“Normal ke keluar ruam kat badan anak lepas demam?”
Biasalah nama pun anak kecil pasti akan demam. Tapi ramai juga mama yang panik lepas demam keluar bintik-bintik ruam pula. Yelah kalau Mama Siti pun risau. Dah lah demam, tumbuh ruam pula. Dah kenapa dengan anak aku ni. Tapi mama semua jangan panik, menurut Dr. Aimi Jaafar, ianya normal untuk anak-anak yang demam kerana itu adalah cara untuk badan mereka bertindak untuk kuatkan sistem ketahanan badan bila bertemu dengan kuman baru.
Jadi sebagai mama papa, kena selalu pastikan keadaan anak. Kalau anak demam lebih dari 3 hari, disarankan untuk membawa anak ke klinik. Tapi kalau dari awal dah nampak tanda-tanda yang bahaya teruslah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.
JENIS-JENIS RUAM YANG MAMA KENA ALERT
Sebelum munculnya ruam, anak mama akan demam dulu. Contohnya campak (measles), cacar air (chicken pox), roseola dan HFMD.
#CAMPAK (MEASLES)
#CACAR AIR (CHICKEN POX)
#ROSEOLA
#HFMD
Bukan hanya 4 jenis ruam ni je tapi ada banyak lagi virus yang boleh berakhir dengan ruam. Pastikan anak mama tak berjangkit. Sekiranya dah berjangkit, mama kena pantau dan pastikan antibodi anak mama kuat. Tapi sekiranya masih tak baik, anak mama perlu rawatan lain. Apa pun jangan biarkan sekiranya mama nampak tanda-tanda ini.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Aimi Jaafar