KelabMama

Kepentingan Kaunseling Untuk Rumah Tangga Kekal Bahagia

Setiap pasangan yang sedang menghadapi masalah perlu merujukkan permasalahan mereka kepada pihak bertauliah untuk kaunseling rumah tangga. Tetapi sayangnya sehingga kini, masih ramai lagi pasangan yang memilih untuk memendamkan segala masalah mereka walaupun ianya sudah tidak dapat ditangani lagi.

Malah, sejak kebelakangan ini juga pertambahan kes penceraian semakin membimbangkan terutamanya pada tempoh PKP yang lalu. Antara punca-punca kepada penceraian juga banyak yang berlaku hanya disebabkan oleh perkara yang boleh dianggap sebagai remeh temeh sahaja.

Tetapi berbaloi atau tidak jika bercerai untuk masalah yang boleh diselesaikan dengan cara yang betul? Malahan pada hakikatnya, dengan membuat keputusan untuk berpisah, anda sebenarnya sedang membina satu aura negatif yang akan menyebabkan orang sekeliling juga turut terkesan dengan keputusan itu terutamanya anak-anak.

Kepentingan Mendapatkan Khidmat Kaunseling Rumah Tangga

Sumber : mediamulia

Salah satu cara atau usaha untuk anda dan juga pasangan mengatasi dan mengawal masalah yang terjadi di dalam rumah tangga adalah dengan menghadiri dan mendapatkan kaunseling daripada pakar yang bertauliah.

Kaunseling rumah tangga sangat penting untuk seseorang individu dan juga sebuah keluarga yang mempunyai masalah dan juga konflik dalaman yang berlarutan. Khidmat kaunseling rumahtangga ini sebenarnya mampu mengembalikan suasana keharmonian dan ketenangan dalam sesebuah perkahwinan itu.

Tujuannya pula adalah bagi memastikan pemikiran anda dan pasangan dapat diubah supaya anda dapat menyelesaikan masalah tersebut secara baik dan juga rasional dan bukannya mengikut emosi semata-mata.

Apa itu kaunseling?

Kaunseling merupakan satu proses untuk menolong klien memahami dirinya dan situasinya yang sebenar.

Peranan-Peranan Kaunseling Dalam Rumah Tangga

Antara peranan-peranan kaunseling adalah seperti berikut:

Punca-punca Masalah Rumah Tangga

Antara punca-punca masalah dalam rumahtangga adalah

Kurang Komunikasi

Berlaku Curang

Mudah Bosan

Belum Bersedia

Masalah Kewangan

Nafsu Tinggi atau Mati Pucuk

Agensi Khidmat Kaunseling Rumah Tangga

Terdapat banyak agensi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling rumah tangga sama ada secara percuma atau pun berbayar yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan juga swasta.

Melalui agensi-agensi ini, anda boleh membuat pilihan sendiri mengikut kehendak dan juga kemampuan kewangan anda.

#1 Khidmat Kaunseling Syoknyakaunseling.com

Sumber : Syoknyakaunseling.com

Syoknyakaunseling.com merupakan salah satu khidmat kaunseling yang menyediakan perkhidmatan menggunakan platform online iaitu melalui aplikasi Telegram.

Melalui agensi ini, anda hanya perlu mendaftar di laman web dan membuat bayaran yang telah pun ditetapkan mereka.

Menerusi perkhidmatan ini, anda boleh berkomunikasi dengan kaunselor pada bila-bila masa sahaja kerana khidmat kaunseling disediakan secara 24 jam.

Malah pakej yang ditawarkan juga hanyalah RM75 sahaja untuk satu sesi kaunseling dan ianya sangat berbaloi. Sesi yang diberikan adalah selama 5 hari daripada kaunselor bertauliah.

#2 Khidmat Kaunseling Secara Tele Kaunseling JKM

Sumber : twitter

Untuk makluman anda, tele kaunseling ialah sesi kaunseling yang dilakukan menerusi panggilan telefon.

Khidmat tele kaunseling ini semakin meningkat permintaannya semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 yang lalu. Khidmat tele kaunseling ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi negeri masing-masing.

Jika anda ingin mendapatkan khdmat kaunseling boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri yang berdekatan tempat tinggal anda bagi mendapatkan tarikh dan juga masa sesi kaunseling. Perkhidmatan ini adalah secara percuma.

Untuk makluman anda, anda juga boleh menghubungi KPWKM untuk tele kaunseling menerusi talian kasih di hotline number 15999.

#3 Secara Bersemuka di LPPKN

Sumber : LPPKN

Untuk anda yang tidak suka dan selesa berkomunikasi tanpa individu itu di sisi, anda boleh juga datang ke agensi-agensi ini untuk sesi kaunseling.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Peranan Bersama Sebagai Keluarga

Penceraian sebenarnya bukanlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah, bahkan untuk hal-hal yang kecil sedemikian rupa. Malah ianya akan menambahkan lagi beban masalah yang sudah pun tersedia ada.

Mungkin bagi sesetengah orang, memilih dengan bercerai hatinya akan kembali tenang, segala masalah juga turut hilang dan fikiran pun sudah tidak runsing lagi. Mengapa tidak anda dan juga pasangan bersama-sama berusaha memperbaiki hubungan dengan pelbagai cara dan antara usaha yang utama adalah dengan menghadirkan diri untuk sesi kaunseling.

Perbaiki permasalahan yang wujud di antara anda dan juga pasangan. Jika ianya berkaitan sikap, maka buanglah segala sikap yang tidak baik. Mungkin pada permulaan ianya dianggap susah, namun lama-kelamaan dengan usaha tanpa jemu dan doa yang tidak putus-putus akhirnya akan membuahkan hasil juga.

Sebenarnya, dalam alam perkahwinan ini tiada siapa pun yang akan terlepas daripada masalah. Hal yang membezakan adalah bagaimana cara anda menangani masalah tersebut dan bagaimana anda secara bersama-sama berusaha untuk kekalkan perkahwinan.

Harapan Mama Siti semoga usaha anda secara bersama bagi memastikan rumah tangga kekal bertahan akan berjaya.