Masih segar dalam ingatan bagaimana anak pertama saya mula jatuh sakit apabila dia baru melangkah masuk ke alam persekolahan. Bila anak yang aktif terlantar sakit, mak mana yang tak sedih bukan?
Walaupun sakitnya itu tidaklah kritikal, namun, itulah antara momen yang kekal dalam ingatan kerana Mama Siti rasakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu telah gagal: gagal menjaga anak dengan baik, gagal melindunginya daripada bakteria dan virus pembawa kuman, gagal menjaga kebersihan badannya, dan lain-lain.
Pemahaman Mama Siti dahulu hanyalah sekadar basahkan anak dengan air dan kemudian gunakan sabun badan apa sahaja sudah memadai. Tetapi, tidak ya!
“No, no. Tak semudah itu ya Mama semua.”
Bahan-bahan yang digunakan dalam produk mandian dan penjagaan badan untuk kita dan anak-anak juga sangat penting.
Tambahan pula, dek kekangan ilmu keibubapaan dan kesihatan pada masa dahulu membuatkan saya tidak arif mengenai kepentingan bahan-bahan yang terkandung dalam produk-produk harian yang sering digunakan. Kalau salah guna, memang boleh jatuh sakit.
Bukan Sekadar Basahkan, Sabun & Bilas!
Namun begitu, sebagai seorang superhero pada anak-anak, saya kuatkan diri dan sentiasa tambah ilmu dengan stay-up-to-date dengan pelbagai informasi terkini. Semuanya demi kesihatan dan kegembiraan mereka.
Dan Mama Siti tak suka nak simpan benda baik pada diri sendiri. Berikut merupakan beberapa perkara yang Mama Siti peroleh dan ingin kongsikan dengan Mama mengenai penjagaan diri anak-anak yang lebih daripada sekadar membersihkan badan:
- Mandikan anak-anak dengan rutin air panas ke air sejuk pada waktu pagi untuk meningkatkan imuniti mereka terhadap demam dan selesema biasa.
- Setelah seharian berada di luar, mandikan mereka dengan air panas untuk membuka liang-liang pori kulit dan membuang toksin yang terperangkap agar kulit menjadi lebih segar dan terhidrat. Pastikan suhu air panas yang sesuai dengan anak-anak ya.
- Rutin mandian yang disarankan adalah selepas kita basahkan keseluruhan badan, mulakan dengan mencuci rambut, kemudian bersihkan badan dengan sabun, dan akhir sekali barulah mencuci muka. Hal ini adalah untuk mengelakkan ‘sisa-sisa’ syampu dan sabun yang terpercik pada bahagian muka tidak dicuci dengan sempurna.
- Gunakan sabun mandian yang mengandungi bahan-bahan yang baik dan tidak berbahaya pada kulit kita dan anak-anak.
- Pilih produk mandian yang kaya dengan multivitamin. Terdapat banyak manfaat multivitamin dan setiap satunya memainkan peranan yang berbeza pada kulit kita. Sebagai contoh:
- Vitamin B3 (Niacinamide): Menyubur dan memulihara kulit, menghasilkan skin barrier yang lebih kuat.
- Vitamin C: Menghilangkan kekusaman dan menjadikan kulit lebih lembut, licin, dan sihat.
- Vitamin E: Mengunci kelembapan kulit untuk memastikan kulit lebih terhidrat dan sihat.
Berikut merupakan manfaat multivitamin yang lain yang Mama Siti dah simplify -kan untuk Mama semua:
Dengan teknologi yang jauh lebih maju pada zaman ini, kita boleh peroleh semua manfaat multivitamin tersebut hanya dalam satu produk sahaja iaitu Lifebuoy with Multivitamins + Antibacterial Bodywash BAHARU!
Lifebuoy with Multivitamins + Antibacterial Bodywash: Perlindungan Extra Untuk Anak-anak & Seisi Keluarga
Demi keselamatan dan perlindungan berganda pada anak-anak, Lifebuoy with Multivitamins + Antibacterial Bodywash jauh lebih berkesan jika dibandingkan dengan sabun mandian tanpa bahan aktif.
Lifebuoy with Multivitamins + Antibacterial Bodywash terbukti memberi 10 kali lebih perlindungan daripada kuman untuk kulit yang lebih sihat.
Selepas beberapa penggunaan je dah nampak keberkesanannya! Anak Mama Siti yang aktif itu tidak lagi kerap jatuh sakit dan kulitnya juga tampak lebih sihat berbanding sebelumnya.
Dengan formula multivitamin dan antibakteria yang hebat daripada vitamin B3, vitamin C, vitamin E, 12-Hydrostearic acid, serta pelbagai bahan formulasi yang lain seperti surfactants, bahan pewangi, dan lain-lain, Mama pasti tidak lagi bimbang dengan kuman yang boleh membawa maut pada anak-anak.
Bau sabun mandian Lifebuoy ni pun wangi tau—anak Mama Siti suka sangat!
Mama boleh dapatkan Lifebuoy with Multivitamins + Antibacterial Bodywash yang baharu ini di Guardian, Watsons, pasaraya dan farmasi berdekatan Mama.