KelabMama

Warna Stiker di Buku Pink Mama

Ha! Mama perasan tak warna stiker yang ditampal dekat buku pink mama setiap kali pergi klinik kesihatan untuk buat pregnancy check up? Kalau mama perasan setiap orang lain warna stikernya.

Ha, kenapa jadi lain? Awat tak sama saja? Kan semua yang datang check up tu, ibu-ibu mengandung juga. Macam mana boleh jadi lain? Ada warna merah, kuning, hijau, putih. Mama tahu tak kenapa warnanya tu berbeza?

Jangan ingat pelekat ni saja-saja nurse tampal sebab nak kasi cantik buku pink tu. Nak tahu lebih lanjut tentang warna ni, jom kita baca perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai maksud di sebaliknya.

Pengendalian Kes-Kes Kehamilan Mengikut Warna Stiker di Buku Pink

Sistem ini mempunyai penggunaan 4 warna stiker. Penentuan warna stiker ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.

1. Stiker Merah

Rujukan segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga.

2. Stiker Kuning

Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan.

3. Stiker Hijau

Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

4. Stiker Putih

Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tak ada faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih).

Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.

Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Warna stiker yang dilekatkan dapat mempamerkan warna stiker yang telah diberikan sebelumnya.

Okay sekarang tengok buku pink masing-masing. Tengok warna stiker apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak? kalau ada, kaji /tanya doktor kenapa anda di berikan warna stiker sedemikian? Bukan hobi tu main tampal stiker saja-saja.

Sumber: Muhammad Izzat

BACA JUGA DILEMA MEMILIH HOSPITAL BERSALIN?

Pesan Mama Siti:

Pregnant mommies, kod warna yang terbaik adalah berwarna putih.  Jadi, Mama Siti nasihat sangat untuk ibu-ibu yang mengandung ni, jaga kesihatan diri tu supaya sentiasa mama dan si manja membesar dengan sihat. Especially, yang mengandung kali pertama. Awas, jangan sampai nurse lekat stiker merah pula ye!