KelabMama

10 Kelebihan Surah Al-Kauthar; Antaranya Baiki Hubungan, Redakan Kemarahan

Surah yang ke-108 dalam al-Quran ini menyimpan banyak mukjizat kepada sesiapa yang mengamalkannya. Walaupun dengan hanya tiga ayat, terdapat banyak kelebihan surah Al-Kauthar (al-Kautsar) yang ramai tak tahu.

Antaranya ialah ia dapat membantu memperbaiki hubungan, emosi, gaya hidup, dan juga melindungi diri kita daripada anasir jahat. 

Mama Siti suka nak ajak Mama untuk faham falsafah di sebalik surah ini yang ada disertakan di akhir artikel ini. Ayuh kita lihat lebih terperinci kelebihan surah Al-Kauthar ini.

Kredit gambar: 2.bp.blogspot.com

10 Kelebihan Surah Al-Kauthar Untuk Mama Sekeluarga

#1 Eratkan Hubungan Keluarga

Kredit gambar: Berita Harian

Hubungan suami isteri yang renggang boleh menjadi erat apabila sering mengamalkan surah ini di dalam solat tahajud. Insya Allah, keluarga kecil Mama akan menjadi sakinah, mawaddah warahmah. 

#2 Menyembuhkan Penyakit

Kredit gambar: Sinar Harian

Sediakan satu gelas air kosong dan baca surah al-Al-Kauthar. Kemudian minum. Lakukan setiap hari sehingga penyakit dalaman atau luaran yang dihidapi kembali pulih. 

#3 Lembutkan Hati

Kredit gambar: Fimela

Selain itu, surah Al-Kauthar juga boleh dibacakan untuk melembutkan hati orang yang garang atau pemarah. Sebelum Mama berjumpa dengan cikgu, jiran atau bos yang garang, baca surah ini tiga kali. 

#4 Senang Bangun Pagi

Kredit gambar: Utusan TV

Bagi Mama yang mempunyai masalah bangun pagi atau anak-anak yang susah bangun pagi, cuba kaedah surah Al-Kauthar ni. 

Baca tujuh kali sebelum tidur dan niatkan dalam hati waktu yang Mama kena bangun. Insya Allah dengan izinNya, Mama akan terjaga dari tidur tanpa jam loceng. 

#5 Dapat Syafaat Al-Quran

Kredit gambar: darunnajah.com

Selain dapat satu kebaikan setiap kali baca satu huruf, kelebihan membaca surah Al-Kauthar ialah cara mendapatkan syafaat al-Quran semasa di akhirat. 

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakana ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Hadis riwayat Al-Tirmizi)

#6 Pembuka Rezeki

Kredit gambar: Freepik

Rezeki terbahagi kepada dua. Pertama, rezeki yang sampai dengan usaha. Kedua, rezeki yang datang kerana telah ditetapkan sejak azali.

Surah Al-Kauthar hadir menjadi medium memudahkan perjalanan rezeki yang perlu diusahakan. Lagi pula, ia meningkatkan keberkatan sesuatu rezeki itu.  

#7 Mendamaikan Jiwa

Kredit gambar: Freepik

Ketika Mama mengamalkan surah Al-Kauthar, ada dua kelebihan yang bakal diperolehi iaitu:

Surah ini juga boleh dibacakan di dalam solat agar Mama menjadi lebih khusyuk. Namun itu semua mungkin tidak berhasil jika maknanya tidak difahami dan ditadabbur. 

#8 Petunjuk Kebenaran

Kredit gambar: Government Technology

Surah Al-Kauthar yang menjadi sebahagian dari 114 surah di dalam al-Quran ialah panduan lengkap kepada manusia. 

Al-Quran membantu umat Nabi Muhammad SAW menjalani kehidupan di bumi dengan teratur. Semua aspek kehidupan ada dibincangkan seperti soal akidah, sejarah, sains dan muamalat. 

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Maksudnya : “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah : 2)

#9 Terhindar dari Musuh

Surah Al-Kauthar hadir sebagai medium pertolongan kita kepada Allah agar anasir dan niat jahat manusia dapat dihindari. 

Begitu juga ketika Mama merasai diri sendiri atau orang lain atau mungkin kediaman Mama diganggu syaitan dan jin. 

#10 Mengatasi Ketakutan

Adakalanya, syaitan suka menakut-nakutkan dan ketika itulah kita sebenarnya sedang diuji iaitu sama ada kita yakin dengan kuasa perlindungan Allah atau tidak. 

Ketika Mama berada di tempat yang asing dan rasa takut mula menyelubungi diri, bacalah surah Al-Kauthar untuk meredakan ketakutan itu. 

Tentang Surah Al-Kauthar (Kelebihan/Tadabbur)

Mama Siti pernah menyertai sesi tadabbur atas talian oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman. Sedikit sebanyak, surah Al-Kauthar mengingatkan manusia agar jangan suka membandingkan-banding. 

Intipati Surah Al-Kauthar

Kredit gambar: Detik

Ada sebilangan manusia yang alpa dan saling bersaing mengumpulkan kemegahan di dunia. 

Padahal sebenarnya, Allah SWT sedang menguji mereka dalam setiap pemberiannya di dunia. Sama ada mahu bersyukur atau mahukan lebih lagi.

Sebaiknya kita mestilah sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. 

Bagi memupuk sifat syukur, selalu lah bergaul dengan orang yang kurang bernasib baik agar kita tahu sesungguhnya tuhan telah mengurniakan banyak nikmat kepada diri dan keluarga. 

Oleh itu, ayuhlah kita menghargai masa kini dengan apa yang sedang kita dapatkan. Sesungguhnya tuhan itu baik dan selalu bersama hambaNya. 

Kredit gambar: manado.tribunnews.com

Begitulah sedikit sebanyak 10 kelebihan surah Al-Kauthar dalam membantu kita memperbaiki hubungan, emosi, gaya hidup dan perlindungan anasir jahat. 

Mama Siti suka nak ingatkan diri sendiri dan kepada Mama agar kita fahami apa yang dibaca dan falsafah di sebaliknya. Itu termasuklah mentadabbur surah Al-Kauthar. 

Mudah-mudahan Allah merahmati kita dengan bacaan dan kelebihan surah Al-Kauthar ini dan melindungi diri kita dari keburukan. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.