Mama ada plan dah ke cuti sekolah ni? Ke nak duduk rumah hingga cuti pun berlalu macam tu je? Macam biasa, anak-anak kita ni perlukan satu aktiviti yang konsisten untuk mereka lakukan. Dengan aktiviti-aktiviti yang menarik ini, ia dapat membantu minda mereka sentiasa cergas dan berfikir idea baru.
Apabila anak Mama mempelajari kemahiran baru, mereka juga dapat membina kebebasan, keyakinan dan harga diri mereka. Jadi dengan bantuan Mama, mempelajari kemahiran baru juga dapat membantu menyokong perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Apa kata mereka join kelas-kelas yang fun dan kreatif ni sempena cuti sekolah?
Mama Siti faham, anak-anak Mama mungkin mempunyai pelbagai jenis minat, mujurlah Mama Siti ada senarai aktiviti yang menarik untuk lakukan sempena cuti sekolah ni! Jom tengok sama-sama~
5 Kelas Menarik Untuk Si Manja Sertai
#1 Kelas Muzik
Muzik sebenarnya banyak menolong kita bertenang dan juga bersuka ria. Kadang-kadang anak kita mempunyai masa yang sukar untuk luahkan perasaan mereka ataupun lebihan tenaga yang mereka ada. Mungkin Mama boleh bantu mereka dengan mendaftarkan mereka ke kelas muzik. Kelas muzik seperti piano, biola, gitar, ukulele, seruling dan juga gendang.
Kebaikan muzik adalah pelbagai, seperti muzik dapat menyemarakkan semua bidang perkembangan dan kemahiran kanak-kanak untuk bersedia hadapi sekolah, termasuk intelek, sosial-emosi, motor, bahasa, dan juga literasi.
Ia membantu badan dan minda mereka bekerjasama. Mendedahkan anak Mama kepada muzik semasa perkembangan awal membantu mereka mempelajari tentang bunyi dan makna perkataan.
Dengan menyertai kelas sempena cuti sekolah seperti ini, ia secara tidak langsung dapat membantu mereka dengan sesi persekolahan yang akan datang.
#2 Kelas Bahasa
Selain muzik, mereka juga boleh hadir ke kelas bahasa. Bahasa seperti, inggeris, arab, perancis, mandarin, jepun dan banyak lagi! Kerana mereka sangat muda, penyerapan bahasa dapat berlaku dengan pantas, dengan itu anak Mama dapat menguasai kemahiran bahasa dengan cepat.
Kajian mengatakan bahawa mempelajari bahasa kedua meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kritis dan mendengar. Bukan itu sahaja Mama! Ia dapat meningkatkan ingatan, tumpuan dan keupayaan untuk melakukan pelbagai tugas. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lain juga menunjukkan tanda peningkatan kreativiti dan fleksibiliti mental.
#3 Kelas Seni Mempertahankan Diri
Haa, Mama penat melayan anak suka gusti-gusti dengan adik mereka? Cuba masukkan mereka ke kelas seni mempertahankan diri. Dengan menyertai kelas seperti ini, ia dapat latih mereka untuk menjadi lebih peka dengan persekitaran mereka. Kanak-kanak mungkin terlebih hiperaktif, dapat menyalurkan tenaga mereka dengan sihat.
Fakta tentang melakukan seni mempertahankan diri ni, ia boleh membantu kanak-kanak merasakan badan mereka lebih sihat. Ini bagus untuk kanak-kanak yang bergelut dengan kemahiran motor. Ia juga membantu kanak-kanak memahami kuasa minda pada minda mereka.
#4 Kelas Coding, STEM, STEAM & Robotik
Pada zaman internet dan kelas dalam talian, ia menjadi keperluan untuk anak-anak kita mahir dengan teknologi untuk kegunaan masa hadapan. Kebaikan mereka belajar dalam kelas seperti ini semasa cuti sekolah adalah supaya mereka dapat membina daya tahan diri pada usia yang muda.
Ia membantu dalam pembangunan kemahiran pengiraan. Coding juga membantu kanak-kanak dalam memberikan banyak kemahiran selain daripada pengiraan seperti menyelesaikan masalah dan pemikiran.
#5 Kelas Seni
Seni adalah tempat untuk kanak-kanak belajar mempercayai idea mereka, diri mereka sendiri dan meneroka apa yang boleh jadi – Maryann F. Kohl
Seperti quote di atas, seni dapat bantu anak Mama meluahkan perasaan, idea dan meneroka diri mereka sendiri. Dengan mempelajari ilmu seni, ia secara tidak langsung dapat menyediakan kanak-kanak pada masa depan.
Seni meningkatkan kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran lateral, analisis kompleks dan kemahiran berfikir dengan kritis. Dengan minda yang kreatif, ia dapat membantu anak Mama berfikiran terbuka.
Tunggu apa lagi Mama? Jom masukkan anak Mama ke kelas-kelas menarik ini! Sempena cuti sekolah ini, lakukan aktiviti yang anak-anak Mama tak pernah lakukan. Barulah mereka dapat luaskan kemahiran mereka dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran yang sedia ada.
Selamat mencuba dan goodluck untuk si manja Mama!