KelabMama

Kebaikan Bayi Hisap Jari

Untuk pengetahuan mama, si comel akan lalui macam-macam proses sepanjang tumbesarannya. Macam merangkak, mengiring, air liur meleleh dan macam-macam lagilah. Termasuklah yang mama tengok bayi selalu buat ialah hisap jari. Kalau mama nak tahu bayi sebenarnya mula hisap jari dari dalam kandungan lagi tau.

Ada suka hisap ibu jari, jari telunjuk dan kalau boleh semua jari lah nak dihisapnya. Dia punya nikmat menghisap tu sampai tutup-tutup mata lah dia punya citer. Biasanya, bayi umur 2 bulan diaorang dah start hisap jari dan akan stop dengan sendirinya nanti.

Bila bayi asyik menghisap je, mesti mama risau kan. Kita pun tariklah dia punya jemari tu dan gantikan dengan puting. Tapi kalau selalu bagi puting nanti ketagih puting pula. Ha..tak apa mama! Mama Siti nak sharekan satu benda menarik tentang bayi hisap jari ni. Ada baiknya tau!

Mengapa Perlu Biarkan Bayi Hisap Jari?

Bila anak dah masuk umur 2 bulan ke atas, dia akan mula explore benda lain selain dari susu ibu. So bila dia dah start menghisap tu, itu cara dia untuk tenangkan diri. Lagi satu, tabiat ni akan buat bayi belajar untuk telan makanan pejal bila dia dah boleh makan nanti.

Masa ni dia cuma kenal ibu saja. Bila baby hisap jemari tu, sebagai hiburan dan juga sebagai cara nak tenangkan diri dia sendiri. Jadi, mama rilex ya bila tengok bayi tengah menghisap tu. Benda tu memang normal. Biarkan je, bukan lama sangat pun.

Bila dah start merangkak dan berdiri, dia akan stop dengan sendirinya tabiat ni. So, tak payah guna puting sangat bila bayi hisap jari.

Kebaikan Bila Bayi hisap Jari

Salah satu kebaikan bila baby ni hisap jari ialah, sebagai latihan perkembangan sensori dan motor. Motor yang terlibat ialah oral motor, motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-motor.

Mama-mama mesti tertanya macam mana pulak dia boleh meransang motor-motor bila asyik hisap jari je. Dia sebenarnya macam ni.

Bila baby hisap jari. Ia perlu gerakkan tangan ke mulut. Jadi, ia meransang motor kasar.

Masa nak bawa tangan tu ke mulut anak-anak akan tengok jemarinya. So, inilah ransangan koordinasi mata-motor.

Lepas tu masukkan pula jemari yang comel tu ke dalam mulut. Yang ni meransang motor halus.

Nak hisap jari? Kenalah gerakkan otot mulut kan? Hah, yang ni dia meransang oral motor pula.

Jemari yang dihisap memberikan ransangan sensori kepada mulut anak serta motor halus anak.

Mama-mama boleh tengokkan betapa banyaknya faedah bila baby hisap jari ni. Lepas ni, jangan fikir-fikir sangat lah bila anak-anak asyik menghisap je.

Bila dah masuk umur 3 atau 5 bulan. Dia jadi semakin pandai. Hmm, pandai macam mana pulak tu?

Bila anak asyik hisap jemari tu. Kita tengok dia tak akan lepas jari tu kan. Jadi, ni memerlukan kawalan serta kekuatan hisapan (sucking) serta kawalan tangannya juga agar tak terlepas dari mulut.

Masa ni, dia dah nampak benda spesifik yang dia suka hisap. Dia hisap IBU JARI saja. Dah tak macam memula dulu main taram je semua letak dalam mulut.

Bila dia hisap thumb fingers ni, dia memang dalam keadaan yang tenang. Kalau anak Mama Siti, memang sampai tertidur la hisap jari tu.

Tapi kalau hisap penumbuk, dia bukan untuk tenang tu. Itu lebih kepada exploration. Dia nak explore dari sudut sensori rasa. Sensori visual tengok bentuk bulat penumbuk tu. Tactile bila penumbuk tersebut tersentuh wajahnya.

Relax la mama-mama dan papa-papa sekalian, anak hisap jari sebab itulah timeline perkembangan dia. Bukan sebab dia tak sabar nak makan

Ini tengok anak 3 bulan asyik menghisap je dah dikatanya lapar nak makan dah. Parahhh betul ni!

Seandainya anak dah cecah umur 4 tahun pun masih tak stop menghisap juga. Kita kena hentikan tabiat tu sebab takut jadi tabiat sampai ke besar pula.

Bila asyik hisap jemari tu sampai umur 4 tahun. Masa tu, anak dah merangkak, jalan, berlari dah pandai macam-macam lah. Kalau dia masih menghisap juga, ada perkembangan dia yang mungkin terganggu. Sila rujuk doktor atau terapis ya dan pelan-pelanlah hentikan tabiat ni.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Lin Talib

Baca Juga : BAYI HISAP JARI KAKI NAK DAPAT ADIK?

Pesan Mama Siti

Lepas ni, mama-mama boleh baca buku parenting la untuk tambah ilmu pengetahuan tentang baby-baby ni. Bila kita ada ilmu, baru kita boleh prepare dari segi mental dan fizikal untuk besarkan baby. Banyak lagi yang perlu kita belajar sepanjang proses anak-anak membesar ni. Yang pasti sumber tu kena betul.