Mama pasti pernah dengar dengan kenyataan ‘anda adalah apa yang anda makan’ bukan? Kesihatan diri sentiasa berkait rapat dengan apa yang kita makan dan ia adalah benar, kerana pemakanan menentukan tahap kesihatan usus dan ini juga akan memberi kesan kepada kesihatan kita secara keseluruhan, tanpa mengira usia.
Sama juga untuk anak-anak kita. Gaya pemakanan mereka bukan sahaja penting dan merupakan salah satu faktor kepada perkembangan mereka, malah, ia juga sangat penting untuk kesihatan usus mereka.
Kesihatan usus berkait rapat dengan sistem penghadaman dan juga sistem imun. Kedua-dua ini perlu diberi perhatian dan dijaga seawal usia mereka kecil lagi. Sekiranya kesihatan usus terganggu, ia boleh menjejaskan perkembangan mental dan fizikal mereka.
Untuk memastikan kesihatan usus anak-anak berada pada tahap optimum, Mama dan Papa harus bekalkan mereka dengan probiotik yang secukupnya. Mama Siti yakin Mama pasti sudah sering dengar tentang probiotik untuk kanak-kanak, namun tak semua ibu bapa betul-betul memahami kepentingan dan manfaatnya pada kesihatan mereka.
Sebelum Mama Siti kongsikan peranan dan kepentingan probiotik, jom kita ketahui sedikit sebanyak mengenai probiotik.
Apa Itu Probiotik?
Probiotik adalah mikroorganisma baik yang melapisi dinding dalam usus kita dan membantu dalam sistem penghadaman dan penyerapan agar tubuh sihat dan dapat berfungsi dengan baik.
Bagaimana Probiotik Membantu Kesihatan Usus?
Mikrobiota usus yang terdapat dalam usus kita merupakan kepelbagaian populasi mikro organisma, atau kalau Mama pernah dengar; bakteria “baik” dan bakteria “tidak baik”. Sepatutnya usus kita harus mengandungi 85% bakteria baik dan 15% bakteria tidak baik. Ketidakseimbangan mikrobiota usus ini boleh mengakibatkan kesihatan usus terganggu.
Disinilah probiotik memainkan peranannya sebagai bakteria “baik”, yang membantu menyeimbangkan jumlah bakteria dalam sistem penghadaman anak-anak. Sistem penghadaman yang sihat boleh membantu menambah penghasilan antibodi, seterusnya meningkatkan sistem imun mereka. Probiotik juga membantu usus kita seperti berikut:
- Membantu melancarkan proses penghadaman dan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.
- Membantu dalam penyerapan nutrien untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
- Memperbaiki fungsi usus untuk mencegah sembelit atau cirit-birit.
- Mengurangkan atau mengelak masalah pencernaan yang lain seperti Irritable Bowel Syndrome (IBS) atau Irritable Bowel Disease (IBD).
- Memecahkan dan menyingkirkan benda-benda toksin dan patogen-patogen lain seperti virus, bakteria dan parasit.
Kenali Spesies dan Strain Probiotik
Tidak semua probiotik sama tau Mama. Hanya strain probiotik yang terbukti secara klinikal sahaja memberi manfaat kesihatan kepada kita.
Sebagai contoh, spesies probiotik yang biasa diketahui seperti Bifidobacterium lactis mungkin tidak mempunyai fungsi yang sama seperti strain probiotik yang terbukti secara klinikal iaitu Bifidobacterium lactis, BB-12®.
Haa, berbelit lidah nak menyebutnya bukan? Jangan risau, jom sama-sama kita tambah pengetahuan mengenai tiga strain probiotik yang terbukti secara klinikal seperti di bawah:
- Bifidobacterium lactis, BB-12®
Spesies Bifidobacterium adalah antara spesies bakteria pertama yang membiak di dalam usus bayi, terutamanya bayi yang diberi susu ibu. Probiotik jenis ini meliputi kira-kira 30 spesies yang berbeza seperti Bifidobacterium bifidum, Bifidobacterium lactis, dan Bifidobacterium longum.
Bifidobacterium lactis, BB-12® merupakan strain probiotik yang terbukti secara klinikal yang paling banyak didokumentasikan dalam kalangan Bifidobacterium. Strain probiotik ini telah berjaya menempuhi perjalanan melalui saluran gastrousus. Ia sangat bagus dalam mencegah atau merawat masalah usus dan jangkitan, meningkatkan sistem penghadaman, dan juga mengatasi masalah kulit.
Tambahan pula, berdasarkan sebuah kajian klinikal, sakit cirit-birit akut dan jangkitan rotavirus pada bayi telah dikurangkan setelah bayi-bayi tersebut diperkenalkan dengan strain-strain probiotik Bifidobacterium lactis, BB-12® dan Streptococcus thermophilus, TH-4™.
- Streptococcus thermophilus, TH-4™
Strain probiotik yang terbukti secara klinikal seterusnya ialah Streptococcus thermophilus, TH-4™. Strain ini telah lama digunakan dan dianggap selamat berdasarkan sejarah penggunaannya sejak sekian lamanya.
Malah, gabungan strain probiotik jenis ini dengan Bifidobacterium lactis, BB-12®, boleh memberi kesan yang baik terhadap fungsi usus dan sistem imun badan. Contohnya seperi kajian klinikal ini – dimana, gabungan kedua-dua strain probiotik ini menunjukkan masalah kolik berkurang dan pengurangan pengambilan antibiotik setelah penggunaan jangka panjang oleh bayi.
