KelabMama

Elakkan Kemalangan Akibat Katil Bayi! Ini Tips Memilih Katil Si Manja Yang Disyorkan

katil bayi

“Gegaran otak adalah kecederaan pada fungsi otak, bukan pada struktur anatomi otak. Oleh itu, bayi yang mengalami gegaran otak, tidak dapat dikesan melalui ujian sinar-X atau imbasan CT.

Begitulah yang dikatakan oleh doktor kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad.

Tujuan utama meletakkan bayi di katil khas adalah supaya mereka dilindungi dan tidak terjatuh. Ini kerana katil bayi diciptakan dengan pagar di sekeliling katil.

Ambil tahu cara pilih katil bayi sebelum membelinya untuk bayi kesayangan Mama. Keselematan dan keselesaan mereka adalah keutamaan Mama dan Papa.

Tips Pilih Katil Bayi Yang Selamat dan Selesa

Elakkan Aksesori Tambahan

Kredit gambar: ms-n.decorexpro.com

Kusyen di sekeliling katil bayi, bantal, mainan dan selimut ialah keperluan supaya bayi sentiasa selamat ketika berada di katilnya. 

Memang benar ia mencegah kecederaan bayi terutamanya jika mereka terhantuk. Namun bayi Mama mungkin terdedah kepada risiko lemas dan pendarahan.

Selimut yang terlalu besar saiznya kadang-kala menutup hidung dan menyukarkan pernafasan si kecil. Manakala pengikat dan benang kusyen boleh mengakibatkan darah beku di jari halus bayi. 

Item-item tadi memastikan kepala bayi tidak terhantuk pada penghadang katil. Namun begitu, kemalangan boleh berlaku walaupun di dalam katil bayi. 

Binaan Rangka 

Tempurung kepala bayi belum sepenuhnya bercantum ketika mereka dilahirkan. Disebabkan itulah bayi bukan sahaja tidak boleh terhentak di bahagian kepala tetapi juga tidak boleh digoyangkan badannya terlalu kuat. 

Pilih rangka yang menggunakan kayu dan besi tanpa kemasan cat yang berbahaya. Elakkan katil yang terdapat vinil klorida, plastisol, formaldehida, dan timbal logam berat sebagai kemasannya. 

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat menyatakan vinil klorida boleh mengakibatkan penyakit kanser kepada bayi.

Keselesaan dan Keselamatan Anak

Bawa anak ke pusat jualan atau ekspo bayi untuk mencuba sendiri katil yang ingin dibeli. Bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini, Mama boleh memilih katil buat si manja yang dengan bahan binaan yang berikut:

Pemilihan katil bayi perlu mengambil kira faktor bahan, rekaan, aksesori dan kegunaannya. Katil yang berpagar memudahkan urusan Mama mengambil dan meletakkan anak dari katil mereka. 

Lulus Ujian Tekap Tangan

Cegah kemalangan di tempat tidur bayi dengan mengambil kira ketebalan tilam. Tilam yang terlalu nipis boleh mengakibatkan sindrom kematian mengejut terhadap bayi. 

Oleh itu sebelum membuat pembelian, eloklah sekiranya kita membuat ujian tekapan terlebih dahulu. 

Tekapkan tapak tangan pada tilam kemudian lihat sekiranya terdapat kesan tapak tangan di situ. Jika ada, ia bermakna tilam bayi terlalu nipis dan terlalu lembut. 

Tengkorak bayi baru lahir belum sepenuhnya sempurna, jadi Mama dan Papa hendaklah memastikan tilam pada katil bayi dapat mengurangkan hentakan ketika meletakkan bayi di katil tersebut. 

Faktor kestabilan dan kekukuhan harus diutamakan. Pilihlah katil dengan kelengkapan tilam yang kukuh dan padat. 

Mudah Alih (Mudah Digerakkan)

Kredit gambar: karousell.com

Tahukah Mama ada jenis katil bayi yang boleh dilipat dan dibawa ke mana-mana. Ada pula jenis katil si manja yang boleh dijadikan buaian sekali. 

Ciri-ciri seperti ini berguna terutama jika Mama kerap berada di tempat yang berbeza-beza. Contohnya, menziarahi ibu bapa di kampung setiap dua minggu. 

Tidak lupa juga katil si manja yang dilengkapi dengan roda. Senanglah Mama nak alihkan katil tersebut untuk diletakkan bersebelahan dengan katil Mama pada waktu malam. Kemudian pada siang harinya letak di ruang tamu. 

Bukan apa, ia bertujuan untuk memudahkan Mama menyelesaikan kerja rumah dan menjaga bayi dalam masa yang sama.

Gegaran otak dan pendarahan di bahagian kepala antara faktor utama kenapa bayi perlu diletakkan di tempat tidur khas.

Ini kerana kepala bayi ialah bahagian paling perlu dijaga kerana ia dimana perkembangan bayi bermula. Segala kemahiran dan pengetahuan berasal dari otak.

Selain itu, bahan binaan, rangka katil dan aksesori juga harus dititikberatkan. Jangan ambil mudah perihal tali kusyen yang tertanggal kerana ia mungkin mengakibatkan pembekuan darah di jari halus si kecil.

Ingat ya, keselamatan dan keselamatan bayi lebih penting berbanding nilai kosmetik pada katil itu. Kadang kala ia kelihatan cantik namun itu belum menjamin anak Mama selesa dan selamat. Okay, mama jom try tips pilih tilam bayi pula!


Lihat pelbagai panduan keperluan si manja yang lain di SINI.