KelabMama

Keindahan Cahaya Raya Yang Meraikan Semua Termasuk Yang Istimewa, Hanya di Sunway Pyramid

Cahaya Raya di Sunway Pyramid

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Satu perkara yang paling Mama Siti nantikan bila dah masuk Ramadan ni semestinya rasa nikmat dan kegembiraan bulan mulia yang tak dapat dirasai semasa bulan-bulan Islam yang lain. 

Bermula dengan tak sabar nak tingkatkan amal ibadah, menu sahur dan berbuka, dan semestinya solat tarawih berjemaah, sehingga ke suasana menyambut hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Vibe Ramadan ni memang lain sangatlah! 

Kalau ke pusat membeli-belah pula, Mama Siti suka lihat dekorasi kempen Raya yang dianjurkan mereka. Memang cantik belaka! Yang paling Mama Siti suka semestinya kempen Cahaya Raya yang sedang berlangsung di pusat membeli belah Sunway Pyramid. 

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Saat para pengunjung melangkah masuk ke ruang LG2 Orange Concourse di Sunway Pyramid, anda bakal merasai pengalaman nostalgia hari raya yang unik dan mengasyikkan. 

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Ruang tersebut indah dihiasi dekorasi struktur geometri dan ala-ala Arabesque yang gah, melambangkan bimbingan dan kepelbagaian serta kepentingan penerimaan dalam masyarakat. Memang cantik sangat!

Jom ke ‘Dunia Lain’ di Chamber of Lights!

Mama juga jangan lupa untuk rasai pengalaman interaktif yang unik dan menarik dengan mencuba Chamber of Lights yang akan membawa anda ke ‘dunia’ lain, yang tak pernah anda bayangkan.

Lihat bagaimana cahaya dan muzik dalam Chamber of Lights ini berubah mengikut gerakan tangan anda. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini dan juga di ruang-ruang berdekatan yang dihiasi backdrop yang cantik dan berwarna warni!

Lebih menarik, kempen Cahaya Raya ini juga bertujuan untuk menyebarkan positivity, termasuk meningkatkan kesedaran tentang komuniti autisme pada semua tanpa mengira usia.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Autsome x Cahaya Raya menjadi lebih istimewa kerana Sunway Pyramid akan menyediakan persekitaran yang inklusif seperti Sensory Walls yang direka khusus untuk menenangkan dan memberi keselesaan kepada komuniti autisme di dalam pusat beli-belah.

Dengan kejasama bersama Early Autism Project (EAP), Mama juga berpeluang untuk membantu dan menyokong individu-individu istimewa ini dengan membeli barangan atau melihat hasil seni mereka di booth yang disediakan, di samping membeli belah pakaian atau produk untuk persiapan Aidilfitri Mama. Ada pakaian daripada Butik Rimba, produk kecantikan Claire Organics, dan banyak lagi.

Setiap hasil pembelanjaan di booth EAP akan digunakan untuk usaha berterusan mereka dalam meningkatkan kesedaran dan penerimaan orang ramai terhadap individu dengan spektrum autisme. 

Jadi, sambil Mama shopping sakan di Sunway Pyramid, secara tidak langsung Mama sebenarnya sedang beramal dan menambah ilmu tentang golongan dengan spektrum autisme sepanjang kempen Cahaya Raya ini. 

Lebih Banyak Tawaran Menarik Dengan LEBIH Pembelian! 

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Selain itu, Mama juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal dianjurkan di Cahaya Raya, Sunway Pyramid. 

Para pengunjung juga berpeluang untuk menebus pelbagai hadiah saguhati istimewa seperti paket sampul duit raya Shine & Reflect, set Jug Berlian, dan set Kutleri Premium sebagai ganjaran selepas anda penat membeli belah. 

  1. Belanja minima RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit* untuk menebus 1 paket Sampul Duit Raya
  2. Belanja minima RM800 (RM700 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 2 resit* untuk menebus 1 paket Sampul Duit Raya dan 1 Set Jug Berlian. 
  3. Belanja RM3,500 dan ke atas (RM3,400 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 4 resit* untuk mendapatkan 1 paket Sampul Duit Raya dan 1 set Kutleri Premium.

Sebagai salah satu mall yang terbesar di Malaysia, Sunway Pyramid menyediakan beratus restoran dan kedai-kedai berjenama yang menarik hanya untuk para pengunjungnya. 

Senang cakap, hampir kesemua barangan yang kita nak mudah untuk didapati di Sunway Pyramid. Kalau nak berbuka puasa di sini pun senang sangat – sebab banyak pilihan restoran dan makanan. Sampai rambang mata dibuatnya! 

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Jadi, rasai sendiri kemeriahan Cahaya Raya disamping memberi sokongan kepada komuniti autisme di Sunway Pyramid bermula 24 Mac hingga 1 Mei 2023 ini. Layari laman rasmi Sunway Pyramid, Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut. 

Jumpa anda di sana!