KelabMama

Mama Disahkan Kencing Manis Ketika Hamil? Ini Langkah-langkah Penjagaan Yang Crucial!

Gestational Diabetes Mellitus ataupun GDM adalah sejenis diabetes yang boleh berkembang semasa kehamilan pada wanita yang belum menghidap diabetes. Atau dalam bahasa mudahnya, kencing manis ketika hamil.

Biasanya, pelbagai hormon berfungsi untuk mengekalkan paras gula dalam darah. Tetapi semasa kehamilan, tahap hormon akan berubah, menjadikannya lebih sukar untuk badan memproses gula dalam darah.

Kencing manis ketika hamil ni biasanya dikesan selepas minggu ke-24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun.

Oleh itu, apa Mama boleh buat untuk pastikan GDM Mama tidak berada di paras bahaya? Ini beberapa langkah penjagaan yang Mama harus take note!

Cara Uruskan Kencing Manis Ketika Hamil atau GDM

Bila disahkan menghidap GDM, Mama perlu keep it in check! Mama perlu pastikan paras glukosa darah Mama sentiasa berada di paras normal ketika mengandung.

#1 Mengamalkan Diet Sihat

Pastikan Mama ikut diet yang sesuai untuk Mama. Mama juga perlu memantau paras glukosa darah Mama dengan kerap dalam 4 hingga 6 kali sehari. Ini untuk pastikan paras gula dalam darah sentiasa berada di tahap yang normal.

Berikut adalah cara pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:

#2 Melakukan Senaman Harian

Senaman harian yang sederhana dapat mengurangkan risiko GDM dan dapat meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan Mama, sekali gus mengekalkan paras gula dalam darah yang terbaik. Ia juga dapat membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti sembelit ke, sakit belakang ke serta kekejangan otot.

Mama Siti suggest untuk berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan dapat membantu Mama mengeluarkan peluh semasa kehamilan. Start sikit-sikit macam mulakan senaman tiga kali seminggu sebanyak 15 minit dan dari situ boleh lah tingkatkan kekerapan itu.

#3 Selalu Pantau Glukosa Darah

Penting untuk Mama pantau paras glukosa darah Mama setiap hari untuk check berkesan atau tidak rawatan yang diberikan. Dengan memantau paras gula, Mama dapat tentukan jika Mama perlu perubahan dalam pelan diet, senaman atau ubat-ubatan yang Mama consume.

Cara Check Gula Dalam Darah

Perlu diambil pada waktu pagi apabila bangun (paras ‘berpuasa’) dan satu atau dua jam selepas setiap hidangan (paras ‘selepas makan’). Pengukuran paras glukosa darah sebelum makan juga digalakkan untuk membolehkan pengubahsuaian dos insulin untuk disuntikkan sebelum hidangan. Menurut MyHealth KMM,

“Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pengawalan paras glukosa darah ‘selepas makan’ adalah lebih baik untuk ibu dan bayi berbanding pengawalan paras glukosa darah ketika ‘berpuasa’.”

Doktor Mama mungkin menasihatkan Mama untuk check sebelum dan selepas bersenam untuk make sure Mama tak mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah) semasa bersenam.

Menurut pakar, bagi mengurangkan risiko komplikasi untuk wanita yang menghidap GDM, paras gula yang disyorkan ialah 5.3 mmol/L atau kurang semasa berpuasa dan sebelum makan atau 6.7 mmol/L atau kurang dua jam selepas makan.

Adakah GDM Akan Berterusan?

GDM selalunya hilang selepas bayi Mama dilahirkan. Don’t worry, doktor Mama akan memeriksa paras glukosa darah Mama kira-kira enam minggu selepas bersalin untuk memeriksa sama ada ia berada dalam paras normal semula.

Sebaik sahaja disahkan Mama menghidap kencing manis ketika hamil ini, Mama harus kawal terus dengan makan makanan yang sihat dan bersenam agar Mama dan baby dalam kandungan juga sihat!

Peringatan buat Mama, Jika Mama memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, Mama seriously kena kawal diabetes beberapa bulan sebelum hamil kerana paras gula yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

Semoga Mama istiqomah mengawal GDM!


Dapatkan info kesihatan tentang ibu hamil di SINI.