KelabMama

KEK COKLAT 5 MINIT GUNA MICROWAVE

Kadangkala untuk membuat sebiji kek coklat memakan masa berjam-jam, tapi dengan resepi ini hanya 3 minit diperlukan sahaja sebelum tersedia untuk dimakan. Caranya cukup mudah serta cepat, paling penting sedang. Walau bagaimanapun untuk membuat kek coklat ekspres ini anda perlu ada sebuah microwave dirumah.

 

Bahan-bahan :

(Kuantiti hanya untuk bekas kecil)

 

– 4 sudu tepung gandum

– 4 sudu gula halus

– 4 sudu susu cair / susu segar

– 4 sudu minyak masak / minyak jagung

– 2 sudu serbuk koko

– 2 sudu Milo

– 1 sudu Baking Powder

– 1 sudu esen vanila

– 1 biji telur

 

Cara-Cara:

  1. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan baning powder.
  2. Masukkan semua bahan dalam bekas pengadun. Adun hingga sebati.
  3. Ratakan adunan di dalam bekas yang sesuai dengan suhu microvawe.
  4. Masukkan dalam microvawe dan tetapkan suhu
  5. Tunggu 5 minit kemudian..Ting! Kek anda tersedia untuk dijamah.