KelabMama

Mak-mak Kongsikan Kenangan Ramadan & Raya Yang Membangkitkan Nostalgia Istimewa Mereka

Balik kampung!

Ho-ho-ho…

Balik kampung!

Ho-ho-ho…

Alangkah seronoknya mendengar lagu evergreen Balik Kampung yang tidak asing lagi ini bukan? Siapa sahaja yang tidak sukakan dengan lagu tersebut. Setiap kali Mama Siti mendengar lagu ini atau lagu klasik ‘Suasana Hari Raya’ oleh Anuar Zain & Elina diputarkan di corong radio atau dimainkan di pusat membeli-belah, terus teringat memori indah menyambut Hari Raya bersama sanak-saudara. 

Eh, boleh tersenyum sendirianlah apabila mengenangkan memori tersebut. Rindunya! 

Boleh dikatakan sambutan Raya semasa kecil merupakan kenangan yang terbaik yang tidak dapat dilupakan. 

Bukanlah bersikap berat sebelah, tetapi Mama Siti yakin ramai bersetuju jika Mama Siti katakan kita yang dilahirkan pada tahun 90-an ini mempunyai banyak pengalaman sambutan hari Raya yang tidak dapat dilupakan – baju Raya yang sedondon dengan ahli keluarga yang lain, persiapan pada saat-saat terakhir, hari terakhir berpuasa di bulan Ramadan, percikan bunga api dan mercun pada malam Hari Raya, juadah perayaan, dan lain-lain lagi. 

Mama Siti nak mengajak Mama yang lain turut mengenangkan tiga memori terindah semasa Ramadan dan Raya yang sangat kita rindui sehingga ke hari ini – dan Mama Siti yakin, kebanyakan daripada kita masih turut melakukannya. 

1. Waktu Mandi merupakan Waktu Puncak Semasa Syawal!

Pagi Raya di rumah saya selalu menjadi huru-hara, walaupun pada awal pagi!

Sejujurnya, ini bukanlah kenangan yang menjadi kegemaran saya (kerana saya bukanlah seorang yang morning person semasa kecil) tetapi, ia telah mencipta memori terindah semasa kecil yang tidak dapat dilupakan. 

Masih segar diingatan Mama Siti bagaimana saya dan saudara-mara yang lain akan bangun awal pagi dengan tuala di atas kepala, menunggu masa dan giliran untuk mandi.

Oleh kerana terdapat lebih daripada 15 orang di dalam rumah nenek, semua harus beratur di hadapan bilik mandi untuk menunggu giliran. Sekali terlepas, kebelakang semula lah maksudnya. Kelakar apabila terkenangkan semula. 

2. Mengutip Duit Raya dari Rumah ke Rumah

Mama Siti sangat yakin yang Mama semua setuju jika saya katakan inilah saat yang paling dinantikan oleh anak-anak (dan kita) semasa Hari Raya! 

Eh, siapa tak nak duit raya bukan? 

Ingat lagi bagaimana ibu bapa kita pernah menggayakan baju Raya kita dengan sebuah beg kecil yang comel supaya kita dapat menyimpan duit Raya dengan selamat di dalamnya, sebelum kita serahkan semuanya kembali kepada ibu bapa. 

Pada masa dahulu, pintu-pintu rumah jiran selalu terbuka luas untuk sambutan Raya kerana kanak-kanak akan berjalan dari rumah ke rumah untuk mencuba kuih raya dan mendapatkan duit raya daripada mereka. 

Rasa teruja dan seronok sangat apabila dihulur duit raya oleh pakcik makcik yang lain; tak kisahlah berapa nilainya. Saya sendiri ingat lagi bagaimana sekeping RM1 pun sudah BESAR nilainya pada masa dahulu. 

Rindunya! 

3. Menyediakan Ketupat, Rendang, Biskut Raya, dll.

Biasanya, kebanyakan ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah nenek pada hujung minggu atau pada hari terakhir Ramadan.

Kredit: suatumasa.files.wordpress.com

Bagi mereka yang telah tiba lebih awal daripada yang lain, biasanya makcik-makcik yang akan menyediakan makanan untuk berbuka, sementara anak-anak muda akan menolong nenek menyiapkan makanan tradisional seperti ketupat, rendang, tepung talam, lompat tikam, dodol, semperit, dan banyak lagi. 

Yang paling best masa ini adalah bagaimana kebanyakan menu yang disediakan di masak di atas dapur arang, bukannya dapur moden yang digunakan zaman sekarang. 

Daripada ramuan dan bahan-bahan ‘rahsia’ dan petua-petua istimewa seperti penggunaan Santan Kelapa S&P di dalam beberapa menu wajib ketika Raya, hingga ke kaedah tradisional yang digunakan, rasa makanan-makanan tersebut lebih umph gitu

Bagus atau sedap pun seperti understatement sahaja kerana kenangan untuk menyiapkan makanan tersebut bersama-sama jauh lebih bermakna. 

Kredit: blogspot.com

Masih segar dalam ingatan saya tentang bagaimana mak saya selalu meminta saya menyimpan beberapa makanan yang dimasak ke dalam mangkuk tingkat atau tiffin untuk diberikan kepada saudara dan jiran tetangga. Ya, di rumah saya ada timbunan mangkuk tingkat ya! 

Dan yang menjadikannya lebih istimewa ialah saudara-mara dan jiran-jiran pun akan melakukan perkara yang sama!

Kami selalu berkongsi makanan yang telah disediakan bersama orang lain semasa Iftar. Boleh dikatakan macam potluck, tetapi versi Ramadan dan Raya.

Dan yang menariknya, makanan-makanan tersebut rasa lebih enak apabila disajikan di dalam mangkuk tingkat yang berwarna-warni tersebut.

Kalau dulu masa kecil, Mama Siti sendiri tidak memahami kenapa mak perlu sediakan mangkuk tingkat di rumah, tetapi sekarang apabila sudah menjadi emak, saya sendiri perlukan sekurang-kurangnya 5 set mangkuk tingkat! 

Baik untuk kegunaan harian atau untuk majlis khas, sia saya (orang Kedah sebut sia ya Mama) selalu mengembalikan kenangan-kenangan istimewa untuk saya dan seisi keluarga. 

Masa untuk Dapatkan Mangkuk Tingkat ini!

Tengoklah betapa cantiknya mangkuk tingkat tersebut…sayang bukan kalau tak dapat? Gunakan peluang ini untuk menjadi antara 50 Pemenang BERTUAH untuk mendapatkan mangkuk tingkat tersebut dan menggunakannya semasa Raya atau Iftar bersama saudara-mara. 

Uish, cantiknya sia hampa! Beli mana? Share la dengan kami,

Mama hanya harus bersedia untuk mendengar pujian-pujian sebegini daripada semua orang yang mengunjungi rumah anda apabila anda MENANG mangkuk tingkat tersebut dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh S&P Santan ini. 

Dengan hanya 3 langkah mudah, anda berpeluang untuk memenangi set Tiffin eksklusif dari S&P Santan!

Hanya Goncang, Putar & Tuangkan S&P Santan

Sekiranya anda tidak perasan, ibu-ibu ini juga menggunakan Santan Kelapa S&P di dalam beberapa resepi mereka.

Santan Kelapa S&P adalah 100% semulajadi, produk tenusu, dan bebas kolesterol tanpa pewarna tambahan, bahan pengawet, atau perasa tiruan.

Pembungkusan Shake, Twist, dan Pour juga senang dan mudah untuk digunakan, malah untuk memastikan agar kandungannya tidak mudah tumpah.

Anda hanya perlu goncang, putarkan penutupnya dan tuangkan santan kelapa daripada pek tersebut ke dalam menu anda. 

Kemudian, Mama hanya harus tutupkan sahaja dengan penutup dan simpan lebihan santan di dalam peti sejuk untuk memastikan tahap kebersihannya. 

Walaupun kita berada dalam keadaan pandemik yang tidak berkesudahan ini, marilah kita meraikan Ramadan dan Aidilfitri dengan mengekalkan tradisi sambil bergembira (dalam norma baru), walaupun dari jauh.

Jangan lupa untuk menyertai peraduan #nostalgiamangkuktingkat untuk mendapatkan mangkuk tingkat yang cantik dengan S&P santan yang akan berakhir pada 12 Mei 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman rasmi Peraduan dan laman rasmi S&P Santan, Facebook, dan Instagram untuk pelbagai resipi Ramadan dan Raya anda.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.