Kek milo kukus guna 3 bahan je? Wah boleh cuba ni! Almaklumlah makin lama duduk rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, makin ramai yang tunjukkan skill dan bakat di dapur.
Bukan je dari segi mencuba resepi masakan baru, ada juga yang aktif membakar kek dan cookies malah menu-menu lain juga.
Kita selalu mengeluh PKP ni buatkan rutin kita terbatas tapi bila tengok dari sudut positif ada juga bagusnya PKP ni. Ada benda yang kita jarang buat atau tak pernah buat tapi kita buat sewaktu PKP ni. Dari tak pandai memasak atau buat kek tiba-tiba jadi pandai. Betul tak?
Khas buat mama yang tak mempunyai oven seperti Mama Siti, resepi ini adalah pilihan tepat untuk mama! Ditambah pula dengan cara nak membuatnya senang dan bahan yang mudah didapati, pasti buatkan mama lagi teringin dan tertarik untuk cuba kan?
Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh puan Hafiza Samijan yang sangat simple dan hanya memakan masa kurang dari sejam!
Resepi Kek Milo
Bahan-bahan (untuk bekas sederhana besar)
- 2 Cawan Milo (atau ikut citarasa)
- 2 Sudu susu Pekat
- 4 Biji telur
Cara Penyediaan
- Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar. Mesin bagi mix semua. Mesin lama sikit. Bagi kembang.
- Kisarkan bahan campuran bahan tersebut tanpa air, kerana putih telur sudah cukup untuk mencampurkan adunan itu
- Kemudian setelah sebati, masukkan adunan ke dalam bekas
- Panaskan pengukus dan kukuskan adunan selama 30 minit.
- Kek Milo Kukus is done!
- Sejukkan dan kemudian boleh dipotong kecil untuk dihidangkan
Menurut Hafiza Samijan, ini adalah percubaannya yang pertama dalam menghasilkan kek milo kukus ini. Katanya, rasa seakan kuih Kole Minyak. Ditambahnya lagi, jika disejukkan di dalam peti sejuk dulu baru dihidangkan, rasanya lebih enak, seperti kek coklat.
Dia hanya menggunakan bahan yang ada di dapur je. Beliau berkata, resepi asal memerlukan esen vanilla dan tepung namun kerana dia tak mempunyai bahan tersebut, dia menggunakan apa yang ada je.
Mudahkan? Hanya dengan 3 bahan untuk buat Kek Milo Kukus ni. Selamat mencuba!
Sumber: Hafiza Samijan
BACA LAGI RESEPI BAYI 7 BULAN KE ATAS UNTUK MAMA CUBA!
Pesan Mama Siti
Dalam keseronokan kita meluangkan masa bersama keluarga, mencuba pelbagai resepi baru, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Mama Siti difahamkan situasi PKP ini berbeza bagi setiap keluarga. Ada yang senang dan gembira, namun ada keluarga yang tidak mampu memberi sesuap nasi kepada ahli keluarganya kerana tidak boleh keluar bekerja. Semoga kita sama-sama bersyukur dan saling membantu antara satu sama lain.