KelabMama

Kepentingan Kebersihan Diri dan Cara Melatih Anak Tentangnya!

ibu ajar anak kebersihan diri dengan basuh tangan

Kebersihan diri tidak cukup sekadar konsep “hidup aku, cara aku”. Kebersihan diri perlukan keseragaman dari segi tekniknya supaya diri dan masyarakat sihat.

Ada enam cara yang boleh kita lakukan untuk menggalakkan anak-anak menjaga kebersihan diri. Juga, terdapat 10 contoh kebersihan diri yang wajib dipatuhi semua orang.

Kepentingan Kebersihan Diri

Kebersihan diri yang terjaga menjamin kesihatan diri seseorang. Melalui cara guna tandas, basuh tangan dan tidur, kita membantu sistem dalam badan membina ketahanan badan.

Paling utama sekali, kebersihan diri melatih kita berdisiplin memastikan pakaian, kuku dan gigi mereka bersih secara keseluruhan.

Melalui kebersihan diri jugalah, kita membina komuniti yang sihat da sejahtera. Kalau tak, tak mungkin virus Covid-19 dapat dikurangkan dalam skala besar.

6 Cara Latih Anak Tentang Kebersihan Diri

#1 Mula Dari Awal

Apabila usia anak menginjak 3 hingga 4 tahun beri peluang mereka memberus gigi, sabun dan mencuci tangan sendiri dengan pengawasan Mama dan Papa. 

Lagi muda usia anak, lagi mudah kita melatih mereka tentang kebersihan diri. Sebagai ibu bapa, kadang-kala kita rasa ‘teruk’ kerana membiarkan anak-anak melakukan sesuatu sendiri. 

Tetapi sebenarnya, Mama dan Papa sedang mengajar mereka berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri. 

#2 Jadi Contoh Teladan

Kredit gambar: iStock

Ada satu frasa bahasa Inggeris yang berbunyi monkey see, monkey do. Ibu bapa ialah orang yang paling kerap anak-anak luangkan masa bersama-sama. 

Mereka perlukan contoh untuk tentang kebersihan diri yang sepatutnya. Jadi, jika ibu bapa dan orang sekelilingnya pun mengabaikan kebersihan, manakan boleh ia membantu si anak tadi. 

#3 Keterbukaan

Kredit gambar: The Educator Online

Lumrah seorang anak akan bertanya sesuatu yang tidak mereka fahami. Jika berlaku pada diri Mama dan Papa, hadapinya dengan tenang. 

Jawab setiap soalan dengan berhemah sesuai dengan peringkat usia anak-anak memahami perihal kebersihan. 

Topik kebersihan diri sentiasa berubah-ubah, setara peningkatan usia mereka. Ketika kanak-kanak, mereka bertanyakan tentang kesihatan gigi. Apabila meningkat remaja, mungkin tajuknya lebih kepada perubahan akil baligh (puberty).

#4 Sediakan Rutin Kebersihan Diri

Kredit gambar: Tes

Tampal satu carta mengenai tugasan kebersihan diri setiap ahli keluarga dalam rumah. Itu termasuklah Mama, Papa, abang, kakak dan adik. 

Dalam carta itu tulisan rutin yang wajib dilakukan setiap hari seperti gosok gigi, mandi, tukar pakaian bersih dan lain-lain. 

#5 Sentiasa Peka

Kredit gambar: chtbl.com

Walaupun kita sudah memberi kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan kebersihan diri sendiri, perlu diingat agar Mama dan Papa sentiasa membuat pemeriksaan secara berkala. 

Pastikan mereka cuci tangan selepas ke tandas, mandi menggunakan sabun dan memotong kuku dengan betul. 

#6 Kebersihan Itu Kehidupan

Kredit gambar: Stocksy

Sentiasa mengetengahkan kepentingan kebersihan melalui perbualan, pembacaan dan tontonan. 

Dengan cara itu, mereka akan menjadikan kebersihan sebagai cara hidup yang harus disempurnakan semua orang.  

10 Contoh Kebersihan Diri Yang Patut Diajar Kepada Anak

#1 Cuci Tangan

Kredit gambar: Freepik

Mulakan dengan yang paling mudah dan paling penting. Hanya dengan mencuci tangan sahaja, kita boleh mencegah penyebaran bakteria. 

Sekaligus, ia mencegah anak-anak daripada cirit-birit, kudis, penyakit kulit, penyakit kulit dan pelbagai lagi penyakit berjangkit. 

#2 Kebersihan Mulut

Kredit gambar: The Star

Sejak usia bayi, biasakan anak-anak membersihkan lidah dan mulutnya. Apabila sudah ada gigi, bantu mereka gosok gigi. 

Dalam masa yang sama, bawa mereka berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama sudah tumbuh. 

#3 Kebersihan Tandas

Kredit gambar: ChatterBlock

Tandas ialah tempat yang paling banyak cepat pembiakan kuman, ironinya di tandas jugalah kita akan membersihkan diri. 

Oleh itu, kepentingan menjaga kebersihan diri juga merangkumi kebersihan tandas. Contoh-contoh kebersihan tandas ialah;

#4 Bersihkan Anggota Badan

Kredit gambar: iStock

Langkah mencuci badan dengan betul adalah dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. 

Kedua, pastikan mereka menggunakan sabun dan syampu ketika menggosok anggota badan terutamanya ketiak, kaki dan kepala. 

Ketiga, apabila usia sudah meningkat remaja, gunakan pencuci muka yang sesuai serta pastikan ianya tidak mengandungi bahan-bahan toksik seperti merkuri. 

#5 Potong Kuku

Kredit gambar: What To Expect

Kuman mudah disebarkan melalui sentuhan. Lebih-lebih lagi jika ada ruang untuk kuman tinggal dalam kuku. 

Lebih pendek kuku, lebih rendah kadar penyebaran virus. Amalkan pemotongan kuku satu kali seminggu. 

Sambil memotong kuku anak, ambil peluang ini untuk mendedahkan kepada mereka keburukan membiarkan kuku panjang. 

#6 Cuci Sayur dan Buah 

Kredit gambar: iStock

Bakteria Escherichia coli atau E.coli selalu ada di permukaan buah dan sayur. Pesan kepada anak-anak agar sentiasa basuh buah dan sayur sebelum makan. 

Gunakan penutup makanan yang bersih jika buah da sayur itu tidak habis dimakan. Mama Siti amat cadangkan agar Mama menggunakan beeswax wrap iaitu sekeping kertas pembalut berasaskan madu lebah yang menjaga kualiti buah dan sayur.

#7 Pastikan Bersih, Bukan Wangi

Kredit gambar: The Spruce

Tahukah Mama? Kasut tumit tinggi yang dilihat cantik itu sebenarnya diciptakan untuk elak kotoran semasa tahun 1500 dahulu. 

Ia mementingkan nilai kosmetik berbanding kebersihan. Ayuh kita belajar dari sejarah lampau. Ajar anak-anak kita untuk cuci pakaian sehingga bersih dan barulah difikirkan tentang bau wanginya selepas itu. 

#8 Di Tempat Tidur

Kredit gambar: The Epoch Times

“Ha? Tidur pun ada kebersihan?”

Ya, ada. Kanak-kanak perlukan 8 jam tidur yang berkualiti untuk menjana semula sel yang rosak dan merekodkan ingatan. 

Sentiasa titik beratkan agar anak memastikan katil, cadar, bantal dan selimut bersih dari kotoran. 

#9 Bersin, Tutup Mulut

Kredit gambar: cedarparkdoctors.com

Sejak Covid-19 melanda dunia, amalan kebersihan hidung dan mulut mula diadaptasi dengan baik. 

Bagi anak-anak yang belum faham tentang itu, galakkan mereka tutup mulut ketika bersin. Ia bertujuan untuk menghalang penyebaran kuman kepada orang lain. 

#10 Rumah Bersih, Barulah Selamat

Kalau Mama dan Papa ialah guru pertama si anak, rumah pula ialah sekolah pertama buat mereka. 

Sedari awal, ajarkan anak membuang sampah ke tempat yang sepatutnya. Begitu juga ketika mereka selesai makan. 

Letak pinggan ke dalam singki dan cuci dengan bersih. Lanjut, lap meja makan jika ada sisa makanan yang tumpah. 

Bila semua anggota keluarga main peranan, barulah senang kita nak ajar anak-anak tentang kebersihan diri mereka.

Melalui tips dan contoh yang dikongsikan diharap membantu Mama dan Papa melatih anak-anak mengenai kebersihan diri masing-masing.

Mama juga boleh galakkan amalan kebersihan diri dan kawasan sekitar dalam diri anak-anak dengan mendaftarkan mereka ke program Super Kids yang dianjurkan Motherhood.com.my.

Terdapat banyak aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan bagi setiap pendaftaran, anak Mama berpeluang untuk memenangi baucar Legoland 1-Day Kids Go FREE, Super Kids Activity Box, dan pelbagai tawaran menarik yang lain.

Layari Super Kids oleh Motherhood.com.my hari ini.


Dapatkan lebih banyak tips dan panduan kesihatan Mama, Papa dan anak-anak DI SINI.