KelabMama

14 Kelebihan Surah Al-Insyirah – Pulihkan Perasaan, Harta, Ibadah, dan Penyakit

kelebihan lelaki membaca surah Al-Insyirah

Al-Quran memang tidak dinafikan menyimpan banyak mukjizat. Kepada mereka yang beramal dengan sesuatu surah akan diberikan kelebihan sesuai dengan fadhilat surah-surah tersebut. 

Perihal perasaan, harta, ibadah dan penyakit, insyaAllah dapat disembuhkan dengan surah al-Insyirah. Apa yang penting ia perlu disertai dengan keikhlasan dan keyakinan bahawa tuhan akan kabulkan hajat Mama. 

Mari kita ketahui lebih lagi tentang kelebihan surah al-Insyirah ini: 

Kredit gambar: tipyaanacademy.com

14 Kelebihan Beramal Dengan Surah Al-Insyirah

#1 Menghilangkan Kedukaan

Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah SWT akan menghilangkan segala dukacita dalam hati kita. Dia juga akan mengembalikan kegembiraan buat mereka. Sesungguhnya hati ini milik Allah dan hanya Dia lah yang berhak membolak-balikkan. 

#2 Menjauhkan Sifat Malas

Percaya atau tidak, antara kelebihan mengamalkan surah Al-Insyirah adalah menjauhkan diri dari sifat malas.

Malas bekerja, malas mengemas rumah dan malas ke sekolah. Kalau anak-anak Mama malas ke sekolah, sebelum melepaskan mereka ke sekolah, bacakan surah al-Insyirah pada ubun-ubun kepala.

#3 Terhindar Dari Kesempitan Hidup

Kredit gambar: Detikcom

Kesempitan hidup tidak sekadar pada harta, boleh jadi itu kesempitan fikiran. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah dengan bacaan surah al- Insyirah dan diniatkan agar terhindar dari kesempitan wang dan intelektual. 

#4 Dapat Melihat Perkara Ajaib 

Dikatakan bagi sesiapa yang menjadikan bacaan al-Insyirah sebagai rutin maka mereka akan diperlihatkan dengan perkara ajaib. Tempoh membaca surah al-Insyirah ialah pada waktu dhuha sebanyak 200 kali.

#5 Mengatasi Sakit Pinggang

Kredit gambar: Grid Health- Grid.ID

Salah satu gejala sebelum haid atau premenstrual syndrome (PMS) ialah sakit pinggang. Serba tak kena kalau sakit sedang datang bertandang. 

Cara meredakan sakit pinggang adalah dengan membaca surah al-Insyirah ayat ke 3, sebanyak 3 kali. Kemudian, tiupkan di tapak tangan dan ditepukkan pada bahagian pinggang.

#6 Dipermudahkan Urusan

Membaca surah al- Insyirah dianggap sebagai cara mempermudahkan urusan seseorang selama masih hidup di dunia. Bahkan, Allah SWT berupaya memberikan jalan keluar yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. 

#7 Dilimpahkan Kekayaan

Kredit gambar: Reddit

Ulang bacaan surah ini sebanyak 40 kali, setiap kali selepas solat fardhu. Mudah-mudahan, Allah kurniakan kekayaan berupa harta, akhlak, dan ilmu pengetahuan sebagai bekalan di dunia dan di akhirat. 

#8 Dijauhkan Dari Masalah

Mama Siti pernah menyaksikan bagaimana seseorang terhindar dari masalah di media sosial. Begini ceritanya. 

Seorang penyanyi tersalah faham dengan status seseorang tentang karyanya. Kalau nak difikirkan, boleh sangat keadaan tersebut menjadi heboh dipertikaikan tapi itu tidak berlaku. 

Mama Siti tidak pasti sama ada beliau mengamalkan al- Insyirah tetapi begitulah kira-kiranya bagaimana Allah menyelamatkan kita dari suatu masalah. 

#9 Berfikiran Positif

Orang-orang yang membaca al- Quran akan mendapat mukjizat darinya. Dengan kekuasaan mukjizat itu, ia boleh mencegah aura negatif dari minda kita. 

#10 Agar Istiqamah Beribadah

Daripada Aisyah RA., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain berdoa agar kita selalu istiqamah, surah al- Insyirah juga salah satu cara agar kita berterusan beribadah. 

#11 Wajah Berseri

Kredit gambar: Freepik

Bacakan Surah Al-Insyirah ayat ke 4 ini sebanyak 7 kali, kemudiannya ditiupkan ke tapak tangan dan diusapkan ke muka. Dalam masa yang sama, niatkan dalam hati agar kecantikan ini mengingatkan orang yang melihatnya kepada kebesaran Allah SWT. 

#12 Terhindar Dari Penyakit

Rata-rata dari kita semua dilahirkan dengan pakej kesihatan sempurna, sampai masanya nanti kita perlu pulangkannya semula kepada Allah. 

Alangkah kalau kita pulangkan dalam keadaan baik juga. Amalkan surah al-Insyirah supaya kita terhindar dari penyakit dan wabak. 

#13 Mengubati Sengatan/Gigitan

Kredit gambar: Freepik

Bacakan surah al- Insyirah dan tiupkan kepada pesakit. Ini ialah ilmu yang diajarkan oleh pakar perubatan Islam. 

#14 Dikabulkan Doanya

Banyakkan membaca surah ini di dalam solat atau di luar solat. Caranya adalah dengan mengulang surah al-Insyirah sekurang-kurangnya 103 kali agar permintaan Mama diperkenankan. 

Kredit gambar: Tirto.ID

Sebenarnya surah al- Insyirah menyimpan 1001 kelebihan buat umat manusia yang beramal dengannya. InsyaAllah dengan keyakinan dan keikhlasan, Allah akan mengabulkan harapan-harapan kita. 


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.