Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai. Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.
Antara Ciri Utama Kanak-Kanak Autisme Ialah:
- Tidak menghiraukan orang lain
- Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
- Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
- Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
- Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
- Lebih suka bermain sendiri
- Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
- Lambat bercakap
- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
- Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
- Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
- Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
- Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
- Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
- Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
- Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
- Tidak boleh duduk diam
- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
- Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
- Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
4 Kategori Memberi Kesan Kepada Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme Iaitu:
- Kurang tumpuan kepada persekitaran
- Sering ada dalam dunia sendiri
- Kadangkala pertuturan tidak jelas
- Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran
Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan. Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi.
Antara Sebab Anak Autisme Berkelakuan Negatif:
- Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya.
- Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)
- Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
- Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
- Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
- Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
- ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain
Apa yang boleh dilakukan ?
- Anda pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
- Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
- Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
- Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
- Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.
- Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
- Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.
- Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.
Ciri-Ciri Autisme
> Tidak menghiraukan orang lain
> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
> Lebih suka bermain sendiri
> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
> Lambat bercakap
> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan
> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
> Tidak boleh duduk diam
> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif
> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Sumber: Internet