Lagi berapa hari je lagi Hari Bapa. Mesti sekarang tengah fikir kek Hari Bapa apa yang nak beli atau buatkan untuk Papa nanti.
Jangan risau, Mama Siti boleh tolong. Mama Siti dah list kan beberapa kek yang sesuai untuk Hari Bapa nanti.
Pilihan untuk Kek Hari Bapa
1. Cake
2. Bento Cake
Siapa je yang tak kenal dengan bento cake ni kan. Mini korean-style cake ni selalunya akan diletak dalam kotak takeaway.
Oh ye boleh request bermacam-macam gaya juga tau, nampak cute kan.
3. Football Cake
Papa kaki bola, jadi apa kata buatkan kek bola ini dengan Mama.
4. Black Choco Cake
Kek yang biasa pun ada jugak contohnya macam ni. Pilihan sesuai untuk Papa yang sukakan dark chocolate.
5. Drawing Cake
Seakan sama dengan bento kek tapi ada kelainan sedikit. Bento kek saiznya kecik tapi kek yang ni normal saiz kek.
6. Kek Oreo
Kalau Papa seorang peminat oreo ni boleh lah Mama buatkan kek oreo ni untuk Papa nanti.
7. Cake Hot Wheels
Papa seorang pengumpul hot wheels? Apa kata buat kek macam ni, confirm Papa suka.
8. Red Velvet
Papa tak minat dengan kek jenis vanila atau coklat, jangan risau boleh cuba suprises cake red velvet ni untuk Papa. Kek ni jenis kek sponge yang di topping dengan cream cheese. Kalau makan banyak pun tak akan rasa muak.
9. Black Forest Cake
Siapa je yang tak minat dengan kek black forest ni kan. Kek black forest ini menggunakan span coklat yang moist dan ringan rasanya. Topping nya pula cream, buah ceri dan sedikit hiasan coklat.
10. Chocolate Mayonnaise Cake
Dengan rasa kopi yang dibancuh ke dalam adunan akan meningkatkan rasa coklat. Sangat sesuai untuk Papa yang sukakan kopi.
11. Caramel Cake
Kalau taknak kek yang ada cream, boleh pilih caramel cake ni. Tidak terlalu banyak gunakan cream. Topping nya cukup ringkas je, sedikit coklat dan dibanjiri dengan caramel syrup.
12. Berry Cake
Ini pun agak ringkas juga, cream yang digunakan tidak terlalu banyak. Kek ini ringkas je kan tapi rasanya seap tau.
13. Starbuck Cake
Favorite coffee Papa Starbucks? Apa kata hadiahkan Papa dengan kek yang dihiaskan dengan Starbuks ni, confirm Papa terharu kerana ingat favorite coffee Papa.
14. Tiramisu Cake
Papa sukakan sesuatu yang rasa lemak-lemak pahit manis? Mama Siti rasa kek tiramisu ni yang terbaik untuk Papa. Sebab kek ni ada rasa cheese dan kopi, jadi sesuai lah dengan cita rasa Papa.
15. Vanilla and Chocolate Cake
Papasuka makan kek vanilla dan chocolate? Tapi tak kan nak beli dua kek kan nanti membazir pula. Tapi jangan risau, sekarang kan dah boleh buat dua flavor jadi tak perlu dah nak pening nak beli kek flavor apa.
16. Kit Kat Cake
Kek kit kat ni pun menarik tau. Selalunya makan kit kat je tapi kali ni sempena Hari Bapa ni, buatkan kek kit kat pula untuk Papa.
17. Truck Cake
Jarang-jarang kan orang buat kek macam ni, apa kata Hari Bapa tahun ni suprise kan Papa dengan truck kek ni. Nampak unik dan menarik kan, pasti Papa suka dengan kek ni.
18. Pavlova Cake
Papa peminat pavlova? Apa kaa buatkan kek pavlova untuk Papa. Nak buat pun senang je, boleh lah ajak Mama untuk buat kek ni sama-sama nanti.
19. Jelly Fruit Cake
Kredit Gambar: TouTube Channel N’Oven – Cakes & Cookies Kredit Gambar: Youtube Channel totos-RECIPES
Papa tak suka makan kek, jangan risau boleh cuba suprises kan dengan jelly fruit cake ni. Sesuai lah untuk musim panas sekarang kan makan jelly ni lagi-lagi gunakan buah-buahan yang segar.
20. Watermelon Fruit Cake
Selain tu ada juga kek buah. Walaupun cuma gunakan buah je tapi hiasannya dalam bentuk buah tau. Nampak menarik kan. Kalau kek macam ni semua orang boleh makan, confirm sekejap je dah habis.
Jadi, mesti dah dah ada kan pilihan yang berkenan di hati untuk kek Hari Bapa nanti. Dengan adanya kek ini menambahkan lagi suasana yang ceria.
Sudah pasti Papa happy dengan surprise kek ini nanti dan rasa dihargai oleh Mama dan anak-anak.
Nak masak apa ye untuk Papa sempena Hari Bapa ni? Klik SINI.