Mama Papa perasan tak ada satu “penyakit” dalam sebahagian kita, terutama sekali dalam kalangan Papa, masa tahu jantina anak perempuan, muncung sampai ke tanah!
Mama Siti geram betul perangai macam ni! Iya kita faham, dalam Islam dan adat kaum Melayu, lelaki adalah ketua waris dan wakil bagi keluarga, tetapi sebenarnya, kelahiran seorang puteri sebenarnya banyak kelebihannya dalam islam.
Tahu tak! masyarakat Arab Jahiliah dahulu kala pun sangat membenci kelahiran perempuan. Sebahagian pula lebih menginginkan kelahiran laki-laki daripada perempuan.
Laki-laki dianggap lebih mulia daripada perempuan. Dan Islam telah datang memperbetulkan perkara ini. Kalau ada yang masih berperangai seperti ini, mari sini Mama Siti nak bagitau.
4 Jaminan Anak Perempuan
Penghalang Api Neraka
Diriwayatkan juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata, “Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudia dia berbuat baik kepada mereka, maka -mereka akan menjadi penghalang dari seksa api neraka”. (H.R Muslim 2629)
Bangkit Berhampiran Dengan Rasulullah Di Padang Mahsyar
Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang memelihara dua puteri hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata: Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631)
Rahmat Anak Perempuan
Terdapat ganjaran yang besar bagi Mama Papa yang menjaga puteri mereka, berupa rahmat yang besar daripada ALLAH.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:“Sesiapa yang memiliki seorang, dua atau tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Di Janjikan Syurga
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang puteri, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Kesimpulan Dalam Menjaga Anak Perempuan
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang tuan puteri?
Mendidik seorang puteri bukanlah satu perkara yang mudah.
- Sabar
- Sabar yang diperlukan adalah lebih berbanding anak lelaki kerana ragam yang sangat tidak menentu dan tidak terjangka.
- Didikan
- Bukan sahaja didikan agama, namun didikan moral dan kesihatan mental juga penting untuk kematangan optimum seorang anak perempuan.
- Melindungi
- Mama Papa perlu melindungi anak perempuan lebih daripada anak lelaki. Secara fitrah, perempuan adalah lebih lemah berbanding lelaki dari aspek fizikal.
- Ujian
- Antara ujian yang terbesar adalah fitnah wanita. untuk mendidik dan menjaga seorang anak perempuan tidak menjadi sebahagian daripada fitnah memerlukan didikan dan usaha yang sangat tinggi dari Mama Papa
Mama Siti tak nafikan, untuk mendidik puteri-puteri, bukanlah sesuatu perkara semudah bicara. Banyak perkara dan ujian yang harus difikirkan sebenarnya. Kalau nak banyak lagi tips menjaga anak-anak Mama Siti kongsikan “link” di bawah.
Mama Siti kongsikan pelabagai nasihat mendidik anak-anak di SINI.