Sempena Hari Ibu pada 8 Mei lepas, anak-anak Mama ataupun barisan ‘Dad Influencer’ berpakat untuk buat posting penghargaan untuk ibu mereka yang tercinta!
Mari kita lihat beberapa post kegemaran Mama Siti!
Bersemut La Anak-Anak Mama Ni!
1. Dr Say Shazril
Dr Say raikan kedua-dua wanita istimewa dan tercinta dalam hidupnya iaitu ibunya dan juga pada isteri beliau yang menjadi ibu kepada anak-anak mereka yang comel!
2. Johan Raja Lawak
Dengan mesej yang mengamat hati, Mama Siti pun terharu sekali! Johan memang pandai berkata-kata dan menghargai maknya! Mama Siti approve!
3. Taleeb Mizad
Betul tu Taleeb! Hari-hari, Hari Ibu! Lihat bagaimana beliau tidak lupa akan pengorbanan isteri sebagai mak kepada anak-anaknya. So sweet!
4. Dr Sheikh Muszaphar
Mama Siti suka sangat dengan pantun Dr Sheikh ni, seorang yang penyayang. Memang confirm anak ibu! Beliau juga tidak lupa untuk memberikan penghargaan kepada isteri tercinta!
5. Awal Ashaari
Pendek dan manis je mesej Awal kepada Scha! Mungkin selebihnya personal antara mereka berdua sahaja. Sangat sweet!
Comel tak mesej-mesej dan ucapan hari Ibu mereka ni Mama? Mungkin encik suami boleh ambil inspirasi untuk Hari Ibu yang seterusnya bukan? Mama pun bolehlah drop hint awal-awal! Apa-apa pun, ingat, hari-hari sebenarnya hari Ibu dan sudah menjadi tanggungjawan kita untuk meraikan dan rayakan mereka yang bergelar Mama.
Hargailah ibu anda sentiasa. Love you always, Mama!