“PJ Masks, PJ Masks, PJ Masks~~~”
Pasti terngiang-ngiang di telinga Mama dengan lagu tema kartun PJ Masks ini kan? Sekiranya Mama mempunyai anak kecil, pasti Mama faham bagaimana tiga watak utama, Catboy, Gekko, dan Owlette berjaya mempengaruhi mereka. Sekiranya anak Mama sangat gemarkan siri kartun PJ Masks, Mama dan Papa mesti lalui lima situasi di bawah ini bukan?
#1 Hafal setiap episod!
Biasalah anak-anak. Kalau dah suka satu kartun tu, mesti nak kita ulang dua tiga kali siri yang sama. Tengok banyak kali setiap hari pun tak bosan. Kita jelah yang rasa bosan. Bayangkan, baru 1 minit kartun PJ Masks bermula, anak dah boleh cerita apa yang bakal berlaku sampai habis episod tu!
#2 Nampak kucing, burung hantu dan cicak = PJ Masks!
Seperti nama watak mereka sendiri, Catboy adalah kucing, Gekko adalah Gecko atau cicak, dan Owlette pula adalah burung hantu. Anak-anak saya, kalau nampak salah satu daripada tiga binatang ini, terus nyanyi lagu PJ Masks. Nampak dari jauh pun dah gembira nyanyi lagu tema kartun berkenaan.
#3 Gunakan kuasa Super Gekko Muscles!
Sekarang nak mintak tolong anak-anak angkat barang atau kemas permainan mereka pun jadi lebih senang. Nak angkat barang atau melakukan sesuatu yang agak berat je mesti akan dengar ‘Super Gekko Muscles!’
#4 “Eh, Mama cakap apa?”
Sekiranya anak-anak Mama sangat berminat dengn watak Gekko, Mama mesti tahu satu kuasa Gekko yang sebenarnya agak menyakitkan hati – halimunan. Gekko kan boleh menyamar, jadi ada masa anak-anak tak mahu dengar cakap, mereka akan menggunakan ‘kuasa’ Gekko. Sabar je Mama.
#5 Waktu malam bukan waktu tidur.
Bila tiba waktu malam, waktu kita nak tidur, masa tu juga anak-anak nak beraksi. Nak menjalankan misi seperti PJ Masks katanya. Nak, Mama nak tidur ni…
Macam-macam kerenah anak-anak bukan? Ada kala rasa geram je, tapi merekalah yang menghiburkan hati kita. Untuk menggembirakan lagi hati anak-anak, jom bawa mereka berjumpa dengan watak-watak utama PJ Masks di Sunway Pyramid cuti sekolah ini!
Meet & Greet bersama PJ Masks di Sunway Pyramid Mall
Bermula 6 hingga 23 Jun, anak-anak boleh berjumpa, bermain dan merasai pengalaman seperti seorang superhero bersama Catboy, Gekko, dan Owlette!
Antara aktiviti menarik menanti anak-anak ialah:
- Spot the Ninjalinos
- Mix & Match The PJ Masks
- Superhero selfies
dan banyak lagi!
Anda dah bersedia?
Sebelum bawa anak-anak berjumpa PJ Masks, pastikan telefon pintar Huawei Mama mempunyai ruang memori yang cukup – satu, dua gambar tak pernah cukup!
Seperti Raya, sesi ‘Meet & Greet’ bersama PJ Masks juga pasti lebih meriah jika anak Mama bergaya dengan kostum PJ Masks yang boleh didapati di Toys R Us. Jangan lupa untuk membawa stoking untuk anak-anak agar mereka dapat bermain dengan gembira dan selamat di ‘play area’ yang disediakan.
Mama dan Papa juga boleh letak kereta di ruang kereta yang disediakan khas untuk mereka yang berkeluarga di aras B1. Lebih mudah untuk Mama dan Papa yang datang dengan anak kecil dan menggunakan stroller. Sekiranya terlupa untuk membawa stroller, Mama boleh pergi ke kaunter Concierge di aras G/LG2 untuk meminjam stroller yang disediakan pihak Sunway Pyramid.
Untuk kemudahan orang ramai, terutamanya ibu bapa, tandas kanak-kanak dan bilik bayi turut disediakan di aras G1, LG1, dan LG2.
Dalam pada itu, Mama juga boleh ke pelbagai F&B yang terdapat di Sunway Pyramid. Terdapat beberapa restoran yang menyediakan menu khas untuk kanak-kanak dan lebih istimewa, anak Mama boleh makan secara percuma!
Seminggu beraya, kini Mama boleh luangkan lebih masa bersama keluarga kecil Mama di Sunway Pyramid. Gembirakan hati mereka bersama PJ Masks bermula 6-23 Jun ini. Untuk maklumat lanjut, layari sunwaypyramid.com/pjmasks.
Facebook: @sunwaypyramid
Instagram: @sunway_pyramid
Sunway Apps: AppStore & PlayStore