Bayangkan bila Mama tengah confident berjalan di kawasan terbuka, tiba-tiba miss V terasa gatal dan tak selesa.
Aduh, pasti menganggu! Ikutkan hati memang nak garu semahu yang boleh, tapi malu pula jika orang sekeliling perasan.
Nak pura-pura tak ada apa yang berlaku, kegatalan ini pula terasa seperti dicucuk-cucuk!
Apa punca Miss V gatal? Dan bagaimana cara nak atasinya? Ayuh baca entri yang Mama Siti kongsikan kali ini tentang masalah Miss V tak selesa.
Punca Kegatalan Pada Miss V
1. Jangkitan
Masalah jangkitan pada faraj tentunya menyebabkan kegatalan dan ketidak-selesaan pada private part anda. Menurut perkongsian daripada Hello Doktor, ada beberapa jangkitan yang biasanya menyerang miss V seorang wanita itu iaitu yis dan jangkitan kelamin.
Jangkitan yis atau dalam bahasa lain adalah pertumbuhan kulat di dalam faraj, di tempat yang tidak sepatutnya, yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. Menurut Dr. Audra Williams, Penolong Profesor Obstetrik dan Ginekologi di University of Alabama di Birmingham School of Medicine, kulat adalah organisma hidup yang menyebabkan jangkitan.
Sementara jangkitan kelamin atau biasa dipanggil STD turut menjadi sign kepada para doktor apabila anda mengadu masalah kegatalan miss V. Satu jenis jangkitan kelamin khususnya, adalah trichomoniasis atau Trich, disebabkan oleh parasit Trichomoniasisvaginalis.
Tambah Dr. Williams lagi, trichomoniasis cenderung menyebabkan lebih banyak keputihan dan gejala faraj.
2. Bakteria
Berbeza dengan jangkitan, vaginosis bakteria pula berlaku bukan disebabkan jangkitan. Ia berlaku apabila keseimbangan semula jadi bakteria di dalam faraj terjejas, maka pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu akan menyebabkan beberapa gejala, termasuk kegatalan faraj.
Selain gatal-gatal, vaginosis bakteria sering menunjukkan simptom lain seperti keputihan berair yang berbau hanyir. Bagi situasi lain pula, bakteria boleh menyerang private part anda sekiranya terdapat luka di kawasan itu. Misalnya luka akibat shave turut menyebabkan kehadiran bakteria sekaligus menyumbang kepadap kegatalan.
3. Perubahan baharu sama ada pada detergent atau panty
Selain daripada jangkitan kulat dan bakteria, kegatalan miss V turut berpunca akibat perubahan gaya hidup anda seperti kandungan detergent yang sensitif pada anda atau material pada panty baharu.
Perubahan produk tertentu boleh menyebabkan keadaan yang disebut sebagai iritasi pada kulit dimana kulit anda bertindak balas terhadap allergy seperti sabun pencuci, seluar dalam, losyen atau mungkin tuala wanita.
Menurut Dr. Williams, sebilangan wanita lebih sensitif terhadap produk dengan kandungan pewangi atau pewarna yang mencetuskan reaksi alergi.
4. Petanda menopause
Bagi kaum Hawa yang sedang menghampiri atau berada pada usia di mana menopause mula berlaku, menurut North American Menopause Society, kegatalan faraj mungkin akibat perubahan hormon semasa dan selepas putus haid.
Selepas menopause, perubahan hormon para wanita alami boleh menyebabkan kekeringan faraj dan penipisan kulit, yang disebut atrofi faraj (vaginal atrophy).
Kaedah Rawatan
- Bagi masalah jangkitan, anda disarankan berjumpa doktor bagi memperoleh rawatan dan ubat yang disahkan selamat untuk menghilangkan jangkitan berkenaan.
- Jika ia disebabkan bakteria, doktor akan memberikan preskripsi antibiotik yang akan membantu mengembalikan keseimbangan sihat di dalam faraj.
- Bagi masalah menopause, anda boleh cuba pelembap faraj OTC, yang tersedia dalam bentuk krim dan suppository (objek dimasukkan ke dalam badan, selalunya di bahagian rektum).
- Sekiranya disebabkan alergi, hentikan penggunaan produk tersebut serta-merta bagi mengelakkan iritasi yang lebih teruk.
- Seeloknya pakai seluar dalam daripada material kapas dan tukar setiap hari.
- Cuci sehingga bersih miss V setiap kali selepas membuang air atau ketika mandi.
- Sebaiknya, elakkan mencuci dengan sabun biasa atau produk pembersihan miss V yang ada di pasaran.
Yang penting, kalau berlaku kegatalan yang melampau, segera berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan pemeriksaan.
Dapatkan tips kesihatan Mama yang lain di SINI.