KelabMama

Kentut Busuk Itu Sihat, Betul Ke?

Kentut Busuk Itu Sihat, Betul Ke?

Kentut adalah satu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada 10 kali sehari. Anda akan merasakan satu nikmat yang sangat sukar untuk dibayangkan bila anda melepaskan kentut yang sangat kuat.

Tapi, bukan ‘feeling’ kentut tu yang Mama Siti nak cerita. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk beberapa tempoh masa yang agak lama untuk semua orang bau.

Punca kentut berlaku disebabkan oleh gas yang terhasil ketika proses penghadaman makanan.

Kentut Busuk Tanda Usus Sihat!

Kentut dia busuk macam telur tembelang ya Allah…

Jangan risau! Kentut berbau ni sebenarnya petanda bahawa badan anda sihat. Bukan itu saja, bila anda kentut berbau, ia boleh membuatkan kita lebih sihat!

Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda. Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan badan anda sedang berfungsi dengan baik.

Tapi kalau kentut tak ada bau, badan tak sihat ke? Ish, kalau yang jenis tak ada bau ni, ia perkara normal. Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan.

Manusia biasanya kentut lebih dari 14 kali sehari secara purata.

Apabila dicerna, ia akan mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan tu. Kalau anda nak tau, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau tau! Jadi, kalau yang tak ada bau tu, syukur Alhamdulillah saja.

Hidu Kentut Orang Lain Panjangkan Usia!

Tak percaya kan? Kenapa pula kita kena bau kentut orang lain? Busuklah!

Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hidrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda untuk kurangkan risiko penyakit seperti dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria. Buat mereka yang fikir kentut berbau ni maksudnya badan tak sihat, set balik minda anda semua. Kentut busuk ni sangat baik dan bagus untuk anda!

Bau Busuk Kerana Diet Tinggi Serat

Bau yang terlampau busuk ni bermaksud diet yang anda amalkan cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – biasanya berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi serat. Makanan ni termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah juga merupakan makanan utama yang akan membuatkan kentut anda jadi sangat busuk.

Makanan tinggi karbohidrat seperti gula, kanji dan fiber akan menghasilkan gas yang paling banyak dalam usus besar.

Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu!

Biasanya kalau anda kentut berbau lepas minum segelas susu atau apa-apa saja bahan tenusu, ia mungkin petanda intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi petanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu.

Tapi semua yang Mama Siti coretkan ni adalah kes-kes yang jarang berlaku, sebab kentut berbau umumnya menunjukkan usus anda sihat!

Sumber: Berita Harian

BACA JUGA TANDA BADAN MAMA PENUH TOKSIN MELEKAT DI DINDING USUS. CUBA SEMAK!

Pesan Mama Siti:

Tak payah la malu sangat kalau kentut tu bau busuk. Kentut berbau ni normal, badan anda berfungsi dengan baik. Kan bagus tu? Tapi jangan lah pula pergi saja-saja kentut depan orang ramai, itu memang menempah maut la gamaknya.