Syukur pada zaman sekarang, ibu bapa kini mempunyai pelbagai alternatif untuk apa sahaja yang berkaitan dengan tumbesaran anak-anak. Ini termasuklah susu dan susu formula, yang kini didapati dalam pelbagai jenis dan perisa untuk memenuhi keperluan diet si manja.
Penuh Kebaikan dalam Satu Cawan
Sebenarnya, sebagai seorang ibu, kita sering terdedah kepada pelbagai khasiat susu, termasuk susu kambing. Namun, susu kambing kurang menjadi pilihan ramai ibu bapa buat anak mereka kerana kita sendiri tidak membesar dengan meminumnya.
Walau bagaimanapun, Mama jangan terus buat kesimpulan sendiri ya. Bertentangan dengan pendapat popular atau tanggapan yang salah, sebenarnya telah terbukti secara saintifik bahawa susu kambing mengandungi banyak kebaikan, terutamanya untuk anak-anak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun; dan Baby Steps® BBs-3
Baby Steps® BBs-3
Nak tahu mengapa? Inilah antara sebab-sebabnya:
> Alternatif Terbaik untuk Susu Ibu
Percaya atau tidak, susu kambing adalah alternatif yang paling bagus dan sesuai untuk menggantikan susu ibu atau menjadi susu formula tambahan untuk bayi yang menyusu. Ini adalah kerana susu kambing terbukti mempunyai komposisi protein yang hampir sama dengan susu ibu dan juga mengandungi banyak nutrien.
> Kandungan Oligosaccharides yang Lebih Tinggi
Selain itu, oligosaccharides adalah sejenis prebiotik yang menyokong pertumbuhan bakteria sihat di dalam usus. Kajian menunjukkan bahawa susu kambing mengandungi 5x hingga 8x lebih banyak oligosaccharides secara semula jadi berbanding dengan susu lembu.
Kajian juga membuktikan bahawa komponen prebiotik dalam susu kambing ini mempunyai sifat anti-keradangan yang sangat penting untuk sistem imuniti si manja dan sistem pencernaan mereka.
> Kandungan DHA yang Tertinggi
Asid dokosaheksaenoik, atau lebih dikenali sebagai DHA adalah sejenis asid lemak omega-3. DHA penting untuk perkembangan otak dan penglihatan, dan memastikan kedua-duanya berfungsi pada tahap optimum.
Berbanding dengan jenama formula lain di pasaran, kandungan DHA yang terdapat dalam Baby Steps® BBs-3
> Lebih Mudah untuk Dicerna
Saiz molekul lemak yang terdapat dalam susu kambing adalah 1/3 daripada susu lembu, dimana ia menjadikan susu kambing lebih mudah untuk dihadam. Apabila susu mencapai perut, protein di dalam susu bertindak balas dengan asid perut untuk membentuk gumpalan (curd). Gumpalan yang lembut dapat melepasi perut dengan lebih senang. Protein susu kambing membentuk gumpalan yang lebih lembut dan ringan, menjadikannya mudah dihadam.
Oleh sebab itu, rumusan susu kambing formula Baby Steps® BBs-3
> Kaya dengan Kalsium
Susu kambing mempunyai kandungan mineral dan vitamin penting yang tinggi secara semula jadi. Terutama sekali, tahap kalsiumnya yang tinggi amat baik untuk pertumbuhan tulang dan perkembangan tubuh badan yang sihat bagi si manja.
> Tidak Mengandungi Gula Tambahan
Ibu mana yang tidak risaukan kandungan gula dalam makanan dan minuman si manja? “Eh, kecik lagi, taknak la letak gula atau minum minuman manis!”
Sesuai untuk ibu-ibu yang sering risaukan makanan atau minuman si manja mengandungi gula, susu Baby Steps® BBs-3
Susu Baby Steps® BBs-3
> Nucleotides Semula Jadi
Nucleotides atau nukleotida memainkan peranan penting dalam pertambahan berat badan dan pertumbuhan kepala si manja. Atas sebab ini, susu lembu biasanya ditambah dengan nukleotida.
Yang bagusnya ialah nukleotida boleh didapati secara semula jadi dalam susu kambing. Lebih baik daripada nukleotida tambahan bukan?
> Kurang Alahan*
Alpha-S1-casein merupakan salah satu protein alahan yang terdapat dalam susu. Kajian saintifik menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua susu lembu dan susu kambing mengandungi alpha-S1-casein, akan tetapi, susu kambing hanya mempunyai 4% alpha-S1-casein berbanding susu lembu (sebanyak 36%).
Membesar dengan Sihat, Selangkah Demi Selangkah
Tidak sukar untuk memahami mengapa susu kambing menjadi pilihan yang berkualiti dan alternatif terbaik bagi ibu-ibu yang ingin memberikan makanan tambahan terbaik untuk anak mereka.
Kesemua bahan yang terkandung dalam Baby Steps® BBs-3
Baby Steps® BBs-3
Tambahan pula, susu kambing Baby Steps® BBs-3
Oleh sebab hanya ladang-ladang khusus ini yang membekal kepada Baby Steps® BBs-3
Setelah susu kambing segar dikumpulkan, kualitinya akan diuji dan kemudian dibancuh dengan bahan-bahan lain sebelum disembur sehingga kering menjadi susu tepung. Ini adalah proses ‘wet-blend’ khas yang unik bagi Baby Steps® BBs-3
Sebarang proses akhir seperti tepung asas terakhir, campuran tepung terakhir dengan ramuan unggul lain seperti Omega-3 DHA, dan produk akhir diuji di makmal New Zealand dan kualitinya turut diperiksa sebelum dibungkus untuk penghantaran. Semua proses ini adalah untuk memastikan pengguna dapat menikmati rumusan susu kambing yang berkualiti tinggi dan berkhasiat.
Lebih menarik lagi adalah kod QR unik yang dicetak pada setiap produk, dimana pengguna hanya perlu mengimbas kod tersebut untuk memeriksa samada susu kambing Baby Steps® BBs-3
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Baby Steps® BBs-3
*Perhatian: Bagi mereka yang mempunyai alahan laktosa atau telah didiagnos alergi kepada protein susu lembu, susu kambing mungkin bukan alternatif yang sesuai. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor/pakar perubatan kesihatan sebelum menggunakan sebarang produk rumusan susu.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di story.motherhood.com.my.