KelabMama

7 Kelebihan Surah At-Taubah Ayat 128-129; Antaranya Sebagai Pelindung Fitnah Akhir Zaman

Dua ayat terakhir surah at-taubah sering diamalkan ulama dan para solehin. Hal ini kerana terdapat banyak kelebihan Surah At-Taubah Ayat 128-129!

Namun sebelum itu, kita baca serba sedikit tentang keunikan surah at-Taubah berbanding surah-surah lain dalam al-Quran. 

Jom, Mama Siti tunjukkan kelebihan dua ayat terakhir surah at-Taubah. 

Ada Apa Dengan Surah At-Taubah? 

Kredit gambar: Islami.co

Jelas sekali pada maknanya, at-Taubah atau التوبة yang bermaksud pengampunan. Inilah surah unik di dalam al-Quran kerana tiada lafaz basmalah ketika membacanya, cukup sekadar membaca taáwwudz iaitu;

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

A’uzu Billahi Minash Shaitan Nirrajeem’

Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dua Ayat Terakhir dan 7 Kelebihannya di Dunia dan Akhirat

Kredit gambar: Freepik

Kepada sesiapa yang mengamalkan ayat 128 hingga 129 surah ini dengan kaedah yang dicadangkan akan mendapat tujuh kebaikan dalam hidup

Amalan membaca dua ayat terakhir surah at-Taubah sebenarnya telah diamalkan oleh para solehin dan ulama dari dulu lagi. 

Mama Siti cuma nak tegaskan yang amalan ini bukanlah dari Rasulullah SAW tetapi dimulakan oleh orang alim dan masih diteruskan sehingga kini. 

Mama Siti berusaha dapatkan perkongsian dari beberapa individu dipercayai tentang dua ayat ini. Semoga ia dapat meningkatkan motivasi kita mengamalkannya. 

7 Kelebihan Surah At-Taubah Ayat 128-129

Kredit gambar: Laduni.id

#1 Terhindar dari Mati Mengejut

Keluarga pun ikut bersedih dan terkejut dengan kehilangan kita apabila mati mengejut. Ustaz Ahmad Rizam ada menyatakan bahawa sesiapa yang membaca dua ayat terakhir surah at-Taubah akan dihindarkan dari kematian mengejut. 

Contoh kematian mengejut ialah mati dalam tidur sebagaimana allahyarham Abam Bocey dan Ashraf Sinclair. 

#2 Persediaan Untuk Mati

Kredit gambar: The Week

Hanya Allah yang mempunyai ilmu tentang ajal, maut, jodoh dan pertemuan. Surah at-Taubah ayat 128 dan 129 lah cara kita mempersiapkan diri menghadapi perpisahan dua alam iaitu dunia dan akhirat. 

Sebahagian meyakini dengan mengamalkan ayat tersebut membolehkan seseorang mempunyai naluri waktu kematian mereka.

#3 Mendekatkan Diri Dengan Nabi SAW

Dari Ustaz Muhaizad Muhammad, beliau menyarankan agar ayat 128 dan 129 surah at-Taubah diulang sebanyak 41 kali pada setiap malam selama 41 malam. 

Tambahnya lagi, begitulah kaedah membuat Rasulullah SAW hadir dalam hidup kita. Tentang bagaimana cara kedatangan baginda itu berbeza-beza kepada setiap orang. 

Hanya yang mengamalkannya sahaja yang bakal merasai kehadiran kekasih Allah itu. 

#4 Sebagai Keselamatan Diri

Kredit gambar: Liputan6.com

Sebahagian orang mengistilahkan ayat-ayat ini sebagai ‘ayat hulubalang’. Cara mengamalkannya adalah dengan membaca pada setiap pagi dan petang.

Di samping itu, Mama perlu niatkan dalam hati agar sentiasa diberikan keselamatan oleh Allah SWT.  Mudah-mudahan cara ini membantu Mama menghindarkan diri dari kemalangan kecil mahupun besar. 

#5 Menyembuhkan Penyakit

Kredit gambar: Freepik

Syeikh Zainul Asri mencadangkan agar kita membaca ayat 128 dan 129 sebanyak 11 kali sebelum tidur. Tujuannya adalah supaya penyakit yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat, boleh disembuhkan

Selain itu, Mama juga boleh gandakan usaha dengan membaca tujuh doa untuk orang sakit mengikut sunnah Rasulullah SAW.

#6 Melindungi Diri Dari Sihir

Kredit gambar: Majoriti

Bak kata pepatah, ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, jom Mama kita amalkan dua ayat terakhir surah at-Taubah ini sebagai rutin doa harian

Dengan izin Allah SWT, insya Allah tiada satu pun sihir yang dapat menembusi diri kita. Semuanya dapat dicegah dengan mukjizat al-Quran dan kekuasaan Allah yang maha esa. 

#7 Menjadi Tentera Allah di Akhir Zaman

Kredit gambar: Harian Metro

Sangat banyak yang perlu dilalui umat hari ini sebelum menghadapi kematian. Fitnah dalam konteks yang diceritakan kali ini bermaksud ujian

Ayat 128 dan 129 sebagai amalan untuk menjadi benteng agar kita tidak termasuk dalam enam fitnah akhir zaman yang menggerunkan. Enam fitnah itu ialah;

Bacalah dua ayat itu sambil berniat di dalam hati supaya diri ini menjadi benteng agama dan pelindung dari fitnah dajal. 

Kredit gambar: AsriPortal.com

Mudah-mudahan perkongsian ini memotivasikan Mama dan Mama Siti agar sama-sama mengamalkannya. Insya Allah dengan izin tuhan, kita dikurniakan perkara yang diniatkan dan kelebihan membaca surah At-Taubah ayat 128-129 ini.


Tingkatkan amal ibadah dengan panduan dan bacaan yang betul  DI SINI.