Sedar tak sedar, cuti sekolah kembali lagi! Lebih menarik, oleh kerana sistem persekolahan yang baru, cuti sekolah bulan 3 ini menjadi cuti yang lebih panjang, sebelum peralihan ke ‘tahun’ yang baru. Mama Siti percaya ramai ibu bapa dan anak-anak yang bersekolah masih cuba memahami dan adapt dengan sistem baru ini.
Sekiranya Mama tiada perancangan yang spesifik dan masih memikirkan aktiviti untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini, Mama Siti cadangkan Mama hiburkan anak-anak di Sunway Pyramid!
Kalau ke Sunway Pyramid ni, bukan hanya anak-anak yang terhibur, mak pun ikut sama teruja dan seronok! Nak tahu kenapa? Jom Mama Siti senaraikan sebab-sebab Mama harus bawa anak-anak ke Sunway Pyramid sepanjang cuti sekolah ini.
1. Shopping, Makan, Shopping, Makan!
Tak lain tak bukan semestinya kerana shopping, shopping, dan shopping! Sunway Pyramid merupakan antara pusat membeli-belah yang terbesar di Malaysia. Dengan lebih 900 jenama kedai dan restoran yang terkenal, pusat beli-belah ini pasti menjadi pilihan sehenti seisi keluarga.
Sebut sahaja Sunway Pyramid, dah rambang mata – fikirkan nak ke kedai mana, brunch dekat mana, nak cuba dessert di kafe mana, dan sebagainya. Mama Siti sendiri rasa tak cukup satu hari nak explore kedai-kedai dan restoran yang ada di Sunway Pyramid ni.
2. Fasiliti Yang Memudahkan Seisi Keluarga
- Parking Khas dan Family Parking di B1
Selain daripada itu, fasiliti yang disediakan di pusat beli-belah ini juga menjadi salah satu sebab utama ia menjadi pilihan ramai pengunjung.
Sunway Pyramid ada menyediakan ruang Parking Khas untuk yang berkeluarga, yang terletak di Aras B1. Ruang parking ini lebih besar daripada biasa, pencahayaan yang lebih terang, dan berada hampir dengan pintu masuk dan lif untuk ke mall.
- Stroller, Wristlinks Kanak-kanak & Warga Emas
Sekiranya Mama terlupa untuk membawa stroller si manja, Mama boleh ke kaunter Concierges di aras G/LG2 untuk meminjamnya. Di kaunter ini juga ada menyediakan wristlinks kecemasan untuk kanak-kanak dan warga emas sekiranya berlaku kecemasan atau kehilangan.
Selain daripada itu, Sunway Pyramid juga menyediakan mobile walkers, power strollers dan kerusi roda yang boleh disewa untuk memudahkan perjalanan warga emas atau mereka yang memerlukan.
- Bilik Bayi, Surau dan Tandas Awam
Di Sunway Pyramid juga ada disediakan bilik bayi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan keperluan ibu dan bayi, di beberapa aras. Selain dindingnya yang dihias cantik, bilik bayi ini juga ada menyediakan bangku yang mesra kanak-kanak dan tandas khas untuk kanak-kanak.
Tandas awam ada disediakan di setiap aras dan bagi yang beragama Islam, surau ada disediakan di Aras LG1 dan LG2.
Terdapat banyak lagi fasiliti lain yang disediakan di Sunway Pyramid untuk kemudahan semua. Mama boleh baca artikel ini untuk maklumat lanjut.
Mama juga tak perlu risau kerana pihak Sunway Pyramid sering menjalankan kerja-kerja sanitasi berjadual di setiap ruang dan tempat-tempat ini demi keselamatan para pengunjung.
Penuh dengan Aktiviti Menarik Buat Seisi Keluarga!
