KelabMama

Kembali Ke Sekolah – Checklist Wajib Untuk Anak Mama

sekolah

Kredit Foto: Adobe Stock

Tahun ni sangat berbeza dari tahun yang sebelumnya. Wabak COVID-19 semakin hari semakin menular dan kes pun semakin tinggi. Tetapi, anak-anak Mama yang mengambil SPM atau STPM tahun ni kena kembali ke sekolah kan? Sebagai Mama mesti rasa berat hati, risaukan kesihatan dan keselamatan mereka di sekolah. 

Tetapi kita dah semakin terbiasa dengan norma baharu dan Mama Siti rasa tak ada masalah untuk anak-anak kita untuk patuhi SOP di sekolah kan? Tapi dalam masa yang sama kita kenalah berhati-hati dan sediakan beberapa checklist untuk anak-anak kita. Jangan risau, checklist ini dapat membantu mama papa untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang sedang berluasa ni! 

Walaupun di sekolah ada guru-guru boleh memantau anak-anak Mama, kita sebagai mama papa kenalah menjalankan tanggungjawab untuk terangkan dan nasihatkan anak-anak tentang perubahan besar di sekolah mereka. Yelah, ada anak-anak yang masih tak bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang besar semasa musim COVID-19 ni. Jadi tak salah untuk kita menjadi mama papa yang supportive! 

Checklist Wajib Dibawa Untuk Kembali Ke Sekolah Edisi COVID-19!

#1 Hand Sanitizer 

Kredit Foto: Adobe Stock

Memandangkan sekolah ialah tempat awam dan anak-anak kita akan pegang banyak sangat benda yang kotor, apa kata Mama sediakan hand sanitizer alkohol untuk anak Mama. Yelah, meja, kerusi, papan putih semua tu ada banyak sangat kotoran. Tambahan pula, mereka akan berjumpa dengan rakan-rakan dan mungkin akan bersalaman atau bersentuhan kan? 

Yang bagusnya, hand sanitizer alkohol ni bagus untuk mencegah bakteria dan menghalangnya daripada merebak terutamanya di tempat awam seperti sekolah. Mama Siti rasa sangatlah bagus untuk sediakan anak-anak kita dengan hand sanitizer yang berbentuk kecil dan compact supaya mereka mudah untuk bawa kemana-mana!

#2 Penutup Muka Tambahan

Photo Kredit: Adobe Stock

Seperti yang kita tahu, cuaca di Malaysia ni sangat panas dan lembab! Jadi bila kita pakai penutup muka, secara semula jadi kita akan mudah berpeluh. Cuba bayangkan anak-anak kita kena pakai penutup muka sepanjang hari dengan cuaca yang begitu? Lagi-lagi kalau anak-anak kita yang ada kulit sensitif atau mempunyai ekzema, mesti kulit mereka akan ada merah-merah atau gatal-gatal. 

Lagi satu, bila kita berpeluh lama-lama penutup muka akan mula berbau. Jadi kita haruslah sediakan anak-anak kita penutup muka tambahan yang secukupnya untuk mereka tukar beberapa kali sepanjang mereka di sekolah. Dengan cara ni, mereka nak belajar pun selesa! 

#3 Bawa Bekal Dari Rumah

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama Siti rasa, kita perlu sediakan mereka bekal makanan yang dibawa dari rumah. Bukan apa, kita risau mereka berkongsi makanan dengan orang-orang di sekolah kan? Kita juga mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak jadi apa salahnya kita sendiri yang sediakan makanan dan bawakan mereka bekal supaya keselamatan dan kesihatan mereka lebih terjamin. Mama bolehlah juga gunakan resepi yang sihat dan memberi tenaga kepada anak-anak! 

#4 Bekal Air Yang Cukup 

Kredit Foto: Adobe Stock

Ini sangatlah penting dan wajib ada bagi anak-anak Mama. Pastikan anak Mama memiliki botol air yang sangat besar untuk dibawa ke sekolah. Yelah kita kena pastikan anak kita stay hydrated! Nanti bila mereka tak cukup air dalam badan, mereka akan jadi kurang fokus dan boleh juga pengsan di sekolah. Haa, bukan nak takutkan, benda ini memang boleh terjadi! Mama juga harus pastikan mereka tak berkongsi botol bersama rakan-rakan ya. 

#5 Vitamin dan Ubat-Ubatan Untuk Kembali Ke Sekolah

Kredit Foto: Adobe Stock

Kalau anak Mama tak sihat, seeloknya tak perlu lah hadir ke sekolah. Tetapi kalau anak Mama sihat tapi Mama masih risaukan kesihatan mereka dikelilingi dengan ramai orang di sekolah, Mama boleh sediakan bekalan vitamin dan ubat-ubatan yang secukupnya. 

Selalunya, Mama Siti akan sediakan bekalan ubat-ubatan yang basic seperti paracetamol dan gula-gula vitamin c! Keduanya ini dapat membantu anak jika tiba-tiba kena sakit kepala atau perlukan tenaga yang extra daripada vitamin c! Jangan risau, item yang ini hanyalah cadangan dan Mama tak perlu pun ikut jika tak perlu ya. 

Mama Siti harap, anak-anak yang akan menjalani SPM dan STPM akan melalui sesi persekolahan yang mudah dan lancar! Sebagai mama papa, kita berharap mereka akan sentiasa mengikut SOP seperti memakai penutup muka dan menjaga jarak masing-masing. Selagi kes harian meningkat, lebih baik kita mencegah dan berwaspada! 

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA TIPS PERLINDUNGAN DIRI SEMASA BELI BARANG

Pesan Mama Siti

Mama Siti harap, essential list ini dapat membantu Mama untuk memberi manfaat kepada anak-anak di sekolah. Untuk maklumat lanjut tentang berita bagi pelajar SPM dan STPM, Mama boleh baca link ini.