Dengar macam tak ada tapi sebenarnya kencing kotor ni boleh beri kesan negatif kepada kandungan mama kalau dibiarkan tanpa rawatan. Hampir 10% wanita kena kencing kotor semasa hamil. Kencing kotor ni berpunca dari jangkitan pada saluran kencing.
Kencing kotor boleh mendatangkan komplikasi kepada mama hamil iaitu jangkitan kuman pada buah pinggang yang dipanggil pyelonephritis. Ia boleh merebak keseluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian kepada mama.
Baby dalam kandungan juga akan kena kesannya. Antara risikonya ialah kelahiran awal dan berat badan baby rendah.
PUNCA KENCING KOTOR SEMASA HAMIL
#Perubahan Hormon
Bila tengah hamil ni, tahap kandungan hormon yang tinggi boleh buatkan saluran kencing dan pundi kencing bertambah lemah. Ia boleh melambatkan pengeluaran air kencing.
#Rahim Menghimpit Pundi Kencing
Rahim mama yang hamil semakin membesar dan menghimpit pundi kencing sehingga menyebabkan air kencing tak dapat dikosongkan dengan efektif. Bila kencing tak puas akan membuatkan kuman mudah membiak. Bila keadaan ini berterusan ia boleh menyebabkan jangkitan.
#Hubungan Seks
Bila melakukan hubungan seks semasa hamil pun antara faktor dijangkiti kencing kotor. Ia boleh berlaku bila kemaluan wanita disentuh tangan atau zakar yang kotor.
#Saluran Urethra Pendek
Secara amnya, wanita lagi senang kena kencing kotor berbanding lelaki sebab urethra wanita pendek dan dekat dengan lubang dubur.
#Air Kencing Berasid
Air kencing mama hamil memang akan lebih berasid dan lebih kandungan gula. Bila tinggi kandungan asid dan gula lagi mudahlah kuman nak membiak.
#Cara Membasuh Kemaluan Salah
Antara sebab utama kena kencing kotor adalah disebabkan cara membasuh kemaluan yang salah iaitu tabiat mengelap dari belakang ke depan lepas membuang air besar. Tabiat ini menyebabkan bakteria lubang dubur masuk ke vagina.
APAKAH SIMPTOMNYA?
1) Kerap rasa nak buang air kecil tapi kencing tak puas
2) Rasa sakit semasa lakukan hubungan seks
3) Rasa sakit dan pedih semasa buang air kecil
4) Demam dan seram sejuk (kalau kuman dah merebak ke buah pinggang)
5) Sakit pinggang, demam, loya
6) Air kencing ada darah atau berbau busuk
RISIKO KALAU TAK DIRAWAT
Ada banyak risiko sekiranya mama tak rawat kencing kotor ni. Antaranya :
1) Jangkitan pada air ketuban
2) Mama boleh kena darah tinggi masa hamil / pre-eclampsia
3) Baby bersaiz kecil, berat baby ringan kurang 2.5kg
4) Baby lahir tak cukup bulan (kurang 37 minggu)
5) Anemia (kurang sel darah merah)
Mama Siti paham bakal mama ni excited nak sambut ‘orang baru’ tapi kebersihan diri kena jaga juga ya! Sekiranya mama ada tanda-tanda kencing kotor ni cepat-cepatlah ke klinik atau hospital berdekatan. Kalau dibiarkan nanti melarat mama juga yang sakit.
Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!