Pusat beli-belah ini juga ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan seisi keluarga. Berikut merupakan antara permainan dan aktiviti yang Mama Siti recommend untuk Mama cuba bersama anak-anak apabila berada di Sunway Pyramid:
3. Sunway Mega Lanes di F1.22
Di sini, Mama boleh bermain atau ajar anak-anak untuk bermain boling. Sampai sahaja di entrance, anak-anak pasti tertarik dengan akuarium yang disediakan. Sunway Mega Lanes ini menyediakan sehingga 48 bowling lanes dan menggunakan teknologi boling terkini. Ia merupakan salah satu pusat boling berkomputer sepenuhnya yang terbesar dan sering diselenggara dengan baik di Lembah Klang.
4. Future Land di F1.20 & F1.21
Buat mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya dengan anak-anak, Mama Siti syorkan Mama datang bermain di sini. Future Land ini terkenal dengan permainan Virtual Reality atau lebih dikenali sebagai VR.
Menggunakan teknologi moden, Future Land menyediakan pelbagai permainan seperti 360 Flight dan ExoJet simulators, Mirror Maze, VR Hero, 6D Cinema, dan VR Car simulator.
Kalau nak tengok movie pun boleh tau! VR Family dengan enam tempat duduk sesuai jika Mama ingin merasai pengalaman menonton filem melalui teknologi VR. Kanak-kanak berusia 3 tahun pun sesuai untuk dibawa ke sini.
5. Mission-Q di F1.19
Di Mission-Q ini, Mama dan seisi keluarga boleh cuba untuk melarikan diri dengan menyelesaikan soalan atau teka-teki yang ada. Mission-Q atau Real Escape Game Room menyediakan 5 bilik escape mencabar yang unik, setiap satu dengan tema tersendiri. Mama boleh pilih tahap 3 hingga 5 untuk mencuba permainan di Mission-Q ini. Jangan risau kerana ia mesra keluarga dan kanak-kanak. Dekat sini pasti Mama boleh tingkatkan lagi pemahaman dan kerjasama dengan seisi keluarga.
6. Fun Scape by Cobay di B1
Tambah kegembiraan anak-anak dengan bermain di ruang arked ini. Fun Scape menyediakan pelbagai permainan arked digital dan juga claw machine untuk mendapatkan beberapa barangan comel dan eksklusif.
Jangan lupa untuk merakam saat-saat percubaan mendapatkan goodies daripada claw machine tu tau! Kalau berjaya mendapatkannya, pasti lagi seronok!
7. Sunway Pyramid Ice di B1
Mama Siti pasti ramai yang mengenali Sunway Pyramid kerana aktiviti ice-skating di Sunway Pyramid Ice ini. Buat pengetahuan Mama, Sunway Pyramid Ice sangat terkenal sehingga telah menjadi menjadi tuan rumah kepada pelbagai pertandingan sukan antarabangsa dan muzikal sejak 1997.
Anak-anak Mama Siti pun sangat gemar bermain ice-skating di sini. Senang cakap, dah masuk dalam must-do-list kalau setiap kali ke Sunway Pyramid ini.
8. Stars Archery di F1.25
Selain itu, Mama juga boleh mencuba sukan memanah di Stars Archery. Tak kisahlah yang sudah berpengalaman atau baru ingin mencuba, seorang jurulatih akan memberi taklimat tentang alatan, cara penggunaan dan bagaimana untuk memanah dengan betul. Malah, Mama tak perlu risau tentang peralatan memanah dan penyewaan alat keselamatan kerana ia sudah termasuk di dalam pakej yang diambil.
9. TGV Cinemas di F1.MZN.1
Aktiviti WAJIB setiap bulan bagi kebanyakan keluarga, termasuk Mama Siti semestinya menonton wayang! Sekiranya Mama hanya ingin bersantai dan chill dengan anak-anak, Mama boleh membawa mereka menonton filem-filem terbaru di TGV Cinemas.
