Alamak, tertinggallah!
Mesti setiap keluarga pernah hadapi situasi ni kan? Samalah dengan keluarga Mama Siti.
Memang kita berkobar-kobar, tak sabar nak pergi bercuti cuti sekolah ni, sampai terlupa nak kemas barang-barang keperluan percutian yang penting untuk dibawa bersama.
Memang boleh je hidup tanpa barang-barang ni, tapi leceh bila terlupa. Lagi-lagi ubat penting yang Mama atau anak-anak Mama perlukan seperti ubat alergik dan sebagainya.
Mujur Mama Siti di sini mahu ingatkan Mama barang apa yang sering kita lupa sewaktu bercuti~
Jom kita tengok senarai ini!
6 Barang Keperluan Percutian Yang Sering Dilupakan
Ubat Preskripsi
Jika Mama mengambil ubat-ubatan yang spesifik, jangan lupa kemaskannya dalam beg!
Semak dua tiga kali semua ubat sebelum meninggalkan rumah dan pastikan ubat-ubatan tersebut cukup untuk perjalanan Mama.
Jangan lupa untuk ke klinik atau farmasi yang presribed ubat tersebut untuk menambahkan ubat sekiranya masa percutian Mama memakan masa yang lebih lama dari biasa.
Cermin Mata, Kanta Lekap dan Larutan Kanta Lekap
Banyak barang yang senang ganti jika tertinggal, tapi kalau cermin mata atau kanta lekap yang sering kita gunakan tinggal macam mana? Kanta lekap mungkin senang juga dicari, tapi yang spesifik mungkin perlu booking lebih awal dahulu.
Bagi pengguna kanta lekap, jangan lupa untuk bawa larutan kanta lekap tersebut dan adalah lebih bagus untuk membawa extra.
Takut nanti pecah, rosak, atau lain-lain. Macam-macam boleh jadi tau! Nak lagi mudah, sediakan extra agar percutian Mama sekeluarga lebih tenang bersama.
Pengecas Telefon dan Tali USB
Ini penting tau Mama. Kalau dah takde bateri, macam mana nak charge telefon tu kan? Walaupun benda yang kita gunakan hari-hari, tapi, masih ramai yang sering terlupa untuk bawa bersama.
Pengecas telefon ni penting tau! Lagi penting tali USB tu.
Selain telefon, kita juga mempunyai kamera, powerbank, laptop, tablet, dan pelbagai alatan elektronik yang sering digunakan untuk dicas. Buat senarai semua peralatan yang memerlukan pengecas dan simpankan dalam satu beg yang senang dicari.
Payung
Cuaca memang kita tidak dapat ramal. Walaupun diramal panas, kemungkinan juga ia akan hujan. Jika panas juga pun, apa salahnya ada payung untuk lindungi kita dari cahaya matahari yang terik.
Mungkin dianggap remeh, tetapi, sebenarnya, payung yang mudah untuk dibawa di dalam beg kecil ketika bercuti adalah sangat disyorkan.
Barang Mandian
Ini juga merupakan salah satu perkara yang ramai terlepas pandang. Kadang tu, ubat gigi, pencukur, deodoran, pencuci muka, berus gigi dan lain-lain sering terlupa untuk dibawa bersama.
Betul, memang senang untuk dibeli dekat kedai berdekatan tetapi percutian dan bajet akan terganggu, terutamanya jika Mama mempunyai masa terhad seperti mengikut tour group.
Barangan mandian merupakan antara barang terakhir yang Mama akan kemas. Cadangan Mama Siti, selesai je membersih diri sebelum bergerak untuk ke tempat bercuti, bawa keluar sekali barangan tersebut dari bilik mandi dan letakkan di atas meja solek.
Pakaian Yang Sesuai, Mengikut Musim
Mengikut tempat yang Mama bercuti, jangan lupa bawa baju yang sesuai. Buat kajian mengenai cuaca dan suhu mengenai tempat percutian tersebut sebelum mengemas baju-baju Mama dan anak-anak.
Jika suhu dan cuaca yang panas, bawa baju yang serap peluh dan selesa untuk pengudaraan suhu badan Mama sekeluarga.
Baju Dalam
Mungkin Mama terlalu teruja dan mengemas semua pakaian ke dalam beg tetapi lupa pada baju dalam Mama dan anak-anak. Adakan senarai untuk setiap hari nak pakai berapa banyak baju dalam dan berapa helai yang perlu ada. Selalu sangat terlupa nanti buat malu saja.
Nak lagi mudah, sediakan pakaian dalam pakai buang yang boleh digunakan ketika mandi laut, sungai, atau di taman tema. Lebih mudah untuk terus dibuang begitu sahaja selepas satu penggunaan.
Baju Renang
Sebenarnya, walaupun Mama rasakan tempat percutian Mama itu tidak mempunyai kolam renang atau tidak berniat untuk berenang, Mama perlu juga membawa sepasang baju renang.
Bukan sahaja untuk anak-anak, tetapi, untuk Mama dan Papa juga. Bukan apa, untuk persediaan bersama. Dan, pastikan Mama dah sediakan baju basahan selepas mandi di dalam sebuah beg. Mudahlah kalau anda sekeluarga akan ke pantai atau kolam renang semasa bercuti nanti.
Haa, jangan lupa semua barang keperluan percutian ni tau Mama! Jangan seronok sangat samapi terlupa nak kemaskan ke dalam beg.
Nak lagi mudah, sentiasa tulis barang-barang di atas ke dalam checklist dengan tajuk ‘Keperluan Percutian – PENTING!’ untuk tandakan masa yang sudah dimasukkan ke dalam beg. Selamat bercuti!
Dapatkan lebih banyak tips percutian di SINI.