Mama sibuk ni. Nah, ambik telefon ni, pergi main jauh-jauh!!
Itulah jawapan yang biasa kita dengar untuk diamkan si manja apabila asyik menempel dengan kita. Bagi saja telefon terus senyap. Ajaibkan? Tapi sebenarnya tak bagus kita dedahkan penggunaan smartphone dari awal kepada anak-anak. Ibubapa sepatutnya kawal screen time mereka, bukan bagi mereka bebas!
Salah faham tentang screen time
Bila sebut pasal screen time, ramai ibubapa yang persoalkan isu smartphone. Alahai, screen time ni bukan digunakan untuk penggunaan smartphone saja.
Tengok movie dari Youtube, main komputer, tengok tv, semua aktiviti yang disebut ni semua berkait rapat dengan screen time anak.
Garis panduan WHO tentang screen time si manja
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak yang berusia bawah 5 tahun disarankan agar tak habiskan masa lebih daripada satu jam sehari menonton televisyen, video atau bermain permainan komputer.
Bayi yang berusia kurang dari 1 tahun pula sama sekali tak patut didedahkan dengan skrin elektronik. Seminit pun tak boleh! Begitulah garis panduan terbaru yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu, 24 April 2019 yang lalu.
WHO menegaskan bahawa anak-anak perlu aktif secara fizikal dan dapatkan tidur yang cukup bukan saja untuk tumbesaran yang baik tapi dapat bantu mengembangkan tabiat seumur hidup yang positif. Bila anak-anak sering terlibat dalam aktiviti fizikal ia dapat cegah obesiti serta penyakit lain di kemudian hari.
Tempoh screen-time mengikut umur
Pakar perkembangan kanak-kanak dari American Academy of Paediatrics mengesyorkan:
- Bawah 18 bulan : Seeloknya TAK DIDEDAHKAN KEPADA SEBARANG PERANTI ELEKTRONIK kecuali untuk video call bersama keluarga yang jauh.
- 18 bulan hingga 2 tahun : Penggunaan BAWAH 1 JAM SAHAJA– ia dibenarkan dengan pengawasan ibu bapa dalam masa yang terkawal.
- 2 tahun hingga 5 tahun : Penggunaan BAWAH 1 JAM SEHARI– Ibu bapa kena ‘alert’ dengan perkara yang ditonton oleh anak. Ajar anak untuk memahami setiap apa yang dilihat melalui ‘screen time’.
Habiskan masa dengan aktiviti fizikal
WHO turut memaklumkan bahawa kanak-kanak bawah lima tahun patut aktif secara fizikal dan memperoleh tidur yang cukup untuk cegah obesiti dan bentuk tabiat yang positif sepanjang hayat.
Pakar WHO, Dr Fiona Bull turut berkongsi bahawa kanak-kanak berusia antara setahun hingga empat tahun patut menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga jam melakukan aktiviti fizikal sepanjang hari. Bila anak asyik menonton tv serta bermain telefon, ia akan mengundang kepada peningkatan kes obesiti di seluruh dunia sekiranya tidak dihalang.
Lebihan berat badan ini yang boleh bawa kepada kematian awal akibat penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser. Seram kan? Sebab tula kita kena bentuk si manja daripada awal lagi.
Bila anak makin besar, mama dengan papa still kena kawal ‘screen time’ anak supaya anak tak leka dan ia tak jadi penghalang kepada rutin harian mereka seperti persekolahan, riadah, waktu tidur dan sebagainya.
Sumber: businessinsider, American Academy of Paediatrics
BACA JUGA JOM PANTAU & KAWAL AKTIVITI ANAK-ANAK DENGAN APLIKASI ‘FAMILY LINK’ NI!
Pesanan Mama Siti:
Mama Siti tahu yang susahlah sikit kalau nak control screen time anak ni, tapi tak bermaksud ianya mustahil. Kalau mama nak anak mama buat aktiviti fizikal, ajakla mereka bermain di luar. Pergi taman ke, main badminton ke, asalkan fokus mereka tak lekat pada skrin tv dan komputer. Lepastu hadkan penggunaan gajet. Tak ada lah susah mana kan?