- Lactobacillus paracasei, L. CASEI 431™
Lactobacillus merupakan kumpulan bakteria probiotik terbesar yang ada dalam usus, dengan lebih 50 spesies seperti Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus rhamnosus, dan Lactobacillus bulgaricus. Namun, antara strain yang popular dan sangat bermanfaat kepada kesihatan anak-anak termasuk Lactobacillus paracasei, L. CASEI 431™.
Strain Lactobacillus paracasei, L. CASEI 431™ menyokong tindak balas sistem imun, berpotensi meningkatkan beberapa jenis antibodi yang terhasil sebagai tindak balas, dan juga baik untuk sistem pencernaan. Berdasarkan kajian klinikal, gabungan strain Lactobacillus paracasei, L. CASEI 431™ dan Bifidobacterium lactis, BB-12® meningkatkan bilangan bakteria bermanfaat dalam usus dan membantu mengurangkan sembelit.
Probiotik dan Sistem Imun Kanak-kanak
Probiotik boleh mempengaruhi sistem imun secara positif. 100 trilion mikroba yang terkandung di dalam usus membantu proses pencernaan dan juga metabolisme yang akan memberi kesan kepada kesihatan keseluruhan. Ia mengekstrak dan menghasilkan vitamin dan nutrien penting daripada pemakanan kita, yang dapat membantu memastikan sistem badan berfungsi dengan baik dan mengekalkan imuniti badan yang sihat.
Probiotik yang dapat meningkatkan bilangan bakteria baik dan menyeimbangkan mikrobiota usus dapat membantu memprogramkan sistem imun badan, di mana bakteria baik tersebut akan membentuk penghalang di dinding usus, seterusnya melindungi tubuh daripada ‘anasir jahat’ seperti virus, bakteria, dan parasit. Bakteria-bakteria baik akan menghalang pengumpulan mikrob berbahaya di dalam usus disamping menghasilkan bahan anti-microbial yang dapat membunuh patogen tersebut.
Manfaat Probiotik Yang Lain
Probiotik juga berkait rapat dalam merawat penyakit kulit (ekzema akut). Lebih menarik lagi, probiotik juga memberi kesan kepada emosi kita. Hal ini kerana, 95 peratus serotonin dihasilkan oleh bakteria di dalam usus, dan kurangnya kadar serotonin akan menyebabkan masalah kemurungan dan kesihatan mental yang lain.
Tips-tips Utama Semasa Memilih Probiotik Untuk Anak-anak
“Kalau nak beli probiotik ni, nak kena tengok berdasarkan kriteria apa je ye?“
Haa, buat Mama yang masih keliru untuk memilih probiotik untuk anak-anak, meh sini Mama Siti nak kongsikan lima tips utama ini:
- Kandungan strain probiotik – Pastikan ia mengandungi strain probiotik yang terbukti secara klinikal untuk memastikan ia memberi manfaat kesihatan yang Mama inginkan. Sebagai contoh Bifidobacterium lactis, BB-12®, Streptococcus thermophilus, TH-4™, dan Lactobacillus paracasei, L.CASEI 431™.
- Kiraan “Colony Forming Units (CFU)” yang berkesan – Kiraan yang banyak tidak bermaksud ia bagus tau. Jadi, pilihlah strain probiotik dengan jumlah CFU yang telah diuji secara klinikal.
- Mengandungi Prebiotik – Prebiotik adalah sejenis serat larut yang bertindak sebagai makanan untuk bakteria baik. Apabila probiotik dan prebiotik bergabung, mereka menjadi sinbiotik yang bekerjasama di sistem penghadaman.
- Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk – Pilihlah probiotik yang dihasilkan dengan teknologi tertentu dan boleh disimpan pada suhu bilik. Lebih mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.
- Periksa kandungan gula – Haa ini pun penting tau Mama! Elakkan membeli probiotik yang mengandungi gula tambahan. Takut hiperaktif pula anak Mama nanti.
Bekalkan Probiotik Kepada Anak-anak Hari Ini!
Sebagai seorang ibu, Mama Siti sarankan ibu bapa yang lain untuk menjaga kesihatan usus anak-anak seawal usia mereka. Mulakan dengan memakan makanan yang kaya dengan probiotik yang boleh didapati dalam yogurt, keju, tempe, jeruk, dan kimchi.
Mama juga boleh membekalkan suplemen probiotik kepada anak-anak bagi memastikan mereka mendapat nutrien probiotik yang mencukupi. Banyak je suplemen probiotik yang ada di pasaran sekarang. Ada yang dihasilkan dalam bentuk serbuk, kapsul, tablet dan juga cecair.
Mama dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu sebelum memberikan suplemen probiotik tersebut kepada anak-anak. Ini semua adalah untuk memastikan kita sentiasa menambah semula bakteria baik dalam usus mereka. Jadi, cuba berikan yang terbaik buat mereka dan lihat bagaimana anak-anak dapat membesar dengan sihat, dan cergas!
Artikel ini ditaja oleh Biogrow Probiotics KIDS Powder. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Biogrow, atau klik di sini untuk mendapatkan produk Biogrow.