Susu kurma sinonim dengan ibu hamil dan menyusukan anak. Kebaikan susu kurma lebih daripada apa yang Mama sangka.
Kebaikan susu kurma melangkaui segenap usia dan jantina, dari yang muda hingga ke tua tak kisah bagi wanita atau lelaki. Semua akan memperoleh kebaikan dari susu kurma.
Kali ini, Mama Siti suka untuk kongsikan dengan Mama lebih banyak tentang kebaikan susu kurma untuk kesihatan badan, kesihatan otak dan kesihatan kulit.
Ayuh Mama Siti ceritakan dengan lebih lanjut apakah yang Mama dan Papa boleh perolehi dari amalan minum air susu kurma.
Cara Buat Susu Kurma
Jenis-jenis Kurma
- Kurma Ajwa
- Kurma Medjool (Majdoul)
- Kurma Safawi
- Kurma Deglet Nour (Kurma Bertangkai)
- Kurma Mariami
- Kurma Muda (Rutob)
- Kurma Mabroom
- Kurma Sukkary
Kebaikan Susu Kurma
#1 Mengatasi Sembelit
Susu kurma menyelesaikan masalah pencernaan bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Serat dalam susutersebut melembutkan najis dan pada akhirnya memudahkan proses pembuangan.
Kini, Mama tidak perlu lagi makan suplemen tambahan sebagai alat bantu mengatasi masalah sembelit.
#2 ‘Milk Booster’ Ibu Hamil dan Menyusukan Anak
Manfaat susu kurma untuk ibu hamil ialah sebagai ‘milk booster’. Tidak hairanlah Allah SWT mengarahkan Maryam, ibu Nabi Isa AS agar menggoncangkan pohon kurma selepas beliau melahirkan anaknya.
#3 Pemanis Semula Jadi
Gula dalam buah kurma ialah dari jenis fruktosa. Apabila susu dan buah kurma digabungkan bersama-sama, campuran air itu tidak perlu ditambahkan gula.
Amalan minum susu kurma sangat baik terutamanya buat mereka yang sedang mengawal pengambilan gula dalam diet seharian.
#4 Menguatkan Otot
Susu kurma juga diperkaya dengan nutrien jenis protein. Oleh itu, protein menyumbang kepada kepadatan tulang dan menguatkan otot. Sekaligus, minum susu kurma secara rutin berupaya mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
#5 Menjaga Kesihatan Jantung
Penyakit berkaitan kardiovaskular boleh diperbaiki dengan minum susu kurma. Kandungan karbohidrat kompleks seperti serat, kalsium, fosforus, kalium dan zat besi menstabilkan tekanan darah masuk dan keluar dari jantung.
Ditambah dengan kebaikan serat yang menjaga jantung secara keseluruhan serta kalium yang menurunkan tekanan darah.
#6 Baik Untuk Kesihatan Kulit
Vitamin C dan vitamin D ialah dua nutrisi penting untuk menjaga keanjalan dan kehalusan kulit. Selain itu, minum susu kurma juga membantu menyelesaikan masalah jerawat dan iritasi kulit. Caranya adalah dengan meningkatkan peredaran darah di kawasan yang terdapat jerawat.
#7 Meningkatkan Kesihatan Otak
Amalan minum susu kurma sebelum tidur membantu perkembangan otak kanak-kanak dan orang dewasa. Khasiat vitamin B6 membantu kesihatan otak dengan cara meningkatkan fungsi ingatan seseorang.
Ketika tidur, susu kurma berupaya menenangkan aktiviti otak sekaligus merehatkan tubuh badan sebagai persediaan hari esok.
#8 Berpotensi Cegah Tumor
Tumor berlaku disebabkan oleh pertumbuhan sel secara tidak normal yang seterusnya mempengaruhi fungsi sel di sekitarnya.
Namun begitu, pencegahan ketumbuhan dengan susu kurma hanya berhasil jika menggunakan kurma ajwa dalam susu kurma. Kandungan D-glucan berfungsi sebagai antitumor yang menjalankan kerja pencegahan sel berbahaya dalam tubuh badan manusia.
#9 Meningkatkan Kesuburan
Kebaikan susu kurma untuk kesihatan tidak terhad kepada wanita sahaja namun orang lelaki juga boleh sama-sama menerima manfaatnya.
Susu kurma mengandungi nutrisi dan mineral yang bertindak mengaktifkan hormon seksual. Tambahan pula, pengambilan susu kurma secara berkala mempercepatkan proses penempelan telur dalam tiub falopian di dalam rahim.
#10 Mencegah Anemia
Cara susu kurma mencegah anemia adalah dengan meningkatkan bilangan hemoglobin (Hb). Dimana fungsi hemoglobin ialah mengangkut sel darah merah ke seluruh sistem tubuh manusia.
Disebabkan kekurangan darah merah lah yang menyebabkan pesakit anemia sering mengalami sakit kepala, warna kulit pucat dan menjadi lesu.
#11 Sebagai Benteng Imunisasi
Mama pernah dengar tak orang cakap macam ni,
“Antibodi kau kuat, sebab itulah susah nak dijangkiti penyakit”
Itulah juga kelebihan susu kurma sebagai pertahanan badan daripada patogen yang mengakibatkan seseorang terkena selesema, demam, jangkitan virus dan penyakit berjangkit yang lain.
Vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E dan vitamin K bertindak menjaga sistem imunisasi badan. Manakala, flavonoid glycosides sebagai antioksidan serta melindungi kerosakan hati.
Manfaat susu kurma memang sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Tambahan pula, ia memberi kebaikan terhadap sistem pencernaan, kesihatan otak dan jantung serta kecantikan dan kesihatan kulit.
Paling tidak syak lagi, susu kurma sangat bermanfaat buat ibu hamil dan menyusukan anak. Jadi buat Mama yang sedang sarat mengandung, Mama Siti sarankan supaya minum setiap hari.
Mama Siti sebenarnya teruja sangat nak kongsikan artikel kali ini dengan Mama dan Papa. Harap-harap informasi tentang kebaikan susu kurma mendorong Mama amalkan minum susu setiap hari.
Ikuti pelbagai tips untuk kesihatan wanita dengan klik SINI.