KelabMama

KENAPA KENA GUNA TAPEL, PARAM & PILIS KETIKA IBU BERPANTANG?

Tapel, param dan pilis adalah antara perawatan wajib yang akan dilakukan oleh wanita berpantang sejak turun-temurun. Walaupun cara penggunaan dan peknya telah dimodenkan, sehingga kini amalan penggunaannya masih tetap diamalkan. Ini kerana, ketiga-tiga amalan ini dapat memberi manfaat kesihatan yang amat baik bagi ibu yang baru melahirkan.  Sesetengah wanita mungkin menganggap amalan ini sebagai sesuatu yang leceh. Namun, jika ia dilakukan dengan disiplin setiap hari, anda tentu akan dapat merasai kebaikannya. Malah, ia juga membantu mengekalkan kesihatan wanita buat jangka masa panjang. Jadi, jangan malas ya!

 

TAPEL

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung. Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis. Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Jika ibu menjalani pembedahan Caesarean, pastikan luka pada perut telah diyakini kering dan tidak bermasalah. Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.

Banyak kelebihan menggunakan tapel pada perut, antaranya:

 

PARAM

Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut. Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan. Pada asasnya, param terdiri daripada beras yang direndam dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut, dan beberapa jenis herba lagi.

Antara khasiat param adalah:

 

PILIS

Pilis pula adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi. Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kencur, kunyit, kenanga,daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya. Seperti param, pilis juga seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang.

Antara kebaikan memakai pilis untuk ibu berpantang adalah:

 

 

 

 

Sumber: pantangplus.com