KelabMama

13 Kelebihan Surah Al-Ikhlas – Untuk Kekayaan, Kehidupan dan Perkahwinan

kelebihan surah al-ikhlas

Kredit gambar: onlinemadrasa.org

Surah Aal-Ikhlas mempunyai kisahnya yang tersendiri dan banyak kelebihan Surah al-Ikhlas pada kehidupan sekiranya anda membaca dan mengamalkannya.

Berikut merupakan kisah pengamal Surah al Ikhlas yang dirujuk melalui portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. beliau berkata:

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَبُوكَ، فَطَلَعَتِ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ لَهَا شُعَاعٌ وَنُورٌ، لَمْ أَرَهَا فِيمَا مَضَى طَلَعَتْ قَطُّ كَذَلِكَ، فَأَتَى جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: [يا جبريل، مالي أَرَى الشَّمْسَ طَلَعَتْ بَيْضَاءَ بِشُعَاعٍ لَمْ أَرَهَا طَلَعَتْ كَذَلِكَ فِيمَا مَضَى قَطُّ [؟ فَقَالَ: [ذَلِكَ لان معاوية بن مُعَاوِيَةَ اللَّيْثِيَّ تُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ الْيَوْمَ، فَبَعَثَ اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ [. قَالَ] وَمِمَّ ذَلِكَ [؟ قَالَ: [كَانَ يُكْثِرُ قِرَاءَةَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَفِي مَمْشَاهُ وَقِيَامِهِ وَقُعُودِهِ، فَهَلْ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ أَقْبِضَ لَكَ الْأَرْضَ. فَتُصَلِّي عَلَيْهِ [؟ قَالَ] نَعَمْ [فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ رَجَعَ. ذَكَرَهُ الثعلبي، والله أعلم.

Maksudnya:

Pernah suatu ketika kami bersama Rasulullah S.A.W. di Tabuk. Matahari terbit dengan sinaran dan cahaya putih, tidak seperti terbit yang biasa dilihat sebelumnya. Lalu datanglah Jibril dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada beliau, ‘Wahai Jibril, mengapakah aku melihat matahari terbit dengan sinaran yang tidak pernah aku lihat terbitnya sebegitu sebelum ini?’ Jibril menjawab, ‘Itu kerana Muawiyah bin Muawiyah al-Laitsi meninggal di Madinah hari ini, maka Allah membangkitkan 70 000 malaikat untuk berselawat ke atasnya.’ Dia berkata, ‘Mengapa begitu?’. Jawab Jibril, ‘Adalah (Muawiyah) banyak membaca Qul huwaLlahu Ahad (Surah al-Ikhlas) sepanjang malam dan siang, ketika berjalan, bangkit dan duduknya. Maka adakah anda ingin wahai Pesuruh Allah aku tahan bumi ini supaya anda boleh berselawat (berdoa) juga keatasnya?’ Jawab Nabi, ‘Ya.’ Lalu Baginda berselawat ke atas Muawiyah kemudia pulang.

(Rujuk al-Jami’ li Ahkam al-Quran 20/250)

Berdasarkan hadis sahih di atas, maka sangat jelas bahawa terdapat banyak kelebihan Surah al-Ikhlas ini buat pengamalnya.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah kelebihan Surah al-Ikhlas, jom ikuti perkongsian di bawah!

Kelebihan Surah al-Ikhlas Dalam Kehidupan

Kredit gambar: beanahomequran.com

Berikut merupakan kebaikan yang boleh diperoleh dalam surah ini iaitu:

#1. Diri Dicintai Oleh Allah S.W.T.

Orang yang sering membaca surah al-ikhlas akan dicintai oleh Allah S.W.T. Daripada Aisyah r.a. beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلًا عَلَى سَرِيَّةٍ، وَكَانَ يَقْرَأُ لِأَصْحَابِهِ فِي صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَلُوهُ لِأَيِّ شَيْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ؟، فَسَأَلُوهُ، فَقَالَ: لِأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Nabi S.A.W. mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah S.A.W., lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi SAW bersabda: “”Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya.”

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari 5013)

#2. Dimasukkan ke dalam Syurga

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ

Maksudnya:

“Aku datang bersama Rasulullah S.A.W. lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “”Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).”

(Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897). Beliau berkata: “Hadis hasan sahih gharib.”)

#3. Mendapat Perlindungan Allah S.W.T.

Kredit gambar: www.madaninews.id

Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas juga akan diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. seperti yang dinyatakan dalam hadis ini iaitu daripada ‘Uqbah binAmir al-Juhani r.a. beliau berkata bahawa:

بَيْنَا أَنَا أَقُودُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ إِذْ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، ثُمَّ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، فَقَالَهَا الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّورَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ: قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ

Maksudnya:

“Ketika mana aku memimpin kenderaan Rasulullah S.A.W. dalam sebuah peperangan, tiba-tiba Baginda bersabda: “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi): “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan. Dan Baginda mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang perlu aku katakan?” Baginda pun bersabda: “Katakan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ”, lalu Baginda membacanya sampai selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الفَلَقِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung dengannya (tiga surat) tersebut.”

(Hadis Riwayat Imam al-Nasaie 5430)

#4. Mendapat Pahala Berlipat Kali Ganda

Kredit gambar: hassemanmarketing.com

Imam Hanbali r.a. menyebut bahawa:

“Barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali Surah al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.”

#5. Setiap Hajat Akan Tercapai

Antara kelebihan Surah al Ikhlas 1000 kali adalah segala hajat anda akan tercapai dengan mudah. Caranya adalah dengan membaca Surah al Ikhlas sebanyak 1000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib.

Kemudian berdoalah dan minta apa yang anda inginkan atau dihajati. InsyaAllah, Allah S.W.T. akan mengabulkan semua yang telah diminta.

#6. Kelebihan Surah al-Ikhlas Sebagai Penawar Penyakit

Kelebihan Surah al Ikhlas yang seterusnya adalah ia merupakan penawar kepada penyakit. Caranya adalah dengan membaca Surah al Ikhlas sebanyak 3 kali selepas selesai melakukan setiap solat fardu, ia juga menjadi pelindung dan penawar kepada penyakit yang ada pada diri sendiri.

Hal ini bertetapan dengan hadis ini iaitu daripada Abu Hurairah r.a. Rasululllah S.A.W. telah bersabda:

“Surah al Ikhlas adalah penawar segala penyakit rohani dan jasmani.”

#7. Terhindar Dari Segala Kesukaran

Kelebihan baca Surah al Ikhlas yang lain adalah ia mampu menghindarkan diri dari apa pun kesusahan.

aranya adalah dengan membaca tiga buah surah berikut iaitu al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas pada waktu pagi dan petang, InsyaAllah diri akan terhindar dan tidak mengalami apa-apa kesusahan.

#8. Kelebihan Surah al-Ikhlas Mampu Menundukkan Orang Zalim

Antara kelebihan Surah al Ikhlas 1000 kali juga adalah ia dapat menundukkan orang-orang yang bersifat zalim.

Anda perlu membacanya sebanyak 1000 kali selepas solat fardu dan mintalah kepada Allah semoga orang-orang zalim tersebut tidak mampu mengapa-apakan diri anda.

Atau anda boleh melafazkan perkataan “Ya Somad” sebanyak 133 setiap hari secara istiqamah untuk selamatkan diri dari orang jahat dan zalim.

#9. Mampu Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga

Bagi anda yang sedang dalam kesempitan, kelaparan atau sedang bermusafir boleh juga amalkan al Ikhlas untuk hilangkan lapar dan dahaga.

Bacalah al iIkhlas dan lafazkan “Ya Somad” sebanyak yang mungkin sehingga hilang rasa lapar dan merasa kembali bertenaga semula.

#10. Kelebihan Surah al-Ikhlas Dalam Perniagaan

Sesiapa yang membaca al Ikhlas akan beroleh kejayaan yang menakjubkan dalam perniagaan, kerjaya, dan juga kehidupan harian.

#11. Kelebihan Surah al-Ikhlas Adalah Untuk Mengelak Daripada Disihir

Selain itu, kelebihan surah al Ikhlas juga adalah ia dapat menghapuskan penyakit jiwa, kesan jin dan sihir.

#12. Perkahwinan Lebih Kukuh

Kredit gambar: productivemuslim.com

Malah, kelebihan Surah al-Ikhlas yang lain juga adalah ia mempunyai fadhilat yang tinggi dalam alam perkahwinan iaitu ia membuatkan hubungan suami isteri menjadi lebih kukuh dalam berkasih sayang.

Malah, bagi anda yang belum bertemu jodoh, sangat digalakkan untuk mengamalkan surah ini agar mendapat jodoh yang hebat dan soleh.

#13. Fadhilat Surah Al-Ikhlas Kepada Harta Kekayaan

Seseorang yang membaca 100 kali al Ikhlas secara istiqamah pada setiap hari akan mendapat berkat pada hartanya.

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda mendapat manfaat yang berpanjangan!


Dapatkan juga pelbagai info dan panduan ibadah yang lain di SINI!