Pejam celik, pejam celik tetiba je dah nak masuk bulan yang paling digemari terutamanya bagi orang yang beragama Islam iaitu bulan Ramadan.
Teringat pula masa kecil dahulu, ‘excited’ bukan main setiap kali bulan Ramadan, sedangkan puasa setengah hari je. Tak puasa tapi nak juga ‘join’ orang lain berbuka puasa kan? Maklumlah, pelbagai juadah yang lazat dihidangkan ketika waktu berbuka. Ada yang dimasak sendiri dan ada juga yang dibeli dekat bazaar Ramadan.
Dah dewasa dan jadi seorang ibu ni, mestilah kita nak anak-anak kita rasa kegembiraan yang pernah kita alami waktu muda-mudi dulu dan betapa indah dan sucinya bulan Ramadan.
Jadi, Mama Siti nak ajarlah atau apa orang putih kata ‘encourage’?? Haa.. nak kongsi tips untuk Mama semua bagaimana Mama boleh galakkan anak-anak semua berpuasa, disamping memastikan mereka mendapatkan nutrien yang secukupnya!
Seperti yang kita tahu, buah kurma adalah makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan kalau boleh, mestilah Mama Siti nak anak-anak makan sekali.
Alangkah bagusnya kalau semudah A B C sahaja nak bagi anak-anak makan kurma. Tetapi, tidak ya Mama. Kadang macam berperang dengan anak sendiri untuk pastikan mereka menjamah kurma ini.
Dah takut sangat nak makan kurma, kita yang mak-mak ni eloklah cuba berikan anak-anak berbuka dengan buah yang berkhasiat daripada bentuk yang lebih kecil iaitu, kismis.
Mengapa, kismis?
Kismis adalah buah yang cukup terkenal dalam diet Mediterranean. Ia mengandungi lebih banyak nutrien walaupun saiznya yang kecil. Ia juga memberi banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan kita.
Kalau Mama ingat lagi, kismis merupakan salah satu ‘sumber’ wajib ketika menduduki segala jenis peperiksaan dahulu, terutamanya SPM, betul tak?
Sama seperti kurma, kismis adalah snek sihat untuk dikunyah ketika berbuka puasa, sementara menunggu solat sunat Tarawih dan juga sangat sesuai dijamah anak-anak yang sering mengantuk ketika sahur.
Kebaikan Kismis Di Bulan Ramadan:
Sumber Tenaga yang Bagus
Jangan pandang hanya pada rupa kerana saiz kismis yang kecil ni memberikan tenaga dan ia juga mempunyai vitamin, mineral dan serat yang secukupnya.
‘Brain Booster’
Kismin juga mengandungi sumber boron. Haa, boron tu apa pula? Boron sebenarnya adalah elemen ‘booster’ yang membantu dalam koordinasi mata dan tangan, memberi perhatian, dan juga ingatan.
Jadi, saya sarankan untuk Mama jangan janjikan sebarang permainan yang mahal untuk hari lahir mereka kerana anak-anak pasti tidak akan melupakannya – walaupun selepas habis Ramadan!
Sumber serat yang terbaik
Kalau anak Mama ingin berpuasa, maksudnya mereka kekurangan air pada waktu siang. Mesti mereka akan lebih cepat rasa dahaga dan mungkin akan mengalami sembelit. Mesti kita tak inginkan hal ini berlaku pada anak-anak bukan?
Jadi, Mama Siti nasihatkan supaya tambahkan kismis ke dalam diet anak-anak kerana ia mempunyai sumber fiber yang tinggi.
Meningkatkan Imunisasi Badan
Kalau Mama nak tahu, kismis merupakan antara sumber ‘immunity booster’ yang baik untuk kanak-kanak.
Kismis kaya dengan magnesium dan potasium yang membantu untuk meneutralkan asid dalam badan kita. Kismis juga mengandungi vitamin B dan C yang juga akan membantu menguatkan sistem ketahanan badan kanak-kanak!
Oleh itu, badan mereka menjadi lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit dan mereka memerlukannya untuk menjalani puasa seharian. Bila anak sihat, Mama pun lebih gembira betul tak?
Tumbesaran Lebih Kuat & Sihat
Inginkan anak menjadi kuat dan lebih sihat supaya mereka boleh menjalani ibadah puasa dengan lancar pada bulan Ramadan ini? Kismislah jawapannya!
Mineral yang terkandung dalam kismis seperti kalium, fosforus, zat besi, kalsium, dan magnesium membantu pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal anak kecil anda. Tambahan pula, kalsium juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
Sudah terang lagi bersuluh, kismis adalah alternatif yang paling baik sekali selain buah kurma untuk dijadikan snek sihat, terutamanya di bulan Ramadan.
Mama Siti suka juga makan kismis, jadi Mama Siti ingin mengesyorkan kismis Sun-Maid untuk Mama sekalian.
Sun-Maid California Raisins; Dipersetujui Oleh Ramai Ibu Bapa
Kismis sememangnya sedap dan merupakan salah satu snek buah-buahan yang disyorkan dan rasa seperti gula-gula (yang sangat digemari kanak-kanak). Anak-anak mesti suka makan gula-gula yang tidak sihat bukan? Jadi gantikan gula-gula tersebut dengan kismis ini. Mesti mereka lebih suka!
Tidak seperti kismis lain, Kismis Sun-Maid California tidak dilapisi gula dan tidak mempunyai sebarang bahan pengawet tambahan. Menarik, bukan?
Ia dihasilkan dengan hanya buah anggur dan sinar matahari California sahaja. Kebaikan Kismis Sun-Maid California telah lama dipercayai dan dipersetujui kebaikannya sebagai snek klasik yang berkhasiat dan lazat untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa sejak tahun 1912.
Kismis ini datang dari California, Amerika Syarikat dan kini, berjaya menambat hati ibu bapa semua!
Selain daripada menjadi makanan ringan yang enak dan sihat, kismis juga sering digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam pelbagai resepi.
Kalau Mama nak tahu, Sun-Maid, yang terdiri daripada 750 keluarga penanam kismis dengan kebun anggur di Central Valley California, telah berada di pasaran selama lebih dari 100 tahun, dan tidak pernah berhenti berinovasi dan mengekalkan tahap kualiti yang tertinggi untuk hasilkan yang terbaik hanya untuk para pengguna. Mengagumkan bukan?
Kismis Sun-Maid California ni akan sentiasa menjadi pilihan utama Mama Siti untuk diberi kepada anak-anak dan juga kanak-kanak yang lain. Kalau nak anak-anak Mama sentiasa bertenaga dan gembira sentiasa pada bulan Ramadan, berikan saja kismis Sun-Maid!
Dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa dan daripada generasi ke generasi yang lain, Sun-Maid juga telah berkembang bersama-sama dengan kita – jadi mengapa tidak kita membiarkan anak-anak juga ‘enjoy’ kebaikan kismis dan mengisi hari-hari mereka dengan saat-saat kebahagiaan?
Khas untuk Mama – PROMOSI Hebat!
Kalau nak tahu lagi, Sun-Maid kini sedang berkolaborasi dengan Touch n’ Go eWallet untuk memberikan promosi Raya yang eksklusif untuk anda!
Setiap pembelian daripada produk Sun-Maid yang bernilai RM15 dan ke atas akan berpeluang untuk mendapatkan RM5 ‘cashback’ untuk pengguna Touch n’ Go eWallet!
Hanya hantarkan resit anda di sini dan voilà! Mudah bukan? Jadi cepat, jangan tunggu lagi!
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sun-Maid, kunjungi laman Facebook dan laman web rasmi Sun-Maid hari ini!
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menyambut Ramadan untuk Mama semua!
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.