Terdapat pelbagai jenis dewan panggung wayang boleh dicuba di cawangan TGV ini seperti IMAX, TGV Beanie dan TGV Luxe. Setiap jenis dewan ini didatangi dengan keistimewaan yang berbeza untuk memberikan pengalaman menonton wayang yang lain daripada yang lain.
10. The Parenthood di SPWF003
Sebagai sebuah London Street Family Park di Malaysia, The Parenthood merupakan tempat untuk seisi keluarga bermain dan belajar bersama-sama. Dekat sini ada Indoor Playlands yang direka khas untuk anak-anak bermain dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
Lebih menarik, The Parenthood juga menggunakan tema London seperti Big Ben, bas merah London, bendera British dan kotak pos merah yang juga sesuai untuk bergambar bersama anak-anak. Di sini juga ada menyediakan program dan workshop menarik untuk ibu bapa dan anak-anak seperti Kids Kick Boxing, Kids Dance Class, Kids Gym, Art & Craft, Robotics dan kelas bahasa. Mama nak shopping pakaian dan barangan keperluan si manja pun ada disediakan di sini tau!
Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah!
Tak fun-lah cuti sekolah kalau tak ada aktiviti yang lain daripada yang lain dan menarik bukan? Bersempena dengan cuti sekolah ini, Sunway Pyramid turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh dikunjungi seisi keluarga.
11. Batman (1-20 Mac)
Buat para peminat Batman, jangan lepaskan peluang untuk meneroka dan merasai sendiri dunia ‘The Batman’ di Ground Floor Water Feature bermula 1 hingga 20 Mac 2022 ini. Jom lihat aktiviti apakah yang disediakan di ruang Batman ini:
- Batman Corner: Di sini, para pengunjung boleh merasai dunia Batman dengan lebih mendalam kerana ruang ini telah direka bentuk dengan aset rasmi daripada Warner Brothers. Selain daripada pameran dunia Batman ini, jangan lupa bermain pelbagai permainan yang menyeronokkan di zon yang telah dihias menggunakan konsep Wayne Mansion. Kat sinilah anak-anak Mama boleh bermain pelbagai permainan video yang boleh memberikan mereka pengalaman mengalahkan penjahat untuk memastikan Gotham City selamat serta meneroka gua Batman sebagai Bruce Wayne!
- The Riddle Corner: Ruang ini dipenuhi dengan elemen yang berkaitan dengan teka-teki The Riddler, yang direka khas seperti adegan ikonik dalam filem yang sesuai untuk bergambar. Para pengunjung boleh cuba menyelesaikan teka-teki dengan mencari petunjuk dan sesiapa yang berjaya menjawab teka-teki Shadow of Gotham boleh menebus satu cawan minuman Batman PERCUMA yang ditaja oleh Nescafe Dolce Gusto.
- Gotham City: Mama boleh bersiar-siar mengelilingi landskap bandar pencakar langit yang tinggi di Gotham, yang dihasilkan dengan gabungan peti cahaya lampu berwarna-warni dan skrin LED yang memaparkan poster filem-filem Batman yang sebelumnya. Mama juga berpeluang unutk melihat logo rasmi Batman di atas skrin LED yang jauh lebih besar, bersama paparan treler filem Batman yang terbaru!
- The Bat-Signal: Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan The Bat-Signal yang akan menerangi langit Sunway Pyramid pada 1 Mac, jam 7 malam sebagai simbolik filem dan acara The Batman. Acara ini juga akan distrim secara langsung pada skrin LED besar di Gotham City di GF Water Feature.
- Batman and DC Cosplayers: Pada setiap hujung minggu, Mama dan anak-anak berpeluang untuk mencuba menjadi karakter Batman dan DC dengan berpakaian sebagai hero dan penjahat, bermula 28 Februari 2022 hingga 20 Mac 2022. Para pemenang akan diadili oleh juri daripada pihak Warner Bros., Sunway Pyramid dan Batman Fans Malaysia. Mama boleh daftarkan anak Mama dengan mengisi borang ini. Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang!
Para pengunjung juga berpeluang untuk melihat koleksi eksklusif Batman yang dipamerkan seperti Batman Wayang Kulit Batarang dan Batman Cowl.
Pelbagai Hadiah Eksklusif Menanti Para Pengunjung!
Terdapat pelbagai hadiah menarik dan eksklusif yang boleh dimenangi para peserta acara ini seperti sebuah Batman bersaiz 7 kaki yang diterbangkan dari Jerman secara eksklusif untuk Sunway Pyramid!
Selain daripada itu, Mama juga boleh menyertai pelbagai peraduan yang dijalankan di Facebook Sunway Pyramid dan memenangi hadiah seperti satu set barangan Funko Pop, barangan Batman yang eksklusif, tiket untuk menonton filem, Batman Video Games, Hot Wheels, goodies daripada Typo, pakaian Common Sense Batman dan banyak lagi!
12. Go Big, Go Hot Wheels (11-20 Mac)
Selain itu, Mama juga boleh berkunjung ke acara yang dianjurkan Hot Wheels, dimana terdapat pameran koleksi kereta dan set trek penuh aksi termasuk versi real-life Monster Truck!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti Hot Wheels Monster Trucks Challenge 1, Hot Wheels Monster Trucks Challenge 2, Hot Wheels Monster Trucks Challenge 3, dan juga bergambar dengaan trek-trek menarik Monster Truck.
Dengan pembelian minima RM50, para pengunjung boleh menyertai pelbagai cabaran Hot Wheels di atas. Cabaran-cabaran ini akan berlangsung pada setiap hujung minggu iaitu pada 11-13 Mac dan 18-20 Mac 2022, 2 sesi sehari pada jam 12pm dan 4pm.
Peserta yang terpantas dapat menyelesaikan cabaran tersebut dan dengan pose gambar yang terbaik akan berpeluang untuk menjadi antara tiga pemenang utama dan 7 pemenang saguhati. Sambil itu, jangan lupa untuk mendapatkan barangan Hot Wheels di Hot Wheels Zone/Play table Merchandise Area untuk dibawa pulang.
13. Sunway Pyramid App
Untuk menikmati keseronokkan yang berpanjangan di Sunway Pyramid, Mama Siti syorkan Mama muat turun aplikasi Sunway Pyramid di telefon pintar Mama.
Mama boleh ke mana sahaja dan menikmati fasiliti yang disediakan Sunway Pyramid dengan lebih mudah, iaitu hanya di hujung jari sahaja.
Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi tersebut adalah navigasi indoor secara langsung sebagai panduan untuk ke kedai atau restoran kegemaran Mama, ‘Makan Wheel’ yang boleh membantu Mama membuat keputusan untuk makan di restoran mana, menyimpan acara kegemaran yang sedang berlangsung, menebus ganjaran dan berpeluang untuk memenangi hadiah dengan melengkapkan perjalanan sepanjang berada di Sunway Pyramid.
Mama juga boleh menempah baby stroller atau kerusi roda terus daripada aplikasi ini. Yang lebih menarik, melalui ‘Smart Parking’, Mama nak bayar parking melalui aplikasi ini pun boleh tau! Jadi, tak payah Mama bersesak di kaunter pembayaran nanti.
Dengan pelbagai aktiviti dan kedai-kedai menarik yang ada di Sunway Pyramid, Mama Siti pasti jadual hujung minggu mahupun harian Mama sudah dipenuhi dengan agenda tersendiri. Sehari tak cukup tau Mama!
Tapi ingat! Jangan lupa untuk memakai face mask, sentiasa sanitize tangan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Demi memastikan keselamatan dan keselesaan para pengunjung, pihak Sunway Pyramid sendiri sentiasa sanitize setiap ruang dan kawasan tempat awam di pusat membeli-belah ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Pyramid, Mama boleh layari laman web di sini.