KelabMama

Bergambar, Membeli-belah dan Terpesona Dengan Keindahan Christmas Colourama di Sunway Pyramid

Sunway Pyramid 2024 Xmas

Berdasarkan pemerhatian Mama Siti, hujung tahun adalah tempoh di mana ramai orang mula slow down dengan pekerjaan atau aktiviti harian pada hujung minggu dan lebih memilih untuk fokus pada masa untuk diri sendiri atau keluarga.

Ada yang pergi bercuti, menikmati me-time, atau meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak di rumah. 

Dan apa yang paling dinantikan apabila tiba hujung tahun? Selain (menghabiskan) cuti, mestilah promosi dan aktiviti menarik yang ditawarkan di seluruh negara. 

Yang paling dinantikan juga adalah dekorasi sambutan Krismas dan Tahun Baru yang menyerikan pelbagai tempat di Malaysia dan seluruh dunia. Mama Siti sendiri mudah tertarik dengan dekorasi di pusat membeli-belah menjelang musim perayaan yang pelbagai di Malaysia ini. 

Sebagai sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di Malaysia, Sunway Pyramid membawakan kempen Christmas Colourama khas buat para pengunjungnya.

Mama, Papa, dan anak-anak pasti terpegun dengan dekorasi Christmas Colourama yang diinspirasikan daripada kaca berwarna atau stained glass yang berwarna-warni. 

Dengan sentuhan moden yang segar, Mama akan disambut oleh pokok Krismas istimewa yang dibina menggunakan bahan terpakai (upcycled), di mana sekurang-kurangnya 30% daripada bahan tersebut menyumbang kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDGs), dan dikelilingi oleh pokok-pokok kecil, rumah, dan pelbagai hiasan yang menggunakan warna terang dan berkilauan. 

Dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025, Mama pasti akan terpesona dan merasa seolah-olah berada di dunia yang berbeza!

Aktiviti WAJIB dan Promosi Menarik di Christmas Colourama Sunway Pyramid

Dalam pada Mama terpesona dengan kecantikan dekorasi Christmas Colourama tahun ini, izinkan Mama Siti kongsikan beberapa aktiviti WAJIB dan promosi menarik yang ditawarkan sepanjang kempen ini berlangsung:

1. High Angle Photobooth 

Tak vibe-lah kalau Mama tak cuba bergambar di photobooth ini. Tak Gen-Z gitu

High Angle Photobooth yang semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini, menawarkan gambar dari sudut tingginya, memberikan sentuhan unik berbanding gambar photobooth biasa.

Gunakan peluang ini untuk memiliki koleksi gambar kreatif bersama ahli keluarga!

2. Bengkel-bengkel yang Menyeronokkan di LG2 Blue Concourse

Para pengunjung juga boleh menyertai Magical Holiday Workshops* yang dianjurkan khas oleh jenama penjagaan diri kegemaran ramai iaitu, Bath & Body Works:

*Setiap penyertaan bengkel adalah tertakluk kepada terma & syarat. Slot penyertaan adalah terhad. 

3. Ho Ho Ho! Meet & Greet Bersama ‘Pakcik’ Santa! 

Bermuka 30 November hingga 25 Disember 2024, anak-anak Mama berpeluang untuk melihat dan berjumpa dengan Santa Clause pada setiap Sabtu, dan pada 25 Disember 2024 jam 3 pm dan 5 pm. 

4. D’Special Day; Memenuhi Keperluan Deko Rumah Anda!

Bagi yang menyambut Krismas, anda boleh melengkapkan dekorasi Krismas anda dengan mengunjungi booth D’Special Day, yang turut menyediakan servis membalut hadiah secara PERCUMA.

5. Face & Hand Painting

Tambahkan keriangan si kecil dengan aktiviti Face & Hand Painting untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan dan tahun baru. Aktiviti ini akan diakan khas pada 28 dan 29 Disember 2024, pada jam 3PM dan 5PM.  

Dan banyak lagi! 

Mama juga boleh gunakan peluang ini untuk menikmati promosi jualan akhir tahun dengan membeli-belah di Sunway Pyramid, terutamanya di ruang yang baru sahaja dibuka, iaitu di OASIS.

OASIS: Tarikan Terbaharu di Sunway Pyramid!

Dengan lebih 100 rangkaian kedai dan restoran, Mama pasti tak cukup tangan (dan langkah kaki) untuk membeli-belah di sini.

Di OASIS, Mama boleh membawa anak-anak bermain di The Parenthood, menambah sentuhan deko di rumah dengan barangan daripada AKEMI Home dan H&M Home, serta tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke gedung MUJI terbesar di Malaysia!

Mama juga boleh menambah koleksi produk penjagaan diri di Innisfree dan Laneige, serta mencuba pelbagai makanan halal, dari sajian Mediterranean hingga pastri dan dessert yang ditawarkan di Dandy.

Sekiranya penat berjalan, ambil masa untuk berehat sebentar di tempat duduk Papyrus Flower yang terletak di Ground Floor, yang diilhamkan daripada tumbuhan purba Papyrus.

NANTI DULU! Dah Redeem ke Belum? 

Sebelum Mama melangkah pulang, pastikan Mama semak perbelanjaan di Sunway Pyramid terlebih dahulu kerana ada ‘hadiah tambahan’ untuk beberapa pembelian minima:

Semua ini boleh ditebus* di aras LG2 Blue Atrium.  

*Tertakluk kepada terma & syarat

Jom COUNTDOWN Tahun Baru di Sunway Pyramid! 

Bagi menaikkan lagi semangat untuk melangkah ke tahun 2025, Sunway Pyramid mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyertai countdown tahun baharu pada 31 Disember 2024.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan sambutan Tahun Baru di Sunway Pyramid!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Christmas Colourama, layari laman rasmi, Facebook, dan Instagram Sunway Pyramid hari ini.