KelabMama

Best Tau! Senarai Kedai Bundle Yang Berbaloi di Lembah Klang

Peminat barang bundle mesti tak nak lepaskan peluang membaca entry kali ini sebab Mama Siti nak ajak abang dan kakak semua try beberapa jenis kedai bundle yang dikategorikan terbaik oleh orang ramai di sekitar Lembah Klang ini.

Kenapa terbaik? Jom kita tengok apa yang menariknya kedai bundle ini berbanding dengan yang lain!

1. Jalan Jalan Japan

Kredit gmbar: Jalan Jalan Japan

Tempat favourite Mama Siti dan keluarga ni!

Mendengar sahaja namanya, pasti ramai dah boleh agak apa tarikan bundle di sini. Ya, kebanyakkan barang dijual diimport dari Jepun.

Tempat ini bukan asing untuk peminat bundle sebab kedainya menjanjikan pelbagai pakaian dijual sehingga pendek kata, apa yang dicari pasti boleh ditemui di sini!

Harganya juga sangat berbaloi, tak cecah sampai RM20 pun! Malah, barangan mereka bukan tiada kualiti, kebanyakkan memang berjenama dn dikenali. Kalau nasib anda baik, boleh jumpa pakaian original made from Gucci atau Fendi yang dijual bawah RM20. Berbaloikan?

Waktu operasi: 10.00 am – 10.00 pm

2. Vintage Night Market

Kredit gambar: Says

Bagi mereka yang sukakan suasana santai dan outdoor, kedai bundle Vintage Night Market di Jalan Raja Bot adalah jawapannya! Suasana sebenar kedai bundle pasti menjanjikan anda keseronokan untuk membeli-belah di sini.

Malah, sebahagian peminat bundle menggelar kawasan ini sebagai Syurga Bundle. Lambakan kedai di bahu jalan menyebabkan pengunjung rambang mata sebab macam-macam pilihan boleh dibeli.

Malah, konsep jualan sebegini juga boleh buatkan anda untuk tawar-menawar dengan peniaga. Pasti rasa puas hati sebab dapat beli dalam suasana meriah sambil dibantu peniaga di setiap kedai sekaligus memudahkan urusan jual beli anda.

Waktu operasi: 9.00pm- 3.00am / Friday & Saturday

Alamat: Vintage Night Market, Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur.

3. 2nd Street

Kredit gambr: 2nd Street

Sama seperti kedai bundle di Jalan Jalan Japan, 2nd Street Bundle juga menawarkan barangan serta pakaian yang diimport dari Jepun.

Cuma, yang membezakan mereka adalah 2nd Street ini merupakan cawangan kedai di Malaysia selepas kejayaan kedai pertama mereka di Jepun yang beroperasi sejak sekian lama.

Di negara matahari terbit itu, 2nd Street dah ada lebih 800 cawangan kedai sekaligus menjadikan ia antara port bundle yang wajib diserbu. Iyalah, bila kedai famous, pasti barang dijual pun banyakkan?

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh cuba shopping di sini pula!

Waktu operasi: 10.00am- 10.00pm

4. JBR Bundle

Kredit gambar: Azwar Syuhada

Bil berada di JBR Bundle, mustahil anda boleh pulang dengan tangan kosong! Kenapa Mama Siti kata begitu? Sebab di sini menjanjikan pelbagai barangan dengn harga serendah RM5!

Daripada kualiti biasa sehingga yang berjenama semua anda boleh temui di sini.

Kalau tak percaya, cubalah datang. Mama Siti pernah ke sini untuk teman kawan mencari pakaian, tup-tup, Mama Siti pun terjebak membeli.

Boleh kata penuh juga pakaian dan beg Mama Siti beli di sini sebab cantik-cantik belaka ldan yang penting harga murah!

Waktu operasi: 10.00am- 12.00

5. Buntil Night Market

Kredit gambar: 24 Local

Ini antara kedai bundle paling legend di Malaysia sebab ia merupakan kedai lama dah beroperasi. Ditubuhkan pada tahun 80-an, kebanyakkan barangan di sini dijual berasaskan tema vantage. Harga berbaloi dan produknya masih dalam keadaan baik dengan jenama terkemuka.

Malah, artis seperti Wak Doyok juga gemar ke kedai bunde di sini kerana tarikan brangan yang dijual. Apa kata anda cuba datang ke sini pula dan lihat kelainan ditawarkan memandangkan ini antara kedai bundle otai di Malaysia.

Waktu operasi: 2pm-12am setiap hari

Alamat: No. 16, Jalan Opera C U2/C, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Seronok sebenarnya membeli-belah di kedai-kedai bundle ni – murah dan menjimatkan. Kualiti pun bukan calang-calang tau!


Lihat pelbagai tempat menarik yang lain di Lembah Klang di SINI.