Kelebihan solat Tahajud semestinya menjadi rebutan alim ulama dan orang-orang soleh. Ianya merupakan peluang keemasan yang Allah SWT kurniakan kepada para hamba-Nya. Solat sunat tahajud merupakan solat yang dilakukan pada waktu tengah malam selepas Isyak, ataupun selepas bangun daripada tidur
Mama Siti pasti Mama Papa mesti tahu serba sedikit tentang kelebihan solat tahajud. Tapi sebenarnya nak mengamalkan solat tahajud bukanlah suatu perkara yang ringan dan perlu kepada disiplin dan ketabahan yang tinggi.
Perjuangan melawan nafsu untuk bangun dari tidur, setelah seharian bertungkus lumus menjalani kehidupan semestinya menyukarkan kita untuk bangun menunaikan solat tahajud.
Dan kerana kesusahan itu jugalah kelebihan solat tahajud sangat besar sehingga menjadi rebutan orang-orang soleh, dan sentiasa diperingati oleh baginda Rasulullah SAW.
10 Kelebihan Solat Tahajud
1. Masuk Syurga Tanpa Hisab
Antara kelebihan solat tahajud yang dikejar oleh orang-orang soleh ialah dapat memasuk syurga tanpa hisap. Seperti mana yang telah dibuktikan dalam hadis berikut, sabda Rasulullah SAW;
“Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru: ‘Siapakah (di dunia) yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka (untuk qiamullail)?’ Lalu sekumpulan kecil orang yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab kepada semua manusia.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
2. Mendapat Tempat Terpuji
Seseorang yang melakukan solat sunat tahajud akan mendapat kedudukan yang terpuji pada hari kebangkitan di padang Mahsyar seperti firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(al-Isra’:79)
3. Diampunkan Dosa dan Kifarah
Setiap manusia mukallaf tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa, sama ada kecil atau besar.
Rasulullah SAW bersabda;
“Hendaklah kamu berqiamullail kerana ia merupakan perjalanan orang yang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, mengampunkan segala dosa dan kifarah di atas dosa-dosa, mencegah penyakit daripada bulan.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)
4. Mendapat Ganjaran Istimewa di Akhirat
Suda semestinya ganjaran terbaik pada seorang hamba ialah ganjaran di hari akhirat. Dan seperti yang kita tahu untuk kekal konsisten dengan amalan solat tahajud dan qiamullail (bangun malam) bukanlah satu perkara yang mampu dilakukan semua orang.
5. Mudah Mendapat Pertolongan Allah
Sabda Rasulullah SAW;
“Sesungguhnya pada malam terdapat satu waktu tiadalah hamba yang muslim membetulinya dengan berdoa meminta kebaikan kepada Allah kecuali dikurniakan kepadanya, yang demikian itu setiap malam.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Antara ganjarannya yang akan di perolehi oleh golongan yang mengerjakan solat malam adalah:
- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
- Dipermudahkan hisab
- Dapat melalui titian sirat al-mustaqim seperti kilat
- Akan menerima buku catatan dari tangan kanan.
6. Mudah Diperkenankan Doa
Waktu solat tahajud yang terbaik adalah pada sepertiga malam. Ini berdasarkan sebuah hadis:
Daripada Abi Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: ‘Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)’, sehinggalah terbit fajar.”
(Hadis Riwayat Muslim)
7. Dikurniakan Limpahan Rezeki
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya beribadah pada malam hari lebih khusyuk (mantap) dan bacaan waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari kamu mempunyai urusan yang banyak.”
( Al-Muzammil : 5-7)
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa; jika seseorang itu bangun semata-mata menunaikan ibadah pada waktu malam, maka segala urusannya pada esok hari akan menjadi lebih mudah dan teratur kerana hatinya menjadi lebih terbuka dalam semua perkara.
8. Mendapat Ketenangan Jiwa
Ibadah yang dikerjakan dalam suasana malam yang sunyi pasti akan membawa kepada minda dan jiwa yang lapang.
Dengan melepaskan setiap keluhan pada Allah SWT membuatkan hati lebih teduh dan dapat menyucikan jiwa untuk bermuhasabah.
9. Dipermudah Urusan Kehidupan
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya beribadah pada malam hari lebih khusyuk (mantap) dan bacaan waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari kamu mempunyai urusan yang banyak.”
(Al-Muzammil : 5-7)
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa; jika seseorang itu bangun semata-mata menunaikan ibadah pada waktu malam, maka segala urusannya pada esok hari akan menjadi lebih mudah dan teratur kerana hatinya menjadi lebih terbuka dalam semua perkara.
10. Menyihatkan Tubuh
Sebuah kajian menunjukkan bahawa dengan solat tahajud dapat mengurangkan paras kortisol sekaligus meningkatkan imunisasi badan.
Apabila paras kortisol rendah, ia dapat menguatka antibodi badan melawan penyakit, menstabilkan kadar darah dan pelbagai lagi permasalahan kesihatan dapat ditangani dengan mengikhlaskan diri, konsisten dalam mengamalkan solat sunat tahajud.
4 Tips Mudah Bangun Tahajud
1. Berniat dan berazam
Saidatina Aisyah RA menyatakan perkara ini berdasarkan penjelasan yang didengari daripada suaminya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berniat mengerjakan solat pada waktu malam, tetapi tertidur, pasti Allah menetapkan baginya ganjaran solatnya. Sementara tidurnya adalah sedekah untuknya.”
(Hadis Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
2. Tidur sekejap di siang hari
Rehat yang baik seperti ini membantu seseorang itu bangun pada malam hari. Anas bin Malik meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda:
“Mohon pertolongan bagi berpuasa pada siang hari dengan sahur, dan berqiamullail dengan qailullah”.
Jelaslah bahawa tidur sekejap di siang hari itu memudahkan seseorang untuk bangun solat di waktu malam serta dapat merehatkan diri dan fikiran walaupun hanya sekejap.
3. Berwuduk sebelum tidur
Salah satu kelebihan berwuduk sebelum tidur ialah perasaan akan lebih tenang dan tenteram. Selain itu, air wuduk juga dapat menjadikan otot-otot dalam badan lebih relaks dan kualiti tidur juga akan sentiasa terjaga. Dalam hadis al-Bara’ Bin A’zib, Rasulullah berkata:
“Apabila kamu ingin masuk tidur, maka ambillah wuduk dengan cara berwuduk untuk solat.”
Setiap muslim yang berwuduk, ALLAH akan mengampuni kesalahannya. Seseorang yang berada dalam keadaan dirahmati oleh ALLAH akan ditemani oleh para Malaikat, dan lebih mudah untuk medirikan qiamullail.
4. Menjaga Pemakanan
Bagi mereka yang mahu bangun malam, kawalan makanan perlu dihadkan terutama pada waktu malam. Elakkan makan terlalu banyak terutamanya makanan yang berat seperti nasi, mi, burger dan sebagainya.
Makanan yang diambil pada waktu malam terutamanya selepas Isyak memaksa sistem pencernaan bekerja keras sepanjang malam bagi memproses semua makanan ini. Dalam proses ini, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Kesannya, orang yang banyak makan pasti berasa begitu letih sehingga tertidur dengan nyenyak.
Untuk lebih panduan amalan & doa klik SINI.