 9 bulan, lepas dah lahir tu kita tatang pula bagai minyak yang penuh. Tiba-tiba, anak demam turun naik dan pergi macam tu saja depan mata kita. Pecah berderai hati kita saat kita terpaksa iring dia sampai ke liang lahad.
Bukan kita nak benda macam ni berlaku tapi sudah ketentuan Tuhan. Kita harus terima takdir yang Tuhan dah gariskan untuk kita.
Kali ni Mama Siti nak kongsi kisah seorang ibu yang sangatlah meruntun jiwa di mana anaknya mengalami demam turun naik ketika umur 4 bulan akibat dehidrasi sehingga akhirnya dia dijemput Sang Pencipta.
ANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH ❤️
18 Sept 2019 (Rabu)
Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak-gelak macam biasa, makan minum pun macam biasa. Tapi tengahari dalam pukul 12++ tiba-tiba ibu rasa macam badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Memang adik dah demam time tu. So ibu wassap babah cakap adik demam turun naik, nak bawak pi klinik/hospital. Since babah tengah further study hari-hari ada kelas isnin-jumaat. So babah minta excuse untuk balik halfday. Ibu try call klinik pakar kanak-kanak dkt SP (C.P.Ooi) tapi tak angkat.
Then ibu try call Hosp Pantai bahagian Specialist Clinic (Pakar Kanak-Kanak) dan Dr yang biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. So decide untuk pi dekat hospital pantai. Dalam pukul 2.30 petang macamtu ibu babah bawak adik pi hospital pantai. Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi untuk baby 4 bulan++ (Bukan demam panas).Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung utk kurangkan suhu. Dr pakar kanak-kanak tu check dia kata just demam virus. Biasala baby kan dia kata. Ibu babah dengaq rasa lega. Dr just bagi ubat demam then kami balik. Bila balik tu anak ibu macam aktif masih gelak-gelak makan pon banyak. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik. Turun pon dlm range 37.5-39. So adik still demam turun naik. Tapi anaqi tsaqeef anak yang sangat baik sepanjang dia demam, takda setitik air mata yg keluar just merengek perlahan ja. Maybe adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik untuk sejukkan badan(orang petua) sampai ke pagi.
Badan Anak Mula Alami Dehidrasi
19 Sept 2019 (Khamis)
Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindakbalas ubat yang menyebabkan adik cirit birit rupanya tak. Badan adik dah start dehidrasi. Pagi khamis ibu cuba petua orang cakap mandi dengan lemon, cool fever letak dekat bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik ok tapi bila sejam macamtu panas balik. So adik minum susu macam biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada. Ibu cuba nak bagi adik full bf sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct bf adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena. Ibu anggap adik tak mau kot. Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif macam biasa. Ubat still ibu bagi macam biasa 4-6 jam sekali.
20 Sept 2019 (Jumaat)
Pagi jumaat adik still lemah suhu pun macam tu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari macam tu babah ambik halfday lagi sebab rasa kena bawak adik pi hospital ni sebab demam tak mau kebah. Lepas jumaat ibu babah bawak pula adik pi bahagian kecemasan Hospital SP. Time tu suhu adik agak tinggi dalam 38 keatas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila pi bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dapat priority sebab dia baby dan keadaan dia yang macam tu. Tapi malangnya still kena tunggu turn yang maybe dalam 4-5 jam lagi. Bila babah tanya pon still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat-sangat kecewa time ni dengan bahagian kecemasan HSAH. Ibu babah kesian sangat dekat adik sebab adik tak larat sangat time tu. Dengan persekitaran yang macam-macam penyakit dekat situ. So babah decide tak boleh tunggu ni kena pi swasta juga ni, so bawak adik pi klinik bersatu tikam batu. Dr situ check macam takda apa, still kata demam biasa dan dr bagi ubat demam juga. Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan macam tu ja buat kerja. Check pon biasa ja sedangkan baby dah demam 3 hari kot suhu turun naik tak kebah. So balik tu ibu try bagi ubat yang klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 macam tu. Memang sangat rendah dah dan tak demam. Time tu syukur sangat dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sgt time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dekat ibu. Nak tidoq ja. Sepanjang malam adik still macam tu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa pikir nak buat macam mana lagi.
Ikhtiar jumpa ustaz
21 Sept 2019 (Sabtu)
Adik masih lagi macam tu cumanya suhu dia rendah sikit dalam 37-38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak macam tu. So ibu babah ikhtiar untuk bawak adik jumpa ustaz pula kalau-kalau adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah maybe adik sakit dah ibu babah tak tau. Ustaz cakap biasala maybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la. Takpa ibu babah ikhtiar. Balik macam biasa adik tidoq jaa sebab tak larat tapi susu adik still minum banyak. Babah perasan ubun-ubun adik dah tenggelam tak macam biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun-ubun pun jadi tenggelam. Rupanya apa yang dr bagitau sebab adik dehidrasi. Allahu ibu babah tak tahu adik.
22 Sept 2019 (Ahad)
Anaqi tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab org petua macamtu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat maybe sebab sejuk kot. Lepastu bagi makan ubat dan adik tidoq. Suhu adik tak tinggi sangat dalam 37 lebih macam tu. Tapi bila mai petang tu adik macam mengerang maybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pon tak tinggi time petang tu. Tak de demam turun naik dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidoq mata pon dah tak nak tengok orang. Asyik mengerang geleng-geleng nafas pon laju sangat. Adik macam nak bagitau something dekat ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi. Allahu.
23 Sept 2019 (Isnin)
Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidoq sebab adik macm mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik pi hospital dalam pukul 12.30 pagi macam tu. Ibu babah bawak adik pi kecemasan Hospital Kepala Batas. Time tu adik dalam keadaan sangat tenat sebab nafas terlalu laju MALANGNYA bila sampai di kecemasan Hospital Kepala Batas tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai. Ya Allah, betapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik. Sampaikan anak ibu babah setenar tu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah KECEWA dengan kecemasan hospital government. So keadaan adik yang macamtu memang tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bawak adik terus ke kecemasan Hospital Pantai. Dan bila dekat situ dr cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hospital takda peralatan nak support adik punya sakit tu. So dr pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zone kuning. Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk zone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah. Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr dekat situ dah nak buat procedure dekat adik. Lemahnya ibu dengan babah time tu. Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat.
Sampaikan Dr dah minta izin dekat ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dekat dr, dr buatlah yang terbaik untuk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah.
“Ibu tak terfikir adik nak tinggal ibu”
Bila dah siap dekat zone merah dr tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yang adik akan pi tinggal ibu. Yang ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dekat adik. Dr mai tanya ibu babah tentang adik. Dari A-Z ibu cerita. Bila Dr kata keadaan adik sangat kritikal dan bila-bila masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yang tahu apa yang ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar. Dr kata dari pukul 2-6 pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yang terbaik untuk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bawak adik pi hospital. Tapi adik kena puasa. Dalam pukul 8 pagi macam tu ibu babah tengok dr dah kalut-kalut pi dekat adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then dr buat cpr. Allah kesian anak ibu time tu dok tahan sakit.
Then bila kali kedua pukul 9++ pagi jantung adik stop lagi dr cuba lagi yang terbaik untuk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10 pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dekat sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab dr tengah buat procedure. Adik pi dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dengan babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Betapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Dr cakap badan adik dehyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dalam darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu. Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef. Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yang terbaik bagai menatang minyak yang penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dgn babah dekat sana naa. Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dengan babah. Tetap dalam hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah.
Sedaya upaya ibu babah dah cuba untuk adik tapi memang dah tertulis setakat tu saja adik dok dengan ibu babah. Mungkin apa yang terjadi dengan sekelip mata ni ASBAB saja sebelum Allah nak ambil adik.
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dekat adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa untuk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah.
Damailah anak syurga ibu babah disana.
Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan
10 Mei 2019 – 23 September 2019
Sumber: Dalila Yusof
BACA JUGA JANGAN PANDANG RINGAN BILA BAYI DEMAM. IA BOLEH MENGUNDANG BAHAYA!
Pesan Mama Siti:
AlFatihah buat Anaqi Tsaqeef. Semoga Puan Dalila Yusof kuat menempuh dugaan ni. Mama Siti tahu bukan mudah untuk sesiapa saja yang kehilangan nak ni. Anak pertama pula tu, tak sempat dengan bermanja, gomol pipi dia. Tiba-tiba Allah SWT ambil balik. Kalau Mama Siti pun mahu naik gila kalau perkara macam ni berlaku dekat anak Mama Siti. InshaAllah, ada hikmah disebalik dugaan ini. Puan Dalila kena kuat ye!