KelabMama

9 Kelebihan Surah Al-Waqiah Untuk Para Wanita

Surah Al-Waqiah datang sebagai cara untuk mengeluarkan diri dari kemiskinan. Ia juga dikenali sebagai surah yang menjemput rezeki.

Tidak cuma itu, sekurang-kurangnnya ada sembilan fadhilat buat Mama yang membaca surah Al-Waqiah secara rutin. Mari kita sama-sama lihat kelebihan surah ini.

9 Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

Kredit gambar: Google Play

#1 Dimudahkan Rezekinya 

Al-Waqiah menjadi! Memang ramai yang cakap ada banyak hal baik berlaku apabila mereka mengamalkan membaca surah ini.

Katanya, rezeki datang dalam pelbagi bentuk sehinggakan ada di luar jangkaan. Memang ini antara kelebihan utama surah Al-Waqiah ini pada umat Islam.

Wah, padanlah ramai yang jadikan surah ini sebagai rutin bacaan setiap hari. Alhamdulillah.

#2 Menginsafi Diri 

Dalam ayat 41 hingga 56 dijelaskan mengenai sifat-sifat neraka seperti ayat “fi samuumiin wa khamiim” yang bermaksud seksaan angin yang sangat panas dan air mendidih (ayat ke-42) dan “wa dhillim min yakhmuum” yang bermakna di bawah naungan asap hitam (ayat ke-43). “

#3 Terhindar dari Kemiskinan 

Kredit gambar: dinsos.bandaacehkota.go.id

Kelebihan surah ini diambil dari berdasarkan dua hadis Rasulullah SAW. Pertama, kisah Ibnu Mas’ud yang menyuruh anaknya membaca surah al-Waqiah pada setiap malam. 

Kedua, percakapan nabi sendiri yang menjamin seseorang tidak menjadi papa kedana sekiranya mengamalkan surah al-Waqiah setiap malam.  

#4 Amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW

Baginda sering membaca surah ini ketika solat subuh di samping membaca surah-surah yang lain. 

Insya Allah dengan melakukan sunnah nabi Mama akan mendapat syafaat semasa di akhirat dan ketika di dunia, hidup Mama akan diberkati. 

#5 Menjadi Orang Yang Peka

Sifat lalai dan leka ialah lumrah manusia. Bahkan perkataan bahasa Arab sendiri diambil dari nisyan (نِسْيَان) yang bermaksud lupa. 

Oleh itu, surah al-Waqiah diharap menjadi pedoman agar kita tidak hanyut dengan kurniaan Allah di dunia. 

Sabda nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah, maka dia tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai.” 

(Hadis riwayat Ubay bin Ka’ab)

#6 Mengingati Mati

Pada mulanya, Mama Siti rasa babak tersebut tiada apa-apa tetapi sebenarnya itulah kebenarannya.

Kiamat memang sentiasa hampir, tidak mungkin ia semakin jauh. Makna-makna dalam surah al-Waqiah bercerita tentang keadaan manusia yang terbahagi kepada tiga. 

Mudah-mudahan kita menjadi golongan orang yang melakukan kebaikan dan benar.  

#7 Wajah Berseri, Bercahaya & Bersinar

Dari Imam Muhammad al-Baqir R.A. Katanya wajah-wajah orang yang rajin membaca surah ini sebelum tidur akan bercahaya seperti bulan purnama di hari akhirat. 

Di akhirat, hanya amalan di dunia yang dapat membantu kita. Tiada daya lain yang mampu mengubah nasib kita ke syurga atau neraka selain syafaat Nabi Muhammad SAW dan sedekah jariah. 

#8 Motivasi Ke Syurga

Gambaran syurga diterangkan dalam surah ini dari ayat 27 hingga 40. Contohnya, “wa dzillim mamduud” pada ayat ke 30 yang bermaksud “naungan yang terbentang luas”.

Itulah kepentingan tadabbur al-Quran agar kita lebih faham tentang surah yang diamalkan. Mama Siti sarankan Mama belajar Ustaz Syaari Ab Rahman kerana beliau menerangkan tafsiran surah dengan mengaitkan dengan situasi sekarang. 

#9 Menambah Keyakinan Al-Quran

Amati pada ayat 71 hingga 72. Di situ, Allah berfirman; 

“Maka, pernahkah kamu perhatikan tentang api yang kamu nyalakan (dengan kayu). kamukah yang menumbuhkan pohon kayu itu ataukah Kami yang menumbuhkannya?”

Jika pembacaan surah ini diselitkan dengan kajian sains dan penilaian intelektual, kita akan jumpa sangat banyak penemuan bahawa al-Quran itu benar dan Allah itu wujud. 

Kredit gambar: IIUM Today

Al-Quran itu pedoman. Pegangan hidup untuk umat Islam di dunia. Selagi kita hidup, selagi itu kita perlukan pertolongan tuhan.

Semoga dengan membaca dan menghayati makna-makna dari surah ini, menjadikan kita lebih bermotivasi mengamalkannya.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.