KelabMama

Kebaikan Probiotik Untuk Wanita: No 1 dan 7 Paling Penting!

kebaikan probiotik untuk wanita

Probiotik, atau bakteria baik, adalah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat besar kepada kesihatan kita. Khususnya bagi Mama, probiotik menawarkan pelbagai kebaikan untuk wanita yang bukan sahaja membantu kesihatan dalaman, tetapi untuk kesihatan luaran juga.

Apa itu Probiotik?

Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Dikenali sebagai “bakteria baik,” probiotic membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora dalam usus dan menyokong fungsi sistem pencernaan.

Probiotic ni biasanya ada dalam makanan yang ditapai seperti yogurt, kefir, kimchi, tempe, tapai, susu berkultur serta dalam bentuk suplemen.

Probiotic membantu dalam pelbagai aspek kesihatan termasuk pencernaan, sistem imun, dan keseimbangan mikroflora dalam faraj.

Mengambil probiotik melalui minuman seperti susu kultur adalah salah satu cara yang paling mudah untuk Mama amalkan. Namun, Mama perlu pastikan pengambilan makanan yang seimbang setiap hari juga sangat penting.

Memasukkan minuman yang mengandungi probiotik dalam diet harian Mama boleh memberikan pelbagai manfaat dalam jangka masa panjang.

Jenis-jenis Probiotik

9 Kebaikan Probiotik untuk Wanita

1. Probiotik untuk Kesihatan Faraj

Mama yang sering mengalami jangkitan dan bakteria vaginosis. Probiotic boleh membantu Mama untuk mengekalkan keseimbangan pH dengan betul pada faraj Mama, mengurangkan risiko jangkitan ini.

Denga adanya probiotik seperti Lactobacillus ini dapat mengekalkan kesimbangan pH tersebut.

Mengamalkan probiotik dengan kerap boleh membantu mencegah jangkitan berulang dan mengekalkan kesihatan faraj yang optimum.

2. Meningkatkan Kesihatan Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman yang sihat adalah asas kepada kesihatan keseluruhan. Probiotik membantu menyeimbangkan mikrobiom usus dengan meningkatkan jumlah bakteria baik dan mengurangkan bakteria jahat.

Ini boleh membantu mengatasi masalah seperti sembelit, cirit-birit, dan sindrom usus rosak (IBS), memberikan Mama pencernaan yang lebih baik dan mengurangkan ketidakselesaan perut.

Probiotik boleh meningkatkan kesihatan usus Mama secara menyeluruh apabila diambil secara konsisten. Ia juga dapat mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat dalam usus kecil dan besar kita.

Dengan mengamalkan probiotik, Mama boleh mengalami pergerakan usus yang lebih lancar dan penghadaman yang lebih sihat.

3. Berat Badan

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa probiotik tertentu boleh membantu dalam pengurusan berat badan dengan meningkatkan metabolisme dan mengurangkan penyimpanan lemak.

Pengurusan berat badan adalah isu utama bagi banyak wanita. Probiotik boleh membantu dalam pengurusan berat badan dengan mempengaruhi metabolisme dan pengawalan selera makan.

Mereka dapat meningkatkan metabolisme glukosa, mengurangkan lemak badan, dan menyokong penurunan berat badan secara keseluruhan.

4. Mengatasi Masalah Kulit

Bukan hanya kesihatan dalam tetapi probiotik juga boleh membantu Mama mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, jerawat, dan rosacea dengan mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Selain itu, boleh membantu untuk penyembuhan luka dan mengurangkan keradangan kulit, menjadikan kulit Mama lebih berseri dan sihat.

Dengan memelihara keseimbangan mikrobiom, probiotik juga menyokong kulit yang lebih bersih dan sihat, membantu wanita tampil lebih baik dan merasa lebih yakin.

5. Menguatkan Sistem Imun

Probiotik membantu merangsang sistem imun badan, meningkatkan keupayaan badan untuk melawan penyakit dan jangkitan.

Kesihatan usus penting untuk memperkuat sistem imun badan. Ini kerana, 70 hingga 80 peratus sel imun ada dalam usus Mama.

Jika sistem imun lemah, Mama berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit. Minuman seperti ini boleh membantu memperkuat sistem ketahanan tubuh Mama.

Ia berperanan dalam melawan keradangan dan kerosakan akibat radikal bebas, serta meningkatkan penyerapan nutrien. Hasilnya, Mama mungkin akan kurang mengalami selesema, masalah kulit dan gangguan pencernaan.

Oh ye, bagi Mama yang sedang menyusukan anak, probiotik juga boleh meningkatkan kualiti susu Mama, membantu membina sistem imun bayi yang kuat.

6. Membantu Kesihatan Mental dan Emosi

Ada kajian daripada penyelidik percaya bahawa rahsia kepada kesihatan mental yang baik mungkin terletak pada usus atau dalam pilihan sarapan Mama.

Penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti Virginia telah menemui bahawa Lactobacillus, sejenis bakteria yang terdapat dalam yogurt serta makanan yang ditapai, boleh membantu tubuh menguruskan tekanan dan mencegah kemurungan serta kebimbangan.

Mempunyai keseimbangan dalam mikroorganisma yang betul dalam usus Mama untuk menghasilkan neurotransmiter yang boleh menjejaskan mood, selera makan dan tabiat tidur Mama secara positif.

7. Meningkatkan Kesuburan

Probiotic dapat menyokong kesihatan ibu dan bayi semasa kehamilan, membantu mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kesihatan usus bayi.

Manfaat lain probiotic untuk wanita adalah dapat meningkatkan kesuburan. Bagi Mama yang ingin cepat mengandung, Mama boleh mencuba untuk mengamalkan pengambilan probiotics secara rutin.

Beberapa uji klinikal telah meneliti peranan potensial probiotics dalam meningkatkan kesuburan. Bakteria baik dalam usus bertanggungjawab untuk banyak proses metabolisme tubuh, seperti mencerna makanan, menjadi penghalang bagi bakteria jahat, dan menyerap pelbagai jenis vitamin.

Proses ini ternyata memberi kesan kepada kesuburan seseorang. Semakin sihat sistem pencernaan, semakin baik penyerapan vitamin dan mineral. Akhirnya, hormon dalam tubuh akan seimbang dan kesuburan juga akan meningkat.

8. Mengurangkan Ekzema pada Bayi

Menurut penyelidik, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pendedahan kepada probiotik pada usia awal bayi boleh mengurangkan risiko ekzema.

Kajian menunjukkan probiotik yang diambil oleh Mama semasa kehamilan dan penyusuan boleh melindungi bayi daripada ekzema, berbanding probiotik yang ditambah ke dalam diet bayi secara langsung, yang tidak memberikan perlindungan yang sama terhadap ekzema.

Probiotik boleh membantu membina sistem imun yang sihat pada bayi dan mengurangkan risiko masalah alahan.

9. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian di kalangan wanita. Probiotik dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan mengurangkan tekanan darah, dua faktor risiko utama penyakit jantung.

Dengan mengawal tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan saluran darah, probiotik menyokong kesihatan jantung wanita secara keseluruhan. Ini membantu melindungi wanita daripada risiko penyakit jantung yang semakin meningkat.

Mama boleh dapatkan probiotik dalam pelbagai bentuk seperti suplemen, yogurt, atau makanan yang ditapai. Amalkan pengambilan probiotik secara konsisten untuk menikmati manfaatnya, dan pastikan untuk memilih jenis yang sesuai dengan keperluan kesihatan Mama

Probiotik bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan dalaman tetapi juga membantu menjaga kesejahteraan keseluruhan, terutama bagi Mama dan wanita yang sering kali mempunyai keperluan kesihatan yang lebih spesifik.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Naka tahu apa lagi informasi kesihatan untuk Mama? Klik di SINI.