Setiap bayi sememangnya memiliki perkembangan dan perangai yang berbeza-beza. Walaupun beberapa perkembangan kognitif penting seperti berjalan, bercakap atau memahami arahan telah digariskan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut peringkat usia yang sesuai, namun pencapaian setiap daripada bayi itu tak sama kan?
Apatah lagi tahap aktif dan keberanian mereka. Ada bayi yang sangat berani walaupun kita lihat perkara tu suatu yang mustahil. Namun tak kurang juga ada kelomppok bayi mudah takut dan enggan untuk cuba perkara baru.
Walhal, setiap perkara yang ada di dunia ini semuanya adalah benda baru untuk dicuba. Contohnya memegang objek yang mana si kecil belum pernah sentuh pun barangan tersebut.
“Bagi saya, kalau baby masih belum nak cuba benda tu, saya beri dia masa. Lama-lama dia pandai dan tahu bila nak buat.”
Untuk perkembangan yang memang sukar seperti paksa anak berjalan ketika usia sembilan bulan sedangkan si kecil pun masih belum boleh berdiri, ia memang memerlukan ruang dan masa sehingga si kecil bersedia.
Namun, untuk perkembangan mudah, tak salah jika Mama memberi rangsangan tinggi kepada mereka kan?
“Penting ke semua ni?” Bagi Mama Siti, ya! Kerana bila Mama sering beri suatu yang baharu untuk dicuba, anak bukan setakat aktif, namun berkebolehan untuk menjadi kanak-kanak yang bijaksana.
Ini kerana rangsangan yang diberikan sebenarnya mempengaruhi proses pemikiran si kecil. Lagi banyak otak si kecil bekerja dan tertanya-tanya “Itu apa? Ini apa? Bagaimana?”, ia lagi merangsang daya kritis dan kreatifnya.
Namun, bagi kumpulan bayi yang sering takut dan kurang keberanian pula, ia memberikan kesan terhadap perkembangan fizikal mereka contohnya lewat berjalan, tak boleh kendalikan permainan mudah meskipun ia sesuai dengan usianya.
Mungkin pada dasarnya lebih mudah menjaga si kecil yang kurang aktif, namun kesannya adalah pada bayi itu sendiri. Kesian mereka kalau banyak perkara yang sesuai tapi terlepas daripada usia mereka.
Kalau usia dua tahun sepatutnya dah pandai cuba untuk sepak bola, namun anak Mama pula masih baru belajar berjalan. Ia sedikit sebanyak melewatkan lagi beberapa perkembangan lain.
“Anak saya masuk dua tahun ni baru saya beri dia makan sendiri. Tapi tu lah, tak pandai nak suap nasi lagi. Banyak sepah. Rakan sebayanya dah pandai makan dengan baik.” Ini antara contoh situasi apabila Mama kurang beri rangsangan pada si kecil.
Namun, jangan risau. Dalam entry kali ini, Mama Siti mahu berkongsi cara dan kaedah selamat yang sesuai Mama lakukan bagi merangsang keberanian dan keyakinan si kecil Mengikut kesesuain umurnya.
Macam mana tu? Ok jom teruskan scroll entry ni!
1. Bermain Dengan Benda Sejuk
Tak kisah sama ada nak guna ice cube atau teether yang disejukkan dan pelbagai lagi peralatan selamat boleh digunakan untuk diberikan kepada si kecil.
Dengan memberikan alatan sejuk, bayi akan belajar mengenali suhu yang berbeza-beza. Mungkin pada kita, ia adalah benda biasa.
Namun tidak untuk seorang bayi. Mengenali suhu sejuk adalah suatu pelajaran baharu untuk mereka.
Sambil biarkan si kecil sentuh barangan sejuk, Mama guna perkataan ringkas contohnya “cold!”. Ia sekaligus memberikan kefahaman kepada bayi bahawa barang tadi bersifat sejuk.
Pelbagaikan barangan lain juga untuk anak faham bahawa cold itu bukan nama peralatan, namun ia adalah sifat suhu. Melatih anak bermain dengan benda sejuk berupaya merangsang otaknya untuk berfikir dan mengundang pelbagai persoalan.
Bila si kecil banyak berfikir, sel-sel otak mereka ketika itu sedang berhubung bagi mencari jawapan. Kerana itulah Mama Siti katakan rangsangan harus diberi sejak awal usianya bagi menggalakkan sel otak mereka berkembang dengan lebih cepat.
Teknik ini Mama Siti gunakan seawal bayi berusia empat bulan sehinggalah si kecil faham sendiri keadaan itu.
2. Biarkan Si Kecil Berdiri Sambil Dibantu
Setelah bayi mulai cuba untuk merangkak atau berpaut pada objek, Mama boleh lakukan aktiviti ni pula dengan si kecil iaitu rangsangan berdiri.
Ini sebagai persediaan sebelum si kecil mula berjalan. Malah, teknik ini juga dapat membantu otot kaki lebih kuat dan stabil.
Mama Siti lakukan kaedah ni ketika anak berusia enam bulan sehinggalah dia mulai pandai berjalan. Mama pun boleh lakukan apabila tubuh dan kaki anak stable untuk berdiri tegak walaupun mereka belum pandai berjalan ketika itu.
Caranya adalah, Mama pegang kedua-dua tangan si kecil dan biarkan mereka berdiri dengan kekuatan kaki mereka tanpa memakai kasut atau stoking.
Tak kisah sama ada nak buat di dalam rumah atau di luar yang mempunyai permukaan bersih. Bukan setakat menguatkan otot kaki dan rangsang untuk cepat berjalan, namun kaedah ini turut menggalakkan otak si manja lebih aktif apabila belajar merasai pelbagai tekstur berbeza menggunakan tapak kaki.
Kalau lakukannya di luar pasti lebih menarik Mama kerana anak bermain dengan alam sambil memijak rumput atau pasir. Lagilah tinggi rangsangan mereka ketika itu.
Tapi make sure kawasan di situ bersih dan selamat yerr Mama!
3. Hasilkan Bunyi Pada Mana-mana Permukaan Sesuai
Dalam pada anak berdiri tadi, apa kata jadikan ia lebih menarik iaitu menepuk permukaan rendah menggunakan tangannya.
Cara ini mengajar anak untuk hasilkan bunyi di permukaan yang berbeza-beza. Contohnya letak meja yang rendah berhadapn tubuh si kecil sambil Mama pegang mereka.
Pegang tangan anak dan buat tepukan lembut pada permukaan meja tadi. Bila mereka dah faham caranya, Mama biarkan mereka tepuk dengan cara mereka sendiri. Pasti si kecil gembira dan seronok mendengar bunyi yang terhasil.
Aktiviti ni memberikan kelebihan 2 in 1 tau Mama iaitu rangsangan berdiri dan sentuhan tangan.
4. Menyentuh Setiap Benda Yang Mempunyai Tekstur Berbeza
Bila tengok anak dah mula menyentuh kira-kira usia sebulan, ha inilah masanya Mama untuk galakkan lagi sentuhan di tangannya.
Berikan pelbagai barangan berbeza mengikut kekuatan tangan mereka. Tak kisah teether, teddy bear, hankerchief atau alam semulajadi seperti bunga, daun dan pelbagai lagi benda selamat untuk si kecil.
Ini membuatkan otak mereka berfikir apabila menyentuh tekstur barang berbeza seperti keras, lembut, berbulu, atau bubble wrap yang timbul, ia menggalakkan otak si kecil ligat meneka sesuatu sifat barang tadi.
Nak beri sudu plastik pun boleh, tapi make sure tak merbahaya, selamat dan perlu dipantau sentiasa yerr?
#Kesimpulan
Rangsangan untuk si manja perlu digalak dan diasah. Ada sesetengah bayi yang mempunyai curiosity tinggi apabila suka memegang, mencuba dan menyentuh macam-macam peralatan.
Mama akan dapati perbezaan si kecil yang aktif lebih cepat dalam segala perkembangan kerana keyakinan dan keberanian mereka mencuba.
Namun, untuk bayi yang takut dan kurang keberanian, Mama perlu galakkan dan beri sokongan Dengan meningkatkan tahap aktif mereka.
Rugi jika tak kejar peluang ni kerana perkembangan otak si kecil berada di tahap maksimum ketika ini.
Bagi Mama yang tertanya-tanya dan nak tahu lanjut kepentingan rangsangan daripada sudut psikologi, boleh rujuk artikel di SINI iaitu pendapat dikongsikan oleh Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Datuk Dr. Hamid Arshat.
All the best Mama!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Untuk dapatkan pelbagai ilmu dan info tentang perkembangan bayi Mama, boleh rujuk di SINI tau!