KelabMama

Kepentingan Meminta Maaf & Saling Memaafkan (Bukan Time Raya Je!)

meminta maaf

Kebanyakan daripada kita hanya akan meminta maaf dengan seikhlas dan setulus hati hanaya ketika raya je. Hari lain dah susah nak meminta maaf, macam tak valid pula kalau nak minta maaf atau nak maafkan seseorang.

Sebenarnya minta maaf dan memaafkan orang ni boleh je dilakukan bila-bila pun. Kalau buat salah terus minta maaf, jangan nak tunggu raya baru nak minta maaf.

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran: ayat 133-134)

Kepentingan Meminta Maaf

Sudah pasti setiap dari kita akan melakukan kesalahan, begitu juga dengan Mama Siti. Sama ada kesalahan tersebut secara sengaja atau tidak sengaja.

Pentingnya meminta maaf ni untuk menunjukkan rasa hormat dan empati kepada orang yang telah disakiti. Kalau tak mintak maaf dengan ikhlas bermaksud kita tak rasa hormat kepada orang tersebut.

Meminta maaf bukan hanya kebaikan sosial je,tapi untuk menunjukkan bahawa seseorang itu menyesal dengan perbuatan yang telah dilakukan.

Lagi pun, penting untuk kita mintak maaf bertujuan untuk menjernihkan semula hubungan ke arah yang lebih baik.

Adab Ketika Meminta Maaf

Nak minta maaf pun ada adab jugak tau, supaya kita nampak ikhlas dan sopan.

1. Mengaku Kesilapan yang Dilakukan

Langkah pertama time minta maaf mestilah kita mengakui kesilapan yang kita dilakukan.

Walaupun rasa berat dan tak adil tapi mengakui kesilapan yang dilakukan dapat menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh mahu meminta maaf.

2. Gunakan Bahasa yang Tulus dan Hormat

Gunakan bahasa yang tulus dan hormat time nak minta maaf. Jangan gunakan nada yang keras dan sinis ye. Berlapang dada lah time mintak maaf tu.

Ini untuk buktikan kesungguhan kita mintak maaf. Bukan hanya sekadar di mulut je ucap maaf, tapi nampak kesungguhan kita minak maaf dengan gunakan nada yang tulus dan insaf.

3. Jangan Salahkan Orang Lain

Time nak minta maaf, jangan pula salahkan orang lain. Sebaiknya kita mengaku je kesalahan yang dilakukan itu.

Kita tak boleh menyalahkan orang lain dan meletakkan kesalahan tersebut kepadanya kerana telah mempengaruhi kita.

Sikap macam ni menunjukkan kita tak bersungguh-sungguh pun untuk minta maaf dan juga tak bertanggungjawab dengan kesalahan yang telah kita lakukan.

Jadi, elakkan lakukan sikap ini time minta maaf ye.

Kebaikan Memaafkan dalam Islam

  1. Alalh akan meninggikan darjat orang yang memaafkan kesalahan orang lain.
  2. Dengan meminta maaf dan memberi kemaafan akan membuatkan hati menjadi lebih tenang. Dan maaf juga boleh menjadi penawar hati untuk menjadi tenang.
  3. Orang yang meminta maaf dan menerima kemaafan dapat memulakan semula hubungan tanpa rasa benci dan juga dendam
  4. Menyedarkan kita semua bahawa tak semua orang sempurna dan diri sendiri juga tak sempurna juga. Jadi, apa salahnya kalau kita memaafkan kesalahan mereka kerana kita juga pernah melakukan kesalahn juga.
  5. Memaafkan orang juga dapat membersihkan hati dari amarah.

Mama Papa – Tak Salah Pun Mintak Maaf dengan Anak-anak

1. Meminta Maaf Sebab Berkelakuan Sedemikian

Mama Papa perlu jelaskan kepada anak-anak supaya mereka faham kenapa Mama Papa marah. Bila Mama Papa dah jelaskan sebab, Mama Papa perlu lah mintak maaf pula dengan mereka.

Boleh jadi, anak-anak sudah terluka dengan kata-kata Mama Papa. Jadi, bukan anak-anak je yang kena mintak maaf tau, Mama Papa pun sama jugak.

Oh ye, jangan disebabkan ego dalam diri, Mama Papa tak mahu mintak maaf dengan anak-anak ye. Walaupun mereka masih kecik, tapi mereka pun ada perasaan jugak.

2. Anak akan Mencontohi Sikap Mama Papa

Role model bagi anak-anak ialah Mama Papa sendiri. Anak-anak akan jadi lebih mudah terikut untuk melakukan perkara yang sama macam mana Mama Papa lakukan.

Kalau Mama Papa tunjukkan sikap meminta maaf dengan anak-anak, jadi anak-anak pun akan mudah melakukannya juga. Bukan dengan Mama Papa atau keluarga je.

Bahkan kalau dengan kawan- kawan pun anak-anak akan tunjukkan sikap yang sama. Sudah pasti mereka mahu menjadi seperti Mama Papa yang tak kedekut dengan ucapan minta maaf.

3. Menjadikan Anak Seorang yang Pemaaf

Didikan ini akan menjadikan anak-anak seorang yang penyayang dan tak rasa kekok untuk memperbaiki hubungan sesama ahli keluarga, bersama kawan mereka termasuk dengan orang disekeliling.

Bersikap terbuka dengan memohon maaf dan menerima kemaafan dari orang lain juga.

4. Mengelakkan Anak Jadi Memberontak

Bagi anak-anak, mendengar perkataan minta maaf dari Mama Papa akan membuatkan mereka rasa dihargai dan disayangi.

Mama Siti tak maksudkan untuk anak-anak pijak kepala ye. Tapi sikap macam ni dapat mengajar anak-anak dan elakkan mereka daripada jadi seorang yang suka memberontak.

Jangan disebabkan perasaan anak-anak tersinggung membuatkan mereka kurang hormat dan rasa tak disayangi oleh Mama Papa. Lagi pun, akan jadi adil bila Mama Papa buat salah pun turut mintak maaf jugak kan.

Belajar untuk meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain supaya kita memperoleh ketenangan. Sama-sama lah kita menjadi seorang yang pendamai dan bukan seorang pendendam ye.

Oh satu lagi, takkan hilang maruah atau jatuh harga diri kita kalau maafkan orang.Jadi, kita kosong-kosong ye, hidup kita pun aman je.


Dapatkan lebih banyak petua dan pencegahan di SINI.