Mama Siti selalu dapat soalan dari mama-mama berkenaan warna dan rupa najis anak sama ada ia normal atau tak. Terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi mama. Pasti panik bila tengok najis anak tiba-tiba berubah wajahkan? Jom kita kenali najis anak-anak supaya mama tahu tahap kesihatan anak.
Jenis-jenis najis anak yang perlu mama tahu:
1) Najis Anak Sembelit
•Jarang sebenarnya bayi membuang najis yang berbentuk keras. Kalau tengok dekat sini adalah kesan sebab sembelit di mana ada darah pada najis
•Kalau anak sembelit biasanya akan suggest brown rice sebab kandungan fiber tinggi so najis lebih lawas
2) Najis Anak Bermukus
•Biasa terjadi 4 keadaan
*Anak allergy pada makanan
*Anak ada selsema atau batuk berkahak
*Anak banyak menjejes air liur
*Anak ada jangkitan kuman dalam perut
•Kalau jumpa lendir tapi anak tak sakit,kena check apa yang anak makan sebelum tu. Kalau berterusan berlendir sampai 3hari check la maybe ada jangkitan dalam perut.
3) Awas: Najis Anak Hitam
•Selain daripada waktu awal kelahiran dan makan zat besi tambahan (iron supplement), najis bayi tidak boleh hitam.
•Kalau hitam mungkin ada berlaku pendarahan dalam sistem pencernaan dan perlu rawatan segera
4) Najis Anak Mula Makan
•Najis bayi mula makan kalau perasan warna pun dah bertukar kepada lebih coklat. Najis lebih pekat dan baunya lebih mengancam.
•Kadang-kadang boleh perasan ada makanan tak habis cerna. Awal-awal memang normal ,lagi-lagi kalau baby tak dapat nak kunyah habis atau makan banyak sangat.
•Tapi kalau berterusan sampai umur 7-8bulan masih ada makanan tak cerna,kena check,takut nutrient tak sampai.
5) Najis Anak Mula Makan
•Najis bayi mula makan kalau perasan warna pun dah bertukar kepada lebih coklat. Najis lebih pekat dan baunya lebih mengancam.
•Kadang-kadang boleh perasan ada makanan tak habis cerna. Awal-awal memang normal ,lagi-lagi kalau baby tak dapat nak kunyah habis atau makan banyak sangat.
•Tapi kalau berterusan sampai umur 7-8bulan masih ada makanan tak cerna,kena check,takut nutrient tak sampai.
6) Najis Anak Menyusu Susu Formula
•Kalau susu formula di berikan najis akan lebih berisi dari susu ibu. Boleh perasan macam ada biji-biji pada najis anak. Bau dia memang kuat berbanding najis anak yang susu badan sahaja.
•Najis ni normal
7) Najis Anak Menyusu Badan
•Biasa ni warna najis bayi yang menyusu badan. Warna kuning-kuning dan cair macam cirit birit. Tapi anak ok je dan memang najis anak yang breastfeed akan biasa elok lembut dan tidak sembelit
•Tapi kalau masa breastfeed najis bertukar warna hijau macam seaweed tu,maksudnye anak kurang hindmilk. So bagi anak susu dalam 1 breast lama sikit ya
8) Najis Anak Menyusu Badan
•Biasa ni warna najis bayi yang menyusu badan. Warna kuning-kuning dan cair macam cirit birit. Tapi anak ok je dan memang najis anak yang breastfeed akan biasa elok lembut dan tidak sembelit
•Tapi kalau masa breastfeed najis bertukar warna hijau macam seaweed tu,maksudnye anak kurang hindmilk. So bagi anak susu dalam 1 breast lama sikit ya.
9)Transitional poop
•Ni pertukaran najis yang kita akan tengok dari hari kedua sampai hari ke empat anak dilahirkan. Najis bertukar perlahan-perlahan jadi najis yang lain.
10) Ni najis bayi yang baru lahir di panggil meconium. Meconium ni terdiri daripada air ketuban,sel-sel mati dan segala bahan yang anak makan masa dalam perut. Tak berbau tapi kene cek kerap untuk tukar pampers. Dalam 2-4hari kelahiran najis ni akan hilang
11) Diarrhea atau cirit birit. Nampak banyak air dari formed stool. Kadang ada terkeluar dari lampin macam baby ni.Diarrhea ni kene cepat treat takut dehydration.
Banyakkan air,banyakkan nasi dan pisang. Kalau tak ok cepat2 dapatkan rawatan hospital
Sumber : Dhia Raihana Aryan
BACA JUGA : KETAHUI JENIS WARNA AIR KENCING & NAJIS BAYI BARU LAHIR ANDA. MAMA & PAPA JANGAN PANIK!
Pesan Mama Siti
Semoga perkongsian ini membantu mama untuk lebih tahu jenis najis anak terutamanya bagi mereka yang baru jadi mama. Jangan cepat panik bila tengok najis anak berubah ye. Kenal pastu dulu penyebabnya.