KelabMama

Kepentingan Pengambilan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Sumber: Shutterstock

Dalam kalangan ibu mengandung, masih ramai lagi yang tidak tahu tentang kepentingan pengambilan asid folik ketika hamil. Untuk Mama yang sedang merancang untuk hamil ataupun berada di awal trimester, Mama harus prihatin dan jangan endahkan suplemen ini.

Untuk pengetahuan Mama, pengambilan asid folik bertujuan untuk mengelakkan bayi Mama daripada kecacatan pada tiub saraf ataupun NTD (Neural Tube Defect). Ia membantu mengurangkan 70% masalah bayi baru lahir. Dos yang sepatutnya diambil adalah 400 mcg.

Sumber: Shutterstock

Sebenarnya, asid folik tidak boleh disimpan di dalam badan dan ia akan keluar melalui air kencing. Tambahan pula, ia sangat penting untuk membantu dalam proses tumbesaran sel dan perkembangan bayi. Sebab itulah, doktor mengesyorkan ibu hamil untuk mengambil asid folik bagi mengurangkan risiko NTD pada bayi dalam kandungan.

Semasa asid folik belum wujud, masalah NTD adalah biasa. Secara umumnya, ia berlaku satu dalam 1000 kehamilan. Tetapi, dengan pengambilan asid folik, ia boleh mengurangkan risiko sehingga 70%.

Kemudian, proses kecacatan ini bermula seawal 1 bulan kehamilan. NTD adalah seperti:

Sumber: Public Health Malaysia

Menurut Public Health Malaysia, kecacatan seperti anencephaly iaitu keadaan di mana tempurung kepala bayi tidak berkembang dan tertutup. Ini mendedahkan otak bayi dan seterusnya menyebabkan ia tidak terlindung daripada air ketuban dan hakisan. Kemudian, tisu otak yang lembut ini akan hancur dan hilang.

Bayi yang bakal lahir pula akan dilahirkan atanpa otak dan berisiko untuk terus meninggal sejurus kelahiran.

Cara untuk Mengesan Ketidaksempurnaan Pada Bayi Dengan Lebih Awal

Penyakit ini boleh dikesan seawal penghujung trimester pertama atau awal trimester kedua dengan menggunakan ultrasound.

Mama jangan risau kerana semua ini boleh dicegah dengan pengambilan asid folik. Mama perlu mengambil asid folik seperti berikut:

Ini adalah kerana semua sel dalam badan kita memerlukan asid folik. Pengambilan yang berterusan dapat membentuk sel darah, mengelakkan kelahiran pramatang, keguguran, praeklampsia, bibir dan lelangit sumbing.

Kalau Mama kurang mengambil asid folik juga boleh mengalami anemia. Sebab itulah, disarankan untuk Mama terus mengambil asid folik sehingga bersalin kerana kebaikannya.

Kredit: babysleepmadesimple.com

Pada bakal-bakal Mama atau yang merancang untuk mendapatkan anak, anda bolehlah memulakan pengambilan asid folik. Tetapi, jangan pula Mama salah faham ya. Untuk pengetahuan Mama, asid folik bukan untuk:

Mudah-mudahan, perkongsian kali ini adalah bermanfaat untuk Mama. Semoga bayi yang bakal dilahirkan sentiasa sihat sepanjang kehamilan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai asid folik, Mama boleh baca artikel